Wednesday, 3 July 2013

Kerja Pertama Aku.....Kesian pada diri sendiri...

Assalamualaikum.....

Di sini saya ingin share dengan pembaca semua mengenai kerja pertama yang saya lakukan sebaik sahaja tamat pengajian peringkat Degree. Waktu itu sekitar tahun 1997. Iya masih ku ingat lagi tahun tu adalah tahun di mana Malaysia mengalami kegawatan ekonomi yang sangat teruk. Jadi bagi kami mahasiswa yang baru fresh graduate memang susah nak dapat kerja. Seingat aku beratus duit aku habis untuk fotostat sijil2 untuk memohon pekerjaan. Iya memang amat sukar untuk mendapat kerja di tengah kegawatan ekonomi. Aku pernah cuba memohon untuk kerja kilang, tapi kilang waktu itu tidak menerima pemegang Ijazah untuk bekerja sebagai operator kerana mereka takut disaman kerana membayar gaji tidak setimpal dengan degree yang aku ada. Aku terus mencari kerja, tanpa mengenal kecewa. Tetapi yang paling membuat aku kecewa waktu itu ialah semua majikan yang aku pergi semuanya nakkan calon pekerja yang sudah mempunyai pengalaman kerja. Aku terasa gelap dan memang tak ada harapan lah kalau macam ni. Ya lah dah namanya pun fresh graduate mana ada pengalaman bekerja. Aku juga telah cuba memohon untuk menjadi guru juga tidak berjaya kerana penawaran melebihi permintaan. Terlalu ramai orang yang memohon untuk menjadi guru waktu itu memandangkan ada juga engineer yang kena buang kerja memohon untuk menjadi guru. Pendek kata waktu itu siapa2 sahaja yang dibuang kerja memohon untuk menjadi guru. Memang saingan sengit sangat pada waktu itu. Cuba punya cuba aku tak dapat, tapi aku nak sangat jadi guru sebab itu memang cita-cita aku dari dulu. Sebelum masuk universiti dulu pun aku pernah aplly ke maktab perguruan, tetapi tak dapat, aku dapat masuk universiti. Tak pa la lagi tinggi kan?.

Berbalik kepada mencari kerja tadi, akhirnya aku dapat kerja part time kat Kelana Jaya, kat syarikat apa tu rahsia lah ya but somewhere kat Kelana Jayalah. Aku ni jenis tak reti nak minta duit dengan mak ayah aku, bukan apa aku tahu mereka kerja sendiri hanya bertani, manalah mereka ada duit nak bagi aku dok kat KL ni. Dahlah mereka dah banyak berhabis untuk aku belajar selama ini. Aku hanya berani minta duit sekali sekala sahaja. Ok tak apa, nak tahu cerita seterusnya macamana aku hidup di KL dengan duit yang tak berapa ada tu. Kalau anda nak tahu, sepanjang hidup di KL tu dan bekerja di Kelana Jaya tu, saya selalu makan nasi berlaukkan kicap sahaja, tapi setiap kali makan air mataku bertaburan la sebabnya kat kampung memang aku orang miskin tapi tak pernah lah pulak makan nasi hanya berlaukkan kicap sahaja itu yang buat aku benar2 sedih.....dan bila time makan, aku akan pastikan tak ada siapa2 kat dapur rumah sewa aku tu sebab aku malu kalau2 orang terpandang aku makan nasi dengan kicap saja.

Itu satu hal la kan, makan nasi tak berlauk.....masa time keje pula, aku cuma ada duit untuk tambang bas sahaja dari rumah sewa aku ke Kelana Jaya. Di ofis tempat aku keje pulak, masa rehat dan makan, semua staf tak boleh berada di bilik ofis, semua kena pergi pantry. Jadi bila time ginilah yang membuatkan aku sedih sangattttttttt. Oh tidakkkkk.....pada suatu pagi semua staf dok kat pantry untuk breakfast. Kawan aku tanya lah aku ni tak makan ke? Jawab aku pulak, saya dah makan tadi dah kenyang dah....you all bayangkan aku sebenarnya tak makan apa2 pun...tapi aku jawab dah makan, aku terpaksa menipu sebabnya aku tak nak minta belas ikhsan kawan. Begitulah setiap hari aku pergi dan balik kerja dengan perut kosong tak makan. Balik rumah makan nasi lauk kicap la...

Dah dua minggu aku kerja, setelah itu aku mendapat panggilan daripada kerani ofis tu datang ofis ambil cek gaji aku tak banyak pun dalam RM200.00 je. Masa tu aku tengah off kat rumah. Biasalah keje tu ada hari yang aku kena off. Apa lagi gembiranya aku terus pergi ofis. Tapi sebaik sampai, kerani ofis tu bagitau aku maaf ya saya tak dapat nak keluarkan cek tu sebabnya cek tu dalam almari besi bos, dia cuti hari ni. Alangkah sedihnya aku waktu itu, kerana memikirkan duit aku dah tinggal rm10.00 saja. Aku bingung memikirkan bagaimana aku nak survive dengan duit rm10.00 dalam masa sebulan. Aku menangis menangis menangis......

Satu lagi kisah sedih yang tak dapat aku lupakan semasa first time bekerja ni ialah waktu itu bulan puasa. Macam biasalah aku tak berduit. Pada suatu petang aku dan member rumah sewaku pergi lah ke bazar ramadhan. Aku bawak duit rm2.00 sahaja. Nak tahu aku beli apa???? aku cuma beli air dan juga bubur kacang. Itu sahaja juadah aku untuk berbuka sedangkan kawan2 aku beli nasi ayam, kuih, lauk bermacam bagai. Tibalah waktu untuk berbuka puasa...Ya Allah aku sedih lagiiii....bubur kacang aku dah basi. Agaknya peniaga tu jual bubur yang semalam tak abis mereka hangatkan balik dan jual semula.Aku agaklah sebabnya bila buka bubur tu dah berbau masam dan berlendir.....aku cuma minum air untuk berbuka. Kawan2 aku dengan penuh berselera makan makanan masing-masing tanpa ada seorang pun menjemput aku makan atau mencuba makanan mereka.    ...

Itulah dia secebis kisah aku dulu-dulu yang penuh dengan kesedihan. Tapi aku tetap bersyukur kerana Allah memberikan aku kesusahan dahulu supaya bila aku senang aku tak lupa masa susahku dan apa yang penting aku boleh merasai kesusahan orang lain dan memahami kehidupan orang yang susah. Hanya orang yang telah melalui sahaja yang boleh memahami bagaimana sukarnya menjalani kehidupan yang serba kekurangan.

Jumpa lagi....


 

3 comments:

  1. Sedihnya pengalaman akak.. Mungkin pasni turn sy pulak merasa pengalaman mcm akak. Merantau cari kerja dgn duit yg x seberapa nak ada. Doakan sy kuat mcm akak :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis ernie begitulah kehidupan kita di dunia ini akan bertemu dengan bermacam ujian yang Allah bagi. Semuanya untuk menjadikan diri kita ke arah yang lebih baik dan apa yang penting agar kita dapat memahami kehidupan orang lain.

      Delete
  2. Hebat perjalanan sis.. semoga menjadi orang yang bertambah tabah di masa akan datang.

    www.shazrilakmal.com

    ReplyDelete