Saturday, 1 June 2013

Terima Kasih Allah....Alhamdulillah


Ya Allah....terima kasih kerana kau menentukan arah tuju hidupku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah, miskin, serba kekurangan dan aku bukanlah budak pandai atau genius dalam pelajaran. Tetapi disebabkan kesusahan itu aku telah bangun untuk mengubah nasib keluarga. Sesungguhnya kemiskinan dan kesusahan itu telah menjadi batu loncatan untuk aku berjaya dalam hidup. Aku cuba bayangkan andainya aku hidup dalam keluarga yang kaya raya sudah semestinya aku tidak berusaha untuk berjaya dalam hidup. Terima kasih Allah......

Kepada pembaca di luar sana, jangan jadikan kesusahan dan kemiskinan itu batu penghalang untuk kita terus berjaya mencapai cita-cita. Ingatlah dengan pelajaran sahaja yang dapat mengubah hidup kita.

No comments:

Post a Comment