Monday, 7 July 2014

Kenangan Bulan Ramadhan


Setiap orang pasti mempunyai kenangan yang tersendiri mengenai bulan Ramadhan...setiap kali menjelangnya Ramadhan, aku pasti akan teringat zaman aku kecil-kecil dulu iaitu semasa di bangku sekolah. Ramadhan bagi aku dan keluarga tidaklah mewah, kerana makanan kami sama saja dengan hari-hari biasa. Cuma pada bulan puasa ada beberapa kuih yang sangat aku suka iaitu nekbat dan akok. Itulah kuih Kelantan kegemaranku dan selain itu buah kurma. Juadah berbuka kami sangat simple kerana kami  orang susah, tetapi kami sekeluarga tetap happy. Cuma dalam sesetengah hal ibu dan ayahku tidak memberi kerjasama yang baik iaitu aku suka pergi solat Terawih, tetapi disebabkan jarak masjid dengan rumahku agak jauh, aku mengayuh basikal ke masjid ada kalanya aku jalan kaki saja. Pernah aku mintak ayah tolong hantarkan, tapi ayah buat tak tau saja. Aku sangat bersemangat untuk bersolat Terawih dengan kawan-kawan, kadang-kadang tu bukan nak solat sangat tapi nak main yang lebih. Biasalah budak-budak kan tetapi itulah aku...kenangan yang tak dapat aku lupa adalah dekat madrasah/surau aku solat terawih tu dalam kawasan kubur. Jadi, pada suatu malam tu, jemaah sangat ramai, cuma ada satu tempat je yang masih kosong iaitu tepi dinding yang sudah pecah dan sudah berlubang. Lubang tu agak besar kerana boleh nampak dengan jelas kubur-kubur kat luar. So, aku pun terpaksa duduk di situ sambil solat ekor mata aku tak putus menjeling ke arah kubur-kubur kat sebelah....seram yang amat....rasanya solat terawih aku malam tu aku tak khusyuk langsung ya lah ...dah kubur kat sebelah mana tahan takutttttt......

Lagi satu cerita masa balik solat terawih. Aku jalan kaki saja malam tu bersama kawan-kawan dan pada malam itu hujan turun agak sederhana tapi sudah cukup untuk membasahi bumi. Bila hujan aku dan kawan aku mulalah berfikir mesti ada hantu kalau hujan gini hantu hujan la tu...jadi apa lagi aku dan kawan aku pecut lariiiiiiiiiiiiiiiiii.....tiba-tiba aku rasa kaki aku terpijak sesuatu yang sangat lembik dan aku dapat rasakan pergelangan kaki aku tenggelam di dalam benda lembik tu...arghhhhhh kaki aku tersemban dalam tahi lembu yang ukur lilitnya sebesar lempeng yang selalu mak aku buat....dengan selipar2 aku sekali terbenam dalam tahi lembu tu...geli tak payah cakap la sebab aku ni jenis penggeli orangnya apatah lagi itu kan tahi...ohhh tidakk....

Satu cerita lagi...pada suatu malam aku membonceng basikal dengan abang aku...aku kat belakang macam kita tengok cerita P Ramlee tu ....abang aku pun penakut macam aku jugak...tengah dok grek grek grek kayuh basikal, tiba-tiba aku dan abang aku rasa ada macam orang baling pasir ke atas kami...sekali ok lagi bila masuk kali kedua abang aku pun pecut lah sekuat-kuat tenaga dia...tiba-tiba kain batik yang aku pakai termasuk dalam lidi basikal apalagi abis la kain batik aku terburai...nasib baik tak ada orang lalu kat jalan tu..kalau tidak memang memalukan...

Lagi satu kali ni aku yang naik basikal seorang diri....macam biasa bila seorang diri lagi takut la...aku kayuh laju-laju cepatlaaaa sampai rumah...tak tahan dah takut ni apatah lagi bila orang kampung bercerita kat bawah pokok besar tu ada penunggu hantu pontianak.....aku kayuh dan kayuh dan lagi dan lagi....tiba2 aku terlanggar bonggol lalu aku dan basikal aku melayang macam spiderman dan wajah aku terus terlungkup ke dalam lumpur sawah padi. Aku tak dapat nak bangun sebab baju tshirt aku tersangkut kat pelana basikal....adoiiii cabaran betul nak buat kebaikan kan....

Nampaknya itu sahaja lah cebisan cerita tentang kenangan Ramadhan aku masa aku masih kanak-kanak. Sekarang aku sudah dewasa, tapi kenangan tu masih segar dalam ingatan terasa macam baru semalam aku menjadi budak-budak...