Thursday, 11 July 2013

Kisah Si Budak Kecik di Bangku Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......


Berikut merupakan cebisan kisah seorang aku di zaman kecilnya. Sepertimana kanak-kanak lain yang sebaya aku, aku juga merupakan seorang kanak-kanak kecil yang periang, suka bermain, berangan tinggi dan happy all the time. Memang zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling manis dan indah. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka dan tidak ada masalah melingkari hidup kita. Aku seorang kanak-kanak yang rajin ke sekolah. Aku ke sekolah biasanya berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Jika ayah berkelapangan ayah akan hantar aku menggunakan basikal tua ayah. Kadang-kadang aku tidak suka kalau ayah menghantar dan menjemputku dari sekolah. Ayah selalu berpakaian buruk, kotor dan bercompang-camping. Aku malu pada rakan-rakannku. Ayah tak macam ayah orang lain pakai baju kemas. Aku masih tidak mengerti pada waktu itu bahawa ayah adalah seorang petani yang terpaksa membanting tulang di bendang. Kalau tidak ke bendang, ayah akan ke laut. Itulah tugas ayah, membanting tulang mencari rezeki. Sudah tentu pakaian ayah selalu comot dan kotor. Tetapi kebanyakan masa ke sekolah, aku berjalan kaki sahaja. Sebab itulah kasut aku berlubang ditumit, menunjukkan begitu jauh aku berjalan setiap hari. Walau pun aku terpaksa berjalan, aku tidak pernah mengeluh. Aku happy sahaja. Padahal pakaian sekolahku pun bukan baru, 4 tahun sekali baru bertukar, tapi ibu cakap selagi boleh pakai, pakai sahaja tak perlu beli yang baru.

Kadangkala aku minta ibu sediakan bekal untukku bawa ke sekolah. Bukan apa aku ingin kumpul duit belanja yang ibu bagi. Aku ada sesuatu yang aku nak beli. Ibu bekalkan aku dengan nasi dan ikan goreng. Selalunya ikan yang ibu bekalkan adalah ikan yang sudah tidak elok berbau dan gatal bila di makan. Itulah bekal yang aku bawa setiap hari ke sekolah. Aku juga tidak pernah merungut dengan bekal sekolah yang langsung tidak lazat. Tapi bagiku itu sudah memadai untuk mengalas perutku. Aku happy sahaja.

Suatu hari hujan turun dengan lebatnya, dituruti dengan petir, guruh berdentam dentum. Pokok-pokok hampir jatuh ke tanah, begitu kuat ribut yang melanda. Di tengah-tengah hujan lebat itu, aku berjalan pulang ke sekolah seorang diri, sambil menangis.....ayah....ibu...saya takutttttt....suasana semakin gelap. Ayah tidak pula menjemput aku pulang hari ini. Aku terus berjalan meredah hujan, petir dan kilat...kasutku penuh air, aku berjalan semakin laju dan laju....hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku sangat takut ketika itu...iyalah seorang anak kecil darjah 3, berjalan seorang diri...Sampai di rumah aku kesejukan yang teramat dan baju sekolahku boleh diperah....aku toleh kiri dan kanan, tiada siapa di rumah......setelah menukar pakaian, aku terlena dan tertidur.....


Pada suatu hari ibu dan ayah ke bendang....tinggallah aku dan adik aku yang berumur 3 tahun....Aku sebagai kakak leka mengemas rumah dan membuat apa yang patut bila ibu tiada. Aku terpaksa memenuhkan air di dapur. Maka aku pun bekerjalah memunggah air dengan baldi dengan mengangkut air itu di perigi yang terletak 500 meter dari rumah aku. Itu adalah rutin biasa yang perlu aku lakukan. Aku terleka sehinggalah ayah dan ibu balik rumah. Ayah lantas menanyakan kepadaku, adik mana?. ... aku terkebil seketika dan aku cuba meninjau mencari adikku, tapi adikku tiada di sekitar rumah. Ayahku sudah mula naik marah. Iyalah adik aku itulah anak pertama dia setelah 10 tahun berkahwin tidak mendapat anak. Ayah sudah mula menyeringai nak marah aku. Aku tunduk dan aku rasa sangat takut. Ini kerana ayah memang seorang yang sangat garang, dan kalau dia marah, janganlah pandang muka dia....aku terus tunduk....Ayah meluru ke luar rumah mencari adik tapi tidak berjumpa. Ayah naik lagi ke atas rumah dan terus menerkam aku dan .............ayah telah memukul aku sekuat hati dan tenaga yang ayah ada dan....ayah baling aku ke dinding rumah. Aku meraung kesakitan dan ketakutan yang amat sangat......sedar tak sedar aku tengok ada air di sekeliling aku dan gigi aku berdarah. .....tidak lama kemudian orang kampung menemui adikku dalam sawah padi berdekatan rumahku......Hari itu ayah dan ibu tidak hiraukan aku, agaknya mereka sangat marah pada aku, kerana kelalaianku sendiri.....pada malam itu juga, aku dipaksa tidur di luar rumah, aku menangis menangis dan menangis, ayah ...ibu... saya takuttt....tapi akhirnya aku terpaksa tidur di luar juga kerana ibu telah mengunci pintu rumah....aku akhirnya tertidur jua......



Wednesday, 3 July 2013

Gila Nak Jadi Cikgu

Salam Semua

Berjumpa lagi kita hari ini. Alhamdulillah.....

Ni nak cerita skit pasal saya ni sejak kecil-kecil dulu lagi suka sangat nak jadi cikgu atau guru. Nak tahu apa yang saya buat waktu itu???? Of course la semua cikgu-cikgu saya adalah idola saya. Jadi bila balik rumah, saya akan meniru gaya cikgu-cikgu saya. Opsss agak2nya mak ayah saya perasan tak? ntahlah..... Ada lagi di mana saya akan mengutip cebisan-cebisan kapur dalam kelas. Untuk makluman generasi masa kini ya, zaman dulu kat sekolah cikgu guna kapur untuk menulis kat papan hijau atau papan hitam. Jadi waktu itu kapur-kapur tu berwarna warni  cantik sangat. Jadi bila dah tinggal sisa-sisa di mana kapur tu dah jadi ciput cikgu tak guna, so kerja aku lah yang mengutip kapur tu dan bawa balik ke rumah. Apa yang aku buat dengan kapur tu? Nak tahu habissss dinding rumah aku kena conteng kat aku. Itu dinding dalam rumah tak kira lagi dinding luar rumah aku, dan dinding rumah padi mak aku. Adoiiii.

Tidak cukup setakat itu, aku selalu berlagak jadi cikgu. Tiap2 hari aku dan kawan-kawan kampungku akan main pondok2 dan kita main kita pergi sekolah. So aku lah yang jadi cikgu, kawan-kawan aku tu semua murid2. Paling best aku tanda kertas, aku ada pen merah yang aku tak tau mana aku dapat. Berlagak ler aku tanda kerja sekolah mereka ada yang aku pangkah dan ada yang aku tanda betul. Bestttttt sangat.

Disebabkan itulah aku belajar bersungguh-sungguh sehingga aku bercita-cita nak masuk maktab perguruan iaitu UPSI sekarang ni. Tapi aku tak dapat, aku dapat masuk universiti iaitu Universiti Malaya. Perancangan Allah lebih baik untuk aku, kerana aku akhirnya jadi pensyarah. Kategori cikgu jugaklah tu. Thank You Allah.....






 


Guruku yang sangat ku sanjung sampai bila-bila


Student aku yang awesome