Pengenalan
Tanpa
kita sedari atau tidak, disebalik peristiwa sejarah yang berlaku di negara
terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan pengajaran
dan sempadan juga baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita.
Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun telah menyimpan
banyak peristiwa sejarah yang perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa
kini. Sesungguhnya nilai-nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan
modal insan pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan
negara, agama dan bangsa.
Antara Nilai-nilai
Murni dalam Sejarah Negara
- Bekerjasama
- Taat Setia
- Setiakawan
- Persahabatan
- Semangat nasionalisme
- Berusaha
Berusaha
Topik ini
juga sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni yang perlu direnungi dan
dijadikan iktibar oleh semua warganegara. Dalam hal ini, untuk melangkar
kejayaan, kita mesti mengharungi segala cabaran dengan profesional iaitu tidak
menggunakan jalan singkat untuk berjaya. Di antara nilai-nilai murni yang perlu
dijadikan iktibar ialah seseorang warganegara itu tidak boleh berpeluk tubuh
dan membiarkan orang asing memerintah dan menentukan sistem pemerintahan negara
kita. Seseorang itu juga perlu mengetahui bahawa tidak ada jalan mudah untuk negara
mencapai kemajuan. Lihat saja pada peranan Tunku Abdul Rahman yang terpaksa
turun padang dan berunding dengan British untuk membebaskan Negara ini dari
belenggu penjajahan.
Taat Setia
Dalam peristiwa sejarah negara,
begitu banyak peristiwa yang menunjukkan betapa pentingnya taat setia kepada
pemerintah dan negara. Dalam Sejarah Melayu, kita dapat melihat rakyat Melaka
pada waktu itu tidak kira muda, tua, cacat, rakyat biasa, hamba semuanya taat
kepada pemerintah. Teras kepada konsep taat setia masyarakat di Melaka pada
waktu ini ialah berasaskan kepatuhan kepada wadah (perjanjian) yang termeterai
antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Bermula daripada sinilah konsep
taat setia diamalkan oleh masyarakat seterusnya. Dalam Sejarah Melayu, kita
dapat melihat peranan Hang Tuah yang sangat taat setia kepada pemerintah. Dalam
hal ini, beliau sanggup berbuat apa sahaja dan sentiasa mengikut arahan
pemerintah melaksanakan sesuatu tugas walaupun ia terpaksa meninggalkan ahli
keluarganya. Dalam konteks masyarakat hari ini, kita perlu mempunyai sikap taat
setia kepada negara dan pemerintah khususnya apabila ia melibatkan kepentingan
agama, bangsa dan negara.
Sabar Menempuh Rintangan
Seseorang warganegara itu juga perlu ada jati diri yang kuat dalam diri
mereka. Dalam hal ini, merujuk kepada peristiwa penubuhan Malaysia, walaupun
terpaksa melalui tentangan dan halangan, penubuhan Malaysia tetap diteruskan.
Oleh itu, kepada golongan profesional khususnya yang terlibat dalam pembentukan
dasar pembangunan negara, walaupun ada halangan dan rintangan, visi dan misi
sesuatu organisasi perlu dicapai.
Jatidiri Sebagai Warganegara
Peristiwa sejarah juga telah
meninggalkan satu lagi nilai yang penting untuk kita amalkan pada hari ini
iaitu jatidiri sebagai warganegara. Persoalan mengenai jati diri sangat penting
khususnya pada abad ini yang mana arus globalisasi boleh menghakis jati diri
kita sebagai seorang warganegara yang beragama Islam dan mengamalkan adat
istiadat serta budaya Melayu akan terhakis bila-bila masa. Begitu juga dengan
masyarakat bukan Melayu di negara ini mereka juga perlu mengekalkan jatidiri
sebagai warganegara negara ini dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang
cuba memesongkan taat setia mereka
kepada negara ini. Peristiwa sejarah yang menunjukkan pentingnya persoalan
jatidiri ini dapat kita lihat semasa pendudukan Komunis di negara ini. Semasa
pendudukan Komunis di negara ini mereka telah menggunakan ramai rakyat tempatan
untuk bekerjasama dengan mereka. Memang tidak dapat dinafikan ada juga
segelintir di antara rakyat negara ini pada masa itu yang terpengaruh dengan
dakyah mereka. Tetapi disebabkan sebahagian besar masyarakat Tanah Melayu pada
waktu itu yang masih taat kepada negara ini, menyebabkan Komunis tidak berjaya
mempengaruhi negara ini. Selain daripada itu kita juga dapat melihat peranan
Ibrahim Yaakub dan rakan-rakannya yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi dan merekalah yang berperanan menyedarkan masyarakat Melayu pada waktu
itu untuk mengusir penjajah British. Walaupun mereka pernah ditangkap oleh
pihak British perjuangan mempertahankan tanahair tidak pernah padam dalam jiwa
mereka.
Pentingnya rundingan
Ini dapat kita lihat dalam peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Peristiwa
ini juga memberi pengajaran kepada generasi masa kini yang bakal menjadi
pemimpin pada masa akan datang agar menggunakan kaedah diplomasi dan
perundingan dalam menyelesaikan sebarang masalah negara. Pencapaian kemerdekaan
negara. Topik ini sebenarnya sarat dengan pengajaran terhadap betapa pentingnya
rundingan diadakan dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi tidak kira dalam apa juga bidang sekalipun.
Peristiwa penubuhan Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada
masa akan datang agar tidak mementingkan diri dalam segala hal, tetapi
sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Ini dapat dilihat
pemimpin Tanah Melayu tidak mementingkan diri, sebaliknya kekayaan hasil bumi
perlu dikongsi bersama dengan negara-negara jiran yang lain dan pada masa yang
sama untuk menolong negara-negara yang miskin. Seseorang pemimpin juga perlu
ada pendirian dan mempunyai sikap menghormati pendapat orang lain. Tidak perlu
ada paksaan dan segala tentangan harus ditangani dengan profesional. Mengumpul
pendapat dan pandangan daripada orang lain sebelum sesuatu projek dijalankan
adalah langkah yang patut dipuji.
Mematuhi undang-undang
Setiap warganegara Malaysia mesti tahu sistem
pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara khususnya negara kelahirannya.
Bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Negara sebenarnya akan memberi
kesan kepada tindakan seseorang warganegara. Seseorang warganegara itu harus
patuh pada undang-undang negaranya. Warganegara yang tahu tanggungjawabnya
sebagai seorang warganegara akan menyebabkan sesuatu bentuk pemerintahan itu berjaya.
Ketahanan sesuatu sistem
pemerintahan banyak bergantung kepada sokongan dan peranan rakyatnya. Apatah
lagi sistem demokrasi adalah dipilih dan ditentukan oleh rakyat, jika tiada rakyat
maka runtuhlah sesuatu Seseorang warganegara perlu mempelajari dan mengetahui
undang-undang yang digunapakai di dalam negaranya. Ini kerana segala tindak
tanduknya akan diadili oleh undang-undang. Selain daripada itu mempelajari
tentang perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan negara khususnya
kepada individu yang terlibat dalam sektor pembangunan ataupun seorang jurutera
perlu mengetahui sesuatu projek yang hendak dijalankan itu adalah mengikut
prosedur yang betul. Dengan mempelajari Perlembagaan Malaysia juga seseorang
warganegara itu tahu dimana mereka harus merujuk sama ada kerajaan negeri atau
kerajaan pusat.
Setiap warganegara Malaysia yang
mempelajari sejarah akan merasa bertanggungjawab untuk tidak patut
mempersoalkan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.
Ini kerana semua perkara yang termaktub di dalamnya adalah hasil daripada tolak
ansur yang dibuat antara kaum sebelum ini. Mereka juga akan memahami jika sebarang perubahan dibuat terhadap
sesuatu perkara ia secara tidak langsung akan menjejaskan kedaulatan
Perlembagaan itu sendiri. Bila kedaulatan hilang, ia tidak akan dihormati lagi,
dan bila rakyat tidak menghormati Perlembagaan negara akan musnah kerana
pergerakan mereka tiada kawalan. Mereka juga mengetahui bahaw setiap
warganegara Malaysia mendapat tempat dalam Perlembagaan negara. Tidak kira
bangsa dan agama sekalipun mereka mempunyai kedudukan dan keistimewaan
tersendiri. Setiap bangsa perlu menghormati keistimewaan bangsa-bangsa lain.
Setiap warganegara Malaysia yang
mempelajari sejarah juga akan sedar bahawa walaupun terdapat peruntukan
kebebasan asasi di mana setiap warganegara adalah bebas melakukan apa sahaja.
Walaubagaimanapun, kebebasan ini ada hadnya. Kebebasan yang boleh menjejaskan
keamanan negara perlu dielakkan kerana ia boleh memusnahkan negara. Kepada
individu yang bekerja dalam mana-mana organisasi sekalipun, segala rasa tidak
puas hati terhadap tempat kerja dan majikan perlu dilakukan mengikut saluran
yang betul.
Tolak ansur
Konsep tolak ansur dalam Sejarah
Malaysia dapat kita lihat semasa parti UMNO, MIC dan MCA bergabung dan
membentuk parti Perikatan. Semasa dalam Perikatan ketiga-tiga parti ini telah
bersama-sama bertolak ansur dalam perkara mengenai Perlembagaan. Semasa penggubalan
Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, orang Cina dan India menerima
bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara dan begitu juga dengan agama Islam
sebagai agama rasmi negara. Manakala orang Melayu pula menerima
orang Cina dan India menjadi warganegara tetap negara ini. Tolak ansur ini
diperkukuhkan kerana walaupun bahasa Melayu dan Agama Islam menjadi bahasa
rasmi dan agama rasmi negara, bahasa dan agama lain boleh bebas diamalkan
selagi ianya tidak menganggu ketenteraman dan kemakmuran negara.
Bekerjasama
Konsep
kerjasama telah lama lahir dalam setiap tamadun dunia, apa yang membezakan nya
ialah dari segi nama sahaja. Dalam masyarakat barat ia dikenali
sebagai ”teamwork”. Manakala dalam istilah Arab pula ia dipanggil ”Amal Jama’ie
(Ban Baalki: 1998). Secara umumnya konsep kerjasama ini bolehlah disimpulkan
sebagai satu konsep di mana sesuatu kelompok manusia bersatu, bersama
tolong-menolong di antara satu sama lain demi mencapai sesuatu hajat atau
matlamat yang ditetapkan. Dari perspektif masyarakat Melayu, konsep ini telah
diamalkan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Bahkan ia telah sebati dan menjadi
budaya masyarakat Melayu turun-menurun. Konsep kerjasama telah diterapkan dalam
budaya orang Melayu terutamanya semasa mengadakan kenduri-kendara,
gotong-royong, dalam bidang pertanian, dan sebagainya. Tidak keterlaluan jika
dikatakan masyarakat Melayu telah mendominasi budaya bekerjasama ini sejak
berabad-abad lamanya. Budaya ini telah digambarkan melalui pepatah Melayu yang
berbunyi ”yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul”. Keistimewaan
yang ada pada konsep ini ialah mereka bekerjasama membantu di antara satu sama
lain, tanpa mengharapkan habuan dan wang ringgit , pangkat atau darjat, tetapi
lebih kepada kepentingan dan kepuasan semua pihak.
Pengamalan
konsep kerjasama dalam lipatan sejarah masyarakat Melayu tidak pernah
ternokhtah. Jika dianalisis secara mendalam, konsep ini semakin diprakktikkan
bukan sahaja di peringkat local bahkan di peringkat yang lebih kompleks iaitu
dalam usaha menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Sebagai permulaan,
cuba kita telusuri konsep kerjasama masyarakat Melayu ini dari sudut kronologi
sejarah dengan merujuk kepada teks Sejarah Melayu. Di antara petikan dalam
Sejarah Melayu yang meggambarkan kesedaran masyarakat Melayu mengenai konsep
tolong menolong dan sentiasa bersama-sama di dalam apa jua keadaan ialah semasa
Raja Suran Hendak Menyerang Negara China:
“Maka Raja Suran pun berkira-kira
hendak menyerang negeri China. Maka baginda menyuruhlah menghimpunkan segala
bala tenteranya, maka sekalian rakyat pun berkampunglah daripada segala pihak
negeri, tiada terpermanai lagi banyaknya.”
“Maka adalah daripada
banyaknya rakyat berjalan itu, segala hutan belantara pun habis menjadi padang,
dan bumi pun bergentar seperti gempa, dan gunung pun bergerak dan segala tanah
yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata, dan batu pun habis berperlantingan,
dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan
perjalanan itu tiada berputusan lagi,
“jikalau pada malam
yang gelap sekalipun, menjadi terang seperti bulan purnama pada ketika cuaca,
daripada kebanyakan kilat cahaya senjata, jikalau halilintar di langit
sekalipun tiada kedengaran, daripada kesangatan tempik segala hulubalang dan
sorak segala rakyat, bercampur dengan gajah, kuda tiadalah sangka bunyinya
lagi” (Sejarah Melayu, hlm. 12-13)
Ini
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada waktu itu tidak kira tua muda bahkan
seluruh rakyat jelata datang untuk membantu raja mereka menentang negara China.
Kesungguhan mereka ini bolehlah dijelaskan sebagai kesedaran bahawa demi untuk
kepentingan negara, semua rakyat perlu bersatu padu dan berkorban apa saja.
Kesemua rakyat jelata ikut serta berpandukan kepada rangkap kedua yang berbunyi
” Maka adalah daripada banyaknya rakyat
berjalan itu, segala hutan belantara pun habis menjadi padang, dan bumi pun
bergentar seperti gempa, dan gunung pun bergerak dan segala tanah yang tinggi-tinggi
itu pun menjadi rata”.
Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, konsep kerjasama menjadi tunggak kepada
kelangsungan institusi Kesultanan Melayu. Kegemilangan pemerintahan Melaka pada
abad ke-15 bukan kerana pemerintahnya tetapi kerana adanya perpaduan antara
pemerintah dan rakyat serta peranan pembesar Melaka yang sentiasa mengadakan
musyawarah bersama dari semasa ke semasa mengenai perjalanan sistem
pemerintahan negara. Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka banyak bergantung
kepada kerjasama antara raja, pembesar dan rakyat jelata. Ini ditegaskan oleh
Tun Sri Lanang (pengarang Sejarah Melayu) tiga unsur yang mendasari penubuhan
kerajaan Melayu Melaka ialah Raja/Sultan, para pembesar dan rakyat (Mohd. Yusoff Hashim, 1996).
Hubungan
yang mendasari Raja dan rakyat adalah pembesarnya. Para pembesar daripada
pelbagai hierarki melaksanakan fungsi masing-masing. Walaubagaimanapun, tidak
mungkin kesemua tanggungjawab itu dilakukan oleh raja. Hukum Kanun Melaka
merakamkan perihal tugasan seorang raja sebaik sahaja menaiki takhta kerajaan
sebagai berikut;
”Adapun pada segala raja-raja
itu, pertama-tama menjadikan Bendahara, kedua menjadikan Temenggung, ketiga
Penghulu Bendahari, keempat menjadikan Syahbandar, Maka terpeliharalah segala
raja-raja itu dengan segala rakyatnya. (Mohd. Yusoff Hashim, 1996)
Secara
kasarnya, walaupun tiga unsur tadi telah mendasari kegemilangan tamadun Melayu
Melaka, tetapi kita tidak boleh
menafikan kehadiran kerja sama, saling
sokong – menyokong sama ada secara langsung atau tidak langsung di antara
ketiga-tiga pihak di atas. Teras kepada fenomena ini ialah kepatuhan kepada
wadah (perjanjian) yang termeterai antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar
Daun. Keutuhan konsep kerjasama dalam kegemilangan kerajaan Melayu Melaka
tergugat apabila Portugis menyerang Melaka pada 1511. Kejatuhan Kerajaan Melayu
Melaka ke tangan Portugis bukan disebabkan faktor luaran semata-mata, malahan
faktor dalaman juga perlu diambil kira. Masalah dalaman yang paling ketara
selain ketidakjujuran dan penderhakaan rakyat Melaka sendiri, ialah kelunturan
semangat kerjasama di kalangan rakyat Melaka yang selama ini begitu patuh dalam
kerja berpasukan, bersatu padu dan tolong menolong. Pada masa ini dapat dilihat
hubungan antara rakyat dan pemerintah telah terputus sama sekali, rakyat yang
tidak setia kepada negara, pembesar mengamalkan rasuah dan sikap pemerintah
yang memerintah dengan zalim. Pada waktu ini juga dapat dilihat tiga unsur yang
mendasari kerjasama masyarakat Melayu iaitu raja, pembesar dan rakyat tidak
lagi diamalkan. Masing-masing membawa haluan mereka sendiri. Pengajaran yang
boleh dikutip hasil dari serangan Portugis ke atas Melaka ini ialah tanpa
kerjasama yang erat, negara boleh musnah dalam sekelip mata. Ini kerana
kekuatan negara bangsa adalah hasil perpaduan antara pemerintah, pembesar dan
rakyat.
Tidak ramai yang berfikir kenapa Tanah Melayu yang
pada asalnya kuat perkasa dan digeruni musuh dengan mudah ditawan dan dijajah
oleh kuasa luar. Pada masa ini kawan yang dulunya menjadi rakan dagang telah
bertukar menjadi harimau yang membahang mangsanya. Kenapa? Tidakkah kita
terfikir apakah rahsia disebalik penjajahan kuasa asing (Portugis, Belanda,
British dan Jepun) ke atas Tanah Melayu? Dalam hal ini kita perlu melihat
bagaimanakah keadaan atau apa yang sedang berlaku di Tanah Melayu sebelum
kedatangan kuasa penjajah tersebut. Dari peringkat awal lagi sejak jatuhnya
kerajaan Melaka ke tangan Portugis adalah kerana rakyatnya tidak bersatu padu
dengan kata lain tiada lagi perpaduan antara pemerintah dan rakyat. Keadaan ini
berkesinambungan sehinggalah semasa British mula nak mengintai menjejakkan kaki
ke bumi Melayu pada awal abad ke 18. Pada abad ke-18 sehinggalah ke awal abad
ke 19, masyarakat Melayu di bumi Melayu ini asyik bertelagah sehingga melupakan
semangat perpaduan dan kerjasama yang menjadi pegangan dan budaya orang Melayu
sebelum ini. Contohnya seperti di Selangor, Perak, dan Pahang, para pembesar
bertelagah sesama sendiri merebut kawasan lombong. Manakala dari segi hubungan
di antara negeri-negeri juga renggang contohnya kerajaan Pahang dan Melaka
tidak baik. Pahang dan Johor juga tidak
baik, Johor pernah membantu Belanda menyerang Melaka. Dalam peristiwa
penentangan pembesar terhadap sistem residen – raja/sultan berdiam diri. Rakyat
jelata juga tidak memainkan peranan. Hanya orang-orang tertentu yang sedar akan
campurtangan asing sahaja yang bangun berjuang. Semangat kerjasama antara
negeri-negeri Melayu semakin sukar diamalkan apabila pihak British mula
membahagikan negeri-negeri Melayu ini kepada 3 unit yang terpisah iaitu NNMB, NNMTB,
dan Negeri-negeri Selat. Pemisahan ini sebenarnya lebih menyenangkan British
untuk menjajah Tanah Melayu.
Peristiwa paling unik yang menunjukkan betapa
pentingnya unsur kerjasama dalam lipatan sejarah Malaysia ialah semasa Tanah
Melayu hendak mencapai kemerdekaan. Pada masa ini dapat dilihat orang Melayu
sudi bekerjasama dengan orang bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam usaha
membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan. Ini dapat dilihat apabila
parti UMNO, MCA dan MIC telah bersatu tenaga bergabung membentuk sebuah pakatan
yang lebih erat dan kuat melalui Parti Perikatan. Apa yang ingin ditonjolkan di
sini ialah kesungguhan masyarakat Melayu untuk bersatu berusaha menentang
penjajah bersama-sama dengan kaum bukan Melayu perlu dicontohi oleh negara
luar. Ini menunjukkan bahawa untuk menubuhkan satu ”teamwork” yang baik dan kuat memerlukan kerjasama dari pelbagai
pihak tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa. Manakala objektif bagi kerjasama
antara kaum ini hanyalah satu iaitu kemerdekaan!. – kemerdekaan dicapai hasil kerjasama dan
perpaduan seluruh penduduk Tanah Melayu. Satu unsur yang dapat dicungkil dari
kerjasama antara kaum ini ialah semangat toleransi dan tolak ansur yang mana ia
menjadi elemen penting dalam menjayakan pembentukan Perlembagaan yang pertama
bagi Tanah Melayu yang berdaulat. Ini dapat dilihat semasa proses pembentukan
Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Reid. Dalam hal ini ketiga-tiga
kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah bersepakat untuk bertolak
ansur dalam beberapa perkara terutamanya dari segi kewarganegaraan dan hak-hak
istimewa orang Melayu dan Bumiputra. Dalam konteks ini, orang Melayu akan
menerima orang Cina dan India sebagai warganegara Tanah Melayu, manakala orang
bukan Melayu pula menerima hak-hak istimewa yang bakal diterima oleh orang
Melayu sebagai tuan punya Tanah Melayu. Dalam hal ini orang bukan Melayu
sepatutnya menghargai kesudian orang Melayu untuk bekerjasama dengan orang
bukan Melayu dalam pelbagai hal yang melibatkan kepentingan negara.
Apabila membincangkan
konsep kerjasama dalam sejarah bangsa Melayu, tidak keterlaluan jika dikatakan
konsep ini adalah lebih luas ia bukan sahaja mencakupi kepentingan negara
bangsa, tetapi demi untuk ”survival”
Tanah Melayu dan jiran-jirannya. Ini dapat dilihat semasa Tunku Abdul Rahman
menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia yang terdiri
daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei. Apabila
membincangkan mengenai peristiwa penubuhan Malaysia 1963, banyak pihak melihat
peristiwa ini dari aspek mengapa Malaysia dibentuk dan halangan-halangan yang
dihadapi dalam penubuhan Malaysia dan akhirnya Malaysia berjaya dibentuk yang
mengandungi Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Tidak ramai yang
melihat peristiwa penubuhan Malaysia ini sebenarnya memperlihatkan sikap
pemimpin Tanah Melayu waktu itu yang ingin menubuhkan satu pertubuhan yang
lebih besar dan kuat dan dengan kata lain satu ”teamwork” yang besar yang dianggotai oleh negara-negara di sekitar
Kepulauan Melayu. Ianya bukan untuk kepentingan politik semata-mata tetapi
adalah bertujuan untuk menolong jiran tetangga yang menghadapi masalah
khususnya membebaskan negara-negara tertentu dari belenggu penjajahan. Ini juga
menunjukkan elemen penting ”teamwork”
masyarakat Melayu yang menekankan kepentingan semua pihak dan tidak ada satu
pihak sahaja yang bersenang lenang. Dengan erti kata lain dalam satu ”teamwork” yang besar , keadilan mesti
dipertahankan. Walaupun tidak semua negara terlibat menganggotai Persekutuan
Malaysia, namun penubuhan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak telah banyak memberi faedah kepada negara-negara terlibat
sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Walau apapun yang lebih penting
ialah tindakan menubuhkan Malaysia sebenarnya adalah satu usaha dalam
merealisasikan konsep kerjasama dalam skop yang lebih besar dan tidak hanya
untuk kepentingan sesuatu kumpulan sahaja. Keadaan ini menunjukkan sikap kerajaan
Tanah Melayu waktu itu dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mengenepikan sikap
untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Bak kata pepatah Melayu, ”cubit peha
kiri, peha kanan terasa”. Senario ini dapat dilihat di mana pengaruh Komunis
yang berleluasa waktu itu di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Singapura
akan memberi kesan juga kepada Tanah Melayu. Justeru itu, negara-negara
berkenaan perlu bersatu dan bekerjasama demi kepentingan semua pihak. Walaupun
akhirnya Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965, ini sedikitpun
tidak melunturkan semangat negara-negara di bawah Persekutuan Malaysia untuk
terus bersama memajukan negara. Ini dapat dilihat di mana dalam tahun-tahun
1970-an sehingga 1990-an begitu banyak rancangan pembangunan negara dirancangkan.
Hasilnya kini Malaysia telah dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara
membangun yang maju dalam pelbagai aspek politik, ekonomi dan sosial. Keadaan
ini tidak akan wujud sebenarnya tanpa adanya kerjasama dan persatuan yang kuat
di kalangan negara anggota.
Kesimpulan
Sejarah sebenarnya telah
meninggalkan kita dengan beberapa kisah untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Dalam
pada itu juga ada banyak nilai-nilai murni yang kita tidak perasan barangkali.
Nilai-nilai murni yang ditinggalkan ini sebenarnya sangat berkait rapat dan
sangat relevan dengan dunia hari ini. Justeru itu marilah kita menggunapakai
nilai-nilai murni tersebut untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian
dan pada masa akan datang agar ia menjadi contoh pula kepada generasi baru
kita.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan ingin seperti saya.. Perkenalkan nama saya abdul rochman junaidy umur 38 tahun Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal yaitu uang gaib karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 785 juta saya sters hampir bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa melunasi hutang saya. Secara tidak sengajah sewaktu saya buka-buka internet saya menemukan salah satu situs abah duihantoro saya baca semua isi situs beliau akhirnya saya tertarik untuk meminta bantuan kepada abah duihantoro. Awalnya sih memang saya ragu dan tidak percaya tapi selama beberapa hari saya berpikir, akhirnya saya memberanikan diri menghubungi abah duihantoro di nomer 085298463149 singkat cerita alhamdulillah beliau sanggup membantu saya melalui pesugihan uang gaib sebesar 2 milyard dan pada saat itulah saya sangat pusing memikirkan bagaimana cara saya berusaha agar bisa memenuhi persyaratan yg abah sampaikan sedangkan saya tidak punya uang sama sekali. Akhirnya saya keliling mencari pinjaman alhamdulillah ada salah satu teman saya yg mau meminjamkan uangnya akhirnya saya bisa memenuhi
ReplyDeletesyarat yg abah duihantoro sampaikan.. singkat cerita selama 3 hari saya sudah memenuhi syaratnya saya dapat telpon dari abah untuk cek saldo rekening saya,, saya hampir pingsan melihat saldo rekening saya sebesar 2M 150 ribu rupiah. Singkat cerita bagi saudara(i) dimanapun anda berada jika anda menemukan pesan saya ini dan anda sudah berhasil mohon untuk di sebarkan agar saudara(i) kita yg diluar sana yg sedang dalam himpitan hutang atau ekonomi semua bisa bebas.. Jika saudara(i) ingin seperti saya silahkan konsultasi atau hubungi abah duihantoro di 085298463149 / whatsapp +6285298463149 sosok beliau sagat baik dan peramah dan sagat antusias membantu orang susah. Demi allah demi tuhan inilah kisah nyata saya abdul rochman junaidy semoga dengan adanya pesan singkat ini bisa bermanfaat sekian dan terima kasih...
🥰
ReplyDelete😘😘😘😘😘
ReplyDelete🥴☺️
ReplyDelete\(〇_o)/
ReplyDelete(❁´◡`❁)
ReplyDelete