Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Tuesday 25 June 2013

Nota Untuk Kursus Hubungan Etnik



SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa. Dengan kata lain Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum di mana yang paling terbesar adalah Melayu, Cina dan India. Manakala etnik-etnik lain pula adalah merupakan etnik minoriti seperti Singh, Siam, Jawa, Minangkabau, dan beberapa etnik di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Melanau, Dusun, Bajau dan sebagainya.

Definisi Masyarakat Majmuk
Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang muncul disebabkan oleh penjajah di sesebuah negara. Dalam kes Malaysia, kewujudan masyarakat majmuk di negara ini juga berkaitan dasar British sebelum ini yang telah membawa masuk buruh-buruh daripada China dan India untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih timah. Kedatangan buruh-buruh ke negara ini untuk bekerja dan akhirnya terus menetap menjadi warganegara telah membentuk masyarakat baru bagi Tanah Melayu iaitu masyarakat majmuk. Pembentukan masyarakat baru ini digelar oleh J.S.Furnivall sebuah masyarakat majmuk yang mana mereka bercampur tetapi tidak bersama. Dengan lain perkataan, mereka hidup bersama sebagai rakyat negara ini tetapi terpisah dari segi tempat tinggal, pendidikan, budaya, agama, pekerjaan dan sebagainya. Fenomena sebegini masih lagi wujud selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Menurut J.S Furnivall, antara ciri-ciri sebuah masyarakat majmuk adalah:
o   Terdapat pelbagai bangsa, ras dan etnik
o   Mereka hidup bersama tetapi tidak bercampur atau tidak bersatu
o   Terpisah disebabkan unit politik yang berbeza
o   Setiap bangsa mempunyai agama, bahasa, kebudayaan yang tersendiri
o   Berinteraksi semasa di pejabat, pasar dan tempat2 awam
o   Sektor pekerjaan mengikut kaum
Secara kasarnya, masyarakat majmuk terpisah dari aspek berikut:
o   Agama
o   Bahasa
o   Ras
o   Ideologi
o   Politik
o   Pendidikan




Siapakah Orang Melayu?

Masyarakat Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini dan merupakan penduduk asal Tanah Melayu. Dari segi sejarah, masyarakat Melayu telah lama menghuni Tanah Melayu kerana sejak awal abad ke-12 lagi masyarakat Melayu telah tinggal di sini. Kebanyakan mereka adalah berasal dari Kepulauan Melayu. Justeru itu, masyarakat Melayu mempunyai etnik-etnik mereka sendiri seperti Jawa, Minangkabau, Aceh juga Mandailing.
            Pemerintah Malaysia telah mendefinisikan masyarakat Melayu atau Melayu itu sebagai penduduk pribumi Tanah Melayu atau kini Malaysia sebagai seseorang yang bertutur bahasa Melayu, mengamalkan budaya Melayu serta beragama Islam. Pada peringkat awal, masyarakat Melayu kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman, pesisiran pantai dan kampung-kampung. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi saradiri seperi penangkapan ikan, memungut hasil hutan dan yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu adalah menjadi petani iaitu penanam padi dan sedikit yang menanam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sehingga masuknya penjajah British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kawasan luar bandar dan sangat sedikit yang tinggal di bandar-bandar. Kegiatan ekonomi mereka juga masih lagi tertumpu kepada sektor pertanian. Ekonomi kapitalis pada masa ini adalah dipegang oleh orang British dan orang bukan Melayu seperti Cina dan India.
            Dari segi politik pula, masyarakat Melayu pada zaman awal ini telah pun mempunyai sistem politik mereka sendiri iaitu ada golongan pemerintah iaitu Sultan dan golongan di perintah iaitu rakyat biasa. Pada masa ini masyarakat Melayu mengamalkan sistem pemerintahan monarki di mana pemerintah dilantik berdasarkan keturunan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
            Dari segi kepercayaan pula, masyarakat Melayu majoritinya adalah beragama Islam. Walaupun pada peringkat awal, masyarakat Melayu mengamalkan kepercayaan anamisme dan pengaruh hindu, kedatangan Islam dilihat telah mempengaruhi keseluruhan hidup masyarakat Melayu. Tetapi, saki baki pengaruh Hindu masih lagi ada dan ini dapat dilihat dalam istiadat perkahwinan orang Melayu, perubatan tradisional, dan seni persembahan seperti wayang kulit, mak yong dan juga dari aspek senibina.
            Masyarakat Melayu pada zaman awal ini sangat menekankan kepada sistem kekeluargaan. Dalam hal ini masyarakat Melayu perlu menghormati orang yang lebih tua dan institusi keluarga perlu dijaga kerana ia akan memberi kesan kepada keturunan selepasnya. Selain daripada itu, jika dilihat dari segi pendidikan, masyarakat Melayu pada peringkat awal mereka lebih tertumpu kepada pendidikan agama atau pendidikan pondok.Pendidikan sekular untuk orang Melayu hanya diperkenalkan setelah British menjajah Tanah Melayu di mana pendidikan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris diperkenalkan. 

Siapakah Orang Cina?
Masyarakat Cina yang menjadi penduduk Malaysia sekarang ini pada awalnya adalah berasal daripada negara China. Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu secara besar-besaran pada abad-abad ke 15 sehinggalah ke abad ke-19 semasa penjajahan British. Orang Cina sebenarnya telah datang ke Tanah Melayu sejak awal abad ke-13 lagi dengan penemuan beberapa buah kerajaan Tanah Melayu yang menggunakan nama Cina seperti Kerajaan Chih Tu di Kelantan dan Pan Pan di Terengganu. Semasa kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15, negeri China telah bersahabat baik dengan kerajaan Melaka sehinggalah berlakunya perkahwinan antara keluarga diraja China dengan Kerajaan Melayu Melaka. Semasa penjajahan British, kebanyakan pendatang orang Cina adalah berasal dari China Selatan seperti dari wilayah Guangdong dan juga Fujian. Mereka dibawa masuk oleh British untuk bekerja di lombong bijih timah dan ada juga antara mereka yang terlibat dalam sektor perdagangan di bandar-bandar. Di antara dialek utama orang Cina adalah Hakka, Kantonis, Hokkien, Hainan dan Teochew. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu semasa penjajahan British seperti di Melaka dan Pulau Pinang telah memperkenalkan satu kelompok yang baru iaitu Cina Peranakan atau Cina Selat tetapi biasanya orang Malaysia menggelar mereka sebagai Cina Peranakan. Dalam hal ini mereka pandai berbahasa Melayu dan memakai baju kebaya Melayu tetapi masih mengekalkan amalan orang Cina. Sehingga kini orang Cina kebanyakan bertumpu di pantai barat semenanjung seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor dan menceburkan diri dalam sektor perniagaan dan perdagangan.

Siapakah Orang India?
            Masyarakat India juga merupakan sebahagian daripada komponen masyarakat majmuk di Malaysia. Mereka juga memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini dari sejak merdeka hinggalah pada masa kini. Dari segi sejarah, kedatangan orang India juga seiring dengan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu yang berlaku secara besar-besaran semasa penjajahan British. Sebagaimana orang Cina, orang India juga telah masuk ke Tanah Melayu melalui penjajah British iaitu mereka di bawa oleh British ke Tanah Melayu pada waktu itu untuk mengerjakan ladang-ladang getah milik British dan ada juga di antara mereka yang melibatkan diri dalam sektor perdagangan dan perniagaan di bandar-bandar. Secara asasnya, orang India juga telah lama membuat hubungan perdagangan dengan Tanah Melayu seawal abad ke-13 lagi tetapi pada masa ini kedatangan mereka adalah atas motif perdagangan apabila merujuk kepada hubungan negara India dengan Kerajaan Melayu Melaka. Hubungan negara India dengan Tanah Melayu sejak awal lagi dapat dilihat dengan tersebarnya agama Hindu, senibina Hindu dan budaya Hindu yang diamalkan oleh masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu. Sebelum kemerdekaan kebanyakan masyarakat India yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Selatan India seperti Ceylon dan Sri Lanka. Ada juga yang datang dari Utara India. Mereka terdiri daripada pelbagai etnik seperti Telugu, Malayalee, Gurjarati, Benggali, Punjabi dan Sindhi. Apa yang membezakan orang India dan orang Cina adalah orang India telah membentuk kasta antara mereka antaranya adalah chettiar. Sebagaimana orang Cina, orang India juga ramai yang mendiami negeri-negeri tertentu seperti Selangor, Perak, Johor, dan Pulau Pinang. Bilangan orang India paling sedikit di negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan. Kebanyakan masyarakat India adalah beragama Hindu, dan ada juga yang beragama Kristian dan Islam. Bahasa yang biasa digunakan oleh orang India di sini adalah bahasa Tamil. Kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah mewujudkan satu kumpulan atau komuniti baru iaitu Chitty dan Mamak.

 
Harus diingat bahawa kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu telah berlaku seawal abad ke-13. Pada masa ini penghijrahan bangsa asing ke sekitar Kepulauan Melayu dan pelbagai tempat. Pergerakan etnik yang berbeza ke pelbagai tempat telah mewujudkan hubungan etnik yang erat khususnya melalui aktiviti perdagangan iaitu sistem barter. Bukti kepada wujudnya kepelbagaian etnik di Kepulauan Melayu pada masa ini adalah dengan wujudnya kerajaan-kerajaan besar seperti Srivijaya dan Majapahit. Manakala di Tanah Melayu pula dapat disaksikan dengan wujudnya kerajaan Pan Pan yang terletak di antara Terengganu dan Kelantan. Kerajaan Pan Pan merupakan sebuah kerajaan Hindu. Bukti lain adalah dengan wujudnya kerajaan Gangga Negara di Perak dan Lembah Bujang di Kedah. Semua kerajaan ini merupakan kerajaan Hindu Buddha berdasarkan monument dan artifak yang dijumpai. Selain penyebaran agama dan budaya Hindu Buddha, kerajaan-kerajaan ini juga melambangkan kewujudan bangsa asing yang telah datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan pada masa yang sama menyebarkan agama Hindu Buddha.
Kesultanan Melayu Melaka adalah diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400-1403. Melaka pada peringkat awal bukanlah sebuah kerajaan Islam tetapi telah bertukar menjadi sebuah kerajaan Islam apabila Parameswara memeluk Islam dan berkahwin dengan puteri Pasai. Perlantikan Sultan Muzaffar Syah telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka. Islam telah memberi cahaya dan jalan kepada sistem pemerintahan yang lebih sistematik di mana organisasi pemerintahan, sosial, ekonomi, perundangan dan budaya berasaskan Islam. Semasa kegemilangannya, Melaka telah didatangi oleh pedagang Arab, Parsi, China, India, Jepun dan juga pedagang daripada Asia Barat dan Eropah sehingga dilapurkan terdapat lebih daripada 80 bahasa dipertuturkan di Melaka pada waktu ini. Ini menunjukkan betapa ramainya etnik atau bangsa yang datang berdagang di Melaka. Kedatangan pedagang ini bukan sahaja atas dasar perdagangan, malahan kerajaan Melaka sendiri telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara seperti China dan India. Pedagang-pedagang ini pula telah bercampur dengan masyarakat tempatan dan ada di antaranya yang berkahwin dengan masyarakat tempatan, lalu berlakulah penyerapan budaya masyarakat tempatan sama ada dari segi bahasa, budaya, kesusasteraan, kesenian dan sebagainya. Melaka telah kalah di tangan Portugis pada 1511 dan Belanda pada 1641.


Thursday 6 June 2013

Koleksi Soalan Kenegaraan/Pengajian Malaysia



1. Antara peranan kewujudan Perlembagaan kepada sesebuah negara adalah
        i.            Mewujudkan pemerintahan yang adil
      ii.            Membahagikan kuasa kepada pemerintah dan rakyat
    iii.            Sumber rujukan undang-undang
    iv.            Untuk menjaga kedaulatan negara


A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D

2. Perlembagaan adalah lambang bahawa negara Malaysia adalah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI

A. Malaysia sebuah Persekutuan
B. Agama Islam agama rasmi
C. Malaysia pernah dijajah
D. Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
Jawapan: C

3. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Pertahanan
- Keselamatan Dalam Negeri
- Kewarganegaraan
                       
Perkara-perkara di atas adalah terletak di bawah senarai

A. Kuasa Persekutuan
B. Kuasa Negeri
C. Kuasa Bersama
D. Perdana Menteri
Jawapan: A

4. Undang-undang diri dan keluarga Islam adalah terletak di bawah kuasa

A. Kuasa Persekutuan
B. Kuasa Negeri
C. Kuasa Bersama
D. Majlis Raja-raja
Jawapan: B

5. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada

A. Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
B. Kepentingan bahasa Melayu
C. Bahasa Melayu bahasa orang Melayu
D. Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu
Jawapan: A

6. Sekiranya seseorang ditahan kerana cuba menggunakan isu bahasa ia boleh dikenakan tindakan di bawah

A. Akta Keselamatan Dalam Negeri
B. Akta Hasutan 1948
C. Akta Dadah Berbahaya
D. Akta Jenayah
Jawapan: B

7. Majlis Raja-raja Melayu pada zaman penjajahan British dikenali sebagai
A. DURBAR
B. Majlis Mesyuarat
C. Legislatif Council
D. Mesyuarat Raja-raja
Jawapan: A

8. Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh

A. Majlis Raja-raja
B. Majlis Perundangan Persekutuan
C. Perdana Menteri
D. Mahkamah Agung
Jawapan: A

9. Berikut merupakan kenyataan yang BENAR mengenai Majlis Raja-raja

i. Melantik YDPA
ii. Dianggotai oleh 9 Raja-raja Melayu dan 4 Yang Dipertua
iii. Setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-raja adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
iv. Melantik Perdana Menteri
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: B

10. Berikut merupakan kuasa budi bicara Majlis Raja-raja KECUALI

A. Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
B. Memperkenan atau tidak memperkenankan apa-apa undang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu.
C. Membubarkan Parlimen
D. Bersetuju atau tidak bersetuju mengenai apa-apa perkara berkaitan agama Islam
Jawapan: C

11. Kewarganegaraan Tanah Melayu boleh didapati melalui cara-cara berikut

i. Kuatkuasa Undang-undang
ii. Pendaftaran
iii.Percantuman Wilayah
iv. Naturalisasi

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D

12. Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan kepada perkara berikut KECUALI

A. Melucutkan sendiri kewarganegaraannya
B. Menderhaka kepada raja dan negara
C. Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan
D. Dibuang daerah
Jawapan: D

13. Orang Melayu mendapat hak istimewa dalam perkara-perkara berikut iaitu

i. Perkhidmatan Awam
ii. Ekonomi
iii. Pendidikan
iv. Kemasukan ke kolej swasta
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: B



14. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai YDPA

A.    Bertindak sebagai Ketua Negara
B.     Melantik Perdana Menteri
C.     Membubarkan Parlimen
D.    Mengisythiharkan hari raya
Jawapan: D
15. Badan Eksekutif di peringkat negeri terdiri daripada
i. Sultan
ii. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
iii. Menteri Besar
iv. Timbalan Perdana Menteri
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: B
16. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Bahagian
- Daerah
- Daerah Kecil
- Kampung

Struktur pentadbiran di atas merujuk kepada struktur pentadbiran negeri
A.    Sabah
B.     Sarawak
C.     Terengganu
D.    Kelantan
Jawapan: B
17. Badan perundangan di peringkat Persekutuan terdiri daripada berikut KECUALI
A.    Parlimen
B.     Dewan Negara
C.     Dewan Rakyat
D.    Majlis Mesyuarat Kerajaan
Jawapan: D

18. Seorang ahli Dewan Negara akan hilang kelayakan apabila

i. Tidak siuman
ii. Muflis
iii. Memperolehi kewarganegaraan asing
iv. Memegang jawatan bergaji
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D



19.  Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah     

Mahkamah Tentera

Mahkamah Perusahaan

Mahkamah Buruh

Mahkamah Khas Raja-raja


Mahkamah-mahkamah di atas terkandung di bawah mahkamah
A.    Mahkamah Atasan
B.     Mahkamah Rendah
C.     Mahkamah Khas
D.    Mahkamah Juvana
Jawapan: C

21. Apakah mahkamah yang paling tinggi di Malaysia
A.    Mahkamah Persekutuan
B.     Mahkamah Rayuan
C.     Mahkamah Khas
D.    Mahkamah Syariah
Jawapan: A

22. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Untuk mengadili umat Islam.
- Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
- Kes sivil, nafkah dan tanggungan perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan sebagainya.
- Kes jenayah–berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri atau anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
Ciri-ciri mahkamah di atas berkaitan dengan mahkamah
A.    Mahkamah Khas
B.     Mahkamah Syariah
C.     Mahkamah Tinggi
D.    Mahkamah Rayuan
Jawapan: B

23. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Membicarakan kes jenayah dan sivil.
- Kes sivil melibatkan nilai yang melebihi100,000 dan tidak lebih dari 1 juta
- Kes jenayah – membicarakan apa juga jenis kesalahan  jenayah, kecuali menjatuhkan hukuman mati.

Ciri-ciri mahkamah di atas berkaitan dengan mahkamah
A.    Mahkamah Khas
B.     Mahkamah Syariah
C.     Mahkamah Tinggi
D.    Mahkamah Sesyen
Jawapan: D



24. ”Semasa pemerintahan _______X_______dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis.”
X di atas merujuk kepada
A.    Tunku Abdul Rahman
B.     Tun Razak
C.     Tun Hussein Onn
D.    Tun Dr. Mahathir
Jawapan: A

25. Sejak dari zaman awal lagi Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara berikut KECUALI
A. China
B. Israel
C. India
D. Arab
Jawapan: B


26. Berikut merupakan antara faktor mengapa perlu diadakan hubungan atau kerjasama antarabangsa
        i.                        Keselamatan
      ii.                        Kerjasama Perdagangan
    iii.                        Demografi
    iv.                        Ekonomi
A. i dan ii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
Jawapan: D

27. Kementerian manakah yang bertanggungjawab menjalankan hubungan luar Malaysia
A.    Kementerian Luar Negeri
B.     Kementerian Perdaganagan dan Perusahaan
C.     Jabatan Perdana Menteri
D.    Kementerian Luar Bandar
Jawapan: A

28. Negara-negara yang menganggotai ASEAN adalah
i. Singapura
ii. Thailand
iii. Filipina
iv. Myanmar

A. i dan ii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
Jawapan: D

29.       ZOPFAN
            SEANWWFZ

Konsep-konsep di atas ada kaitan dengan
A. PBB
B. OIC
C. ASEAN
D. KOMANWEL
Jawapan: C


30. ”Bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang.”

Objektif di atas ada kaitannya dengan pertubuhan
A. ASEAN
B. OIC
C. NAM
D. EU
Jawapan: B

31. Salah satu prinsip Malaysia dalam dasar luar Malaysia  ialah menyelesaikan masalah menerusi rundingan. Ini bermakna

i. Malaysia mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
ii. Mengadakan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan Malaysia
iii. Malaysia memilih pendekatan menyelesaikan masalah dengan negara lain melalui perundingan.
iv. Abaikan negara yang tidak mahu bekerjasama

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
Jawapan: B

32. Berikut merupakan perkara yang sering menimbulkan salah faham antara hubungan Malaysia dan Indonesia KECUALI

A. Pekerja asing Indonesia
B. Sempadan darat
C. Maritim
D. Bahasa
Jawapan: D


33. Malaysia pernah mengalami krisis dengan negara-negara berikut KECUALI

A. Singapura
B. Indonesia
C. Kalimantan
D. Filipina
Jawapan: C


34. Krisis yang pernah membabitkan hubungan Malaysia dan Singapura adalah
i. Harga air
ii. Perebutan Pulau Batu Putih
iii. Pengeluaran Singapura daripada Persekutuan Malaysia
iv. Buruh Asing

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
Jawapan: B



35. Malayan Union 1946 mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI

A. Kuasa raja-raja Melayu dikekalkan
B. Diketuai oleh Gabenor Inggeris
C. Pengenalan kerakyatan Jus Soli
D. Merangkumi 9 buah negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka

Jawapan: A

36. Salah satu faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union adalah disebabkan oleh pengenalan kerakyatan Jus Soli. Maksud Jus Soli adalah
        i.            Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan telah tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 15 layak mendapat kerakyatan
      ii.            Sesiapa yang lahir selepas Malayan Union akan mendapat kerakyatan Tanah Melayu
    iii.            Semua rakyat British boleh menjadi warganegara
    iv.            Orang yang kedua-dua ibu bapanya rakyat British

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: A

37. Pegawai British yang bertanggungjawab memperkenalkan Malayan Union adalah
A.    Frank Sweetenham
B.     Mac Michael
C.     Andrew Clarke
D.    W.W.Duff
Jawapan: B

38. Salah satu kesan hasil daripada pengenalan Malayan Union adalah penubuhan UMNO. Pengasas parti UMNO pada masa ini adalah
A.    Tunku Abdul Rahman
B.     Tun Abdul Razak
C.     Dato Onn Jaafar
D.    Dr. Burhanuddin
Jawapan: C

39. Rundingan Baling telah dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Rashid Maidin, David Marshall dan individu X. Siapakah individu X tersebut
A.    Chen Ten
B.     Tan Cheng Lock
C.     Ng Heng
D.    Too Joon Hing
Jawapan: B

40. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1965 mengandungi negara berikut iaitu
        i.            Tanah Melayu
      ii.            Singapura
    iii.            Sabah
    iv.            Sarawak

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D

41. Merujuk kepada penubuhan Malaysia pada September 1963, manakah di antara berikut merupakan antara permintaan Brunei sekiranya ia dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia?
        i.            Brunei diberi sekurang-kurangnya sepuluh kerusi Parlimen
      ii.            Dibenarkan terus menguasai hasil minyak;
    iii.            Memegang autonomi kewangan pada peringkat awal
    iv.            Kekananan bagindada dalam Majlis Raja-Raja dikira daripada baginda menjadi Sultan
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D

42. Salah satu objektif penubuhan Malaysia adalah untuk membebaskan beberapa buah negara yang masih berada di bawah penjajahan British. Apakah negeri tersebut?
i. Sabah
ii. Sarawak
iii. Brunei
iv. Singapura
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: A

43. Dalam pilihanraya 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini disebabkan oleh
i. Ia dianggotai oleh ketiga-tiga kaum terbesar
ii. Mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan kaum dan agama
iii. Memperjuangkan pembangunan masyarakat dalam manifesto
iv. Sikap pemimpin yang mudah mesra
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: A


44. Rundingan Baling pada tahun 1955 gagal kerana
A. Chin Peng atau PKM tidak mahu mengadakan gencatan senjata dan mahu kekal wujud sebagai sebuah parti yang sah.
B. Ada ahli yang tidak hadir
C. Tiada wakil British yang hadir
D. Chin Peng enggan berundur
Jawapan: A

45. A.M. Azhari mempunyai agenda sendiri apabila menentang Penubuhan Malaysia 1963. Ini kerana beliau berhasrat untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Darawak dalam satu pertubuhan yang dinamakan

A. Kalimantan Utara
B. Persatuan Asia Tenggara
C. Kalimantan Selatan
D. Malaysian Malaysia
Jawapan: A

46. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
“Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memperjelaskan kesangsian Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia.”

Kenyataan di atas berkaitan dengan salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menjelaskan kepada penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia. Apakah jawatankuasa tersebut?
A. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
B. Jawatankuasa Antara Kerajaan
C. Suruhanjaya Cobbold
D. Jawatankuasa Kabinet

Jawapan: A

47. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Suruhanjaya Cobbold
i. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
ii. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold
iii. Lebih 70 peratus penduduk dua buah negeri tersebut bersetuju.
iv. Mendapat tajaan daripada pemerintah

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     i, ii dan iii
D.    Semua di atas
Jawapan: C

48. Suruhanjaya Reid dianggotai oleh Lord Reid, Sir William McKell, Tuan B. Malik dan individu X. Siapakah X tersebut?
A. Sir Ivor Jennings
B. Sir Andrew Clarke
C. Sir Lord Landsdowne
D. Tunku Abdul Rahman
Jawapan: A