PUISI JANJI YANG PASTI
Allah telah
mengingatkan manusia
semua manusia akan
mati
setiap yang bernyawa
pasti akan merasai mati
Tapi….kita bekerja
seolah kita tidak akan mati
kita akan hidup
selamanya
kita lupa segalanya
kita buat rumah yang
paling besar
kita beli kereta yang
paling besar, paling mahal
kita bermegah dengan
saudara mara yang kaya
kita bangga dengan
anak yang ramai dan pandai belaka
tapi kita lupa…..
semua itu akan kita
tinggalkan
kerana…..
janji Allah itu
pasti…..
Allah berjanji
bahawa suatu masa dunia ini akan hancur berkecai….
Semua manusia akan
hancur… akan mati
Pabila sangkakala
ditiupkan…semua akan mati….
Pabila sangkakala
ditiupkan buat kali kedua…semua manusia akan hidup kembali
Ketika ini semuanya
berkata-kata
mata, mulut, segala
anggota menjadi saksi
atas segala
perbuatan baik dan jahat
Tapi….kita saja buat
tidak ingat
kita saja
lupa-lupakan
kita tetap buat apa
yang kita suka
mengumpat, menghina,
menipu, membunuh,tidak bersolat…..
Astaghfirullah….
apa bekal yang kita
bawa untuk ke sana????
di sana yang kekal
abadi…
Maka Allah turunkan
tanda-tanda akan hampirnya hari itu..
Tapi kita masih
menafikannya…
Sesungguhnya janji
Allah itu pasti….
Maka Allah menyuruh
hambanya dan seluruh sekian alam beriman kepadaNya…
Dialah yang
menciptakan alam dan manusia
Tuhan yang Esa….yang
satu…
Tapi manusia masih
tidak mahu beriman
tidak percaya kepada
Allah
tidak percaya kepada
Al-Quran pembawa rahmat
manusia percaya
kepada batu yang boleh memberi mereka kuasa, kekayaan, kekuasaan
manusia percaya
kepada berhala-hala yang diukir mengikut kemahirannya
manusia percaya
kepada sesama manusia
manusia menyembah
manusia
manusia yang serba
kekurangan dan kelemahan
mereka sembah,
mereka minta pertolongan
Ya Allah….
Betulkanlah,
tunjukilah, berilah hidayah
kepada mereka-mereka
itu
kerana….
janjiMu pasti..
Maka berdoalah
kepadaKu, nescaya aku kabulkan doa orang yang beriman kepadaKu
dah hanya padamu
kami semua dikembalikan….