Saturday, 1 June 2013

Sepanjang Perjalanan Ini -Raya Aku Dulu-dulu (Episod 2)

Aku Dulu-dulu Lagi.....

Hari Raya Bagiku 

Sebagai kanak-kanak sememangnya hari raya sangat ditunggu-tunggu.Kegembiraan mereka mengatasi kegembiraan orang dewasa walaupun ada antaranya yang skip puasa, kan? Tak apalah, namanya budak-budak. Tidak terkecuali diriku. Aku suka sangat hari raya. Kenapa? Bagi kanak-kanak sepertiku ini yang hidup serba kekurangan, hari raya sangat dinanti. Apa tidaknya pada hari rayalah aku dapat merasa memakai baju baru dan jika baju itu boleh dipakai lagi pada tahun depan aku kena pakai lagi baju itu. Seingat aku.... pernah aku memakai baju raya yang sama selama 4 tahun berturut-turut. Itu baju raya. Satu lagi yang aku suka pada hari raya ialah....aku dapat duit raya dan aku boleh beli apa yang aku nak...seingat aku lagi, paling banyak duit raya yang aku dapat ialah sebanyak RM11.00.Sukanya aku waktu itu....iyalah ayah dan ibuku sukar untuk menunaikan segala permintaanku pada waktu itu. Terlalu banyak benda yang aku suka dan aku nak beli...tapi tak pernah dapat beli.....sangat kecewa...tapi aku tidak pernah terasa hati dengan kedua ibu bapaku...aku cuma mengangguk dan berlalu...aku melarikan diri mencari tempat untuk termenung sambil menitiskan air mata...betapa waktu itu aku teringin sangat nak beli anak patung, pencil box dua tingkat, dan baju baru...kerana banyak sangat baju-bajuku yang orang bagi...ada antara pakaianku yang bertampal iaitu telekung solatku.

No comments:

Post a Comment