Masyarakat Malaysia sudah
sedia maklum bahawa pada setiap 16 September akan diadakan sambutan Hari
Malaysia sempena memperingati peristiwa penubuhan Malaysia pada 16 September
1963. Mungkin bagi generasi baru kurang memahami pentingnya tarikh 16 September
dalam catatan sejarah negara. Penubuhan Malaysia pada 16
September 1963 adalah merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
Singapura. Walau bagaimanapun, Singapura telah keluar dari Malaysia pada tahun
1965. Penubuhan Malaysia pada waktu itu menurut Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, betapa perlunya diwujudkan
satu persekutuan yang besar yang
merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), dan Sarawak,
Singapura dan Brunei ke dalam satu bentuk entiti politik dan ekonomi yang sama.
Persekutuan ini diharapkan akan dapat menyekat pengaruh Komunis yang menggugat
kestabilan politik serantau pada waktu itu. Gagasan persekutuan ini juga bertujuan
untuk mengimbangi jumlah penduduk yang kurang seimbang, menolong meningkatkan
kemajuan ekonomi negara-negara yang miskin serta mempercepatkan proses
kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Singapura dan juga Brunei.Walaupun ia telah
tinggal sejarah, tetapi kesan daripada peristiwa penubuhan Malaysia ini telah
memberi seribu faedah kepada pembangunan agama, bangsa dan negara pada hari
ini.
Manfaat
Keselamatan dan Keamanan Negara
Tidak dinafikan lagi,
penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berjaya
membentuk sebuah negara yang aman dan bebas dari pengaruh dan anasir luar
khususnya Komunis. Musuh utama negara sebelum kemerdekaan dan awal kemerdekaan
adalah Komunis. Bagi mengelakkan pengaruh Komunis berleluasa maka kerajaan
Tanah Melayu pada waktu itu melihat penggabungan Sabah dan Sarawak serta
Singapura dapat menyelesaikan masalah ini. Walaupun pengaruh Komunis
berlangsung dalam tempoh 1948-1960, saki baki Komunis masih lagi ada dan ini
telah memperkuatkan lagi usaha Tunku Abdul Rahman pada waktu itu untuk
menubuhkan Malaysia. Setelah Malaysia ditubuhkan, masalah ini telah dapat
diatasi sedikit demi sedikit dan ekoran daripada usaha kerajaan keamanan telah
dapat diwujudkan. Hasilnya sehingga ke hari ini, Malaysia telah menjadi antara
negara yang bebas dari pengaruh dan anasir asing. Ini merupakan manfaat yang
paling berharga yang telah dinikmati oleh generasi baru Malaysia kerana dapat
hidup dengan aman dan damai. Ini berbeza dengan kehidupan nenek moyang mereka
zaman dahulu yang sentiasa hidup dalam ketakutan, kerisauan, kebuluran dan menjadi
mangsa kekejaman Komunis.
Pembebasan
Sabah dan Sarawak daripada naungan British
Penubuhan
Malaysia sesungguhnya telah memberi banyak manfaat kepada penduduk di Sabah dan
Sarawak. Nikmat yang paling berharga bagi kedua-dua buah negara ini adalah
bermulanya pembebasan daripada naungan British. Tanah Melayu secara tidak
langsung telah membantu memerdekakan Sabah dan Sarawak. Dengan ini, penubuhan
Malaysia sebenarnya melakar sejarah apabila sebuah negara yang kecil telah
membantu negara yang besar untuk memperoleh kemerdekaan dan bebas dari
cengkaman British. Ekoran daripada ini juga telah wujud satu negara bangsa yang
besar merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Dengan pembentukan negara
bangsa yang besar ini ia telah berjaya menseimbangkan nisbah penduduk yang
terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan bangsa.
Malaysia
muncul sebagai negara yang kaya dengan warisan kebudayaan
Percantuman antara Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak sesungguhnya telah berjaya menyatupadukan seluruh
bangsa dan kaum sehingga terbentuknya satu budaya yang sangat unik di bawah
satu payung. Ini bermakna, Malaysia telah muncul sebagai antara negara yang
sangat kaya dengan keunikan budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup. Lihatlah
kesannya kepada Malaysia sekarang yang
mana ia telah berjaya menarik pelancong daripada dalam dan luar negara untuk
melihat sendiri gaya hidup masyarakat yang mempunyai budaya yang unik ini. Amat
sukar untuk melihat kepelbagaian budaya dan etnik dalam satu negara, tetapi di
Malaysia anda dapat melihat semua ini. Kepelbagaian ini hanya terdapat di
Malaysia dan ini bertepatan dengan kempen “Truly Malaysia” yang dianjurkan
kerajaan untuk menarik pelancong asing. Ini merupakan sumbangan yang besar
hasil penubuhan Malaysia kerana kini Malaysia telah dikenali di seluruh dunia.
Mengukuhkan
perpaduan rakyat Malaysia
Sebagaimana yang telah
diketahui umum, Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang bermasyarakat
majmuk, kaya dengan budaya dan adat resam serta kaum dan bangsa yang
berbagai-bagai. Secara praktisnya amat sukar untuk menyatupadukan kaum yang
berbeza agama, budaya dan cara hidup. Tetapi dengan penubuhan Malaysia,
perpaduan rakyat dapat dilaksanakan dan direncanakan hasil kepimpinan
pemerintah terdahulu. Perpaduan adalah asas penting kepada pembangunan ekonomi
dan sosial sesebuah negara. Justeru itu, penubuhan Malaysia sebenarnya bukan
sahaja dapat menyatupadukan rakyat, malahan telah membentuk satu rumpun bangsa
yang bersatu dan berpadu dalam satu acuan yang besar iaitu Malaysia. Tidak
keterlaluan jika dikatakan Malaysia telah dijadikan contoh oleh negara maju
sebagai sebuah negara yang berjaya menguruskan perpaduan kaum dan
masyarakatknya.
Pemantapan
ekonomi negara
Secara kasarnya, dapat
dilihat Malaysia telah muncul sebagai negara yang berjaya dalam menguruskan
ekonomi. Apa tidaknya semasa negara berada dalam situasi ekonomi yang tidak
menentu serta semasa kegawatan ekonomi, negara tidak perlu berhutang dengan IMF.
Ini sudah dikira satu kejayaan yang besar bagi Malaysia. Inilah manfaat
penubuhan Malaysia yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini. Kalau dahulu
Tanah Melayu hanya bergantung kepada beberapa jenis atau sumber ekonomi, tetapi
dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, eksport Malaysia telah
dipelbagaikan dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu sektor sahaja. Dengan
penggabungan ini, rakyat saling mendapat faedah dan tidak wujud lagi tanggapan
negara yang kaya makin bertambah kaya dan negara miskin makin bertambah miskin.
Pemantapan ekonomi Malaysia telah terlihat apabila ramai rakyat dari negara
jiran tetangga yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki seperti dari
Indonesia, Myanmar, Pakistan, Thailand, Kemboja dan dari benua Afrika. Ini merupakan
tamparan yang hebat kepada negara-negara maju bahawa Malaysia kini telah
menjadi tumpuan dunia dalam bidang ekonomi.
Malaysia
negara baru yang lebih besar
Akhir
sekali dengan penubuhan Malaysia, secara amnya, telah terbentuk satu negara
yang besar dan disegani oleh kawan dan lawan. Dengan penggabungan ini, lahirlah
sebuah negara pelbagai bangsa dengan nama Malaysia yang gah dan masyhur dengan
kekukuhan ekonomi dan politik yang sukar ditandingi. Apabila menjadi sebuah
negara yang besar, mantap dari segi sosiopolitik maka sudah tentu ia menjadi
perhatian seluruh dunia. Dalam hal ini, keselamatan negara perlu sentiasa
dipantau dari semasa ke semasa. Jadikan Peristiwa di Lahad Batu sebagai
peringatan buat rakyat Malaysia semua agar sentiasa bersatu padu dan berdiri
teguh di belakang pemimpin bagi bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara
Malaysia yang tercinta ini.
Artikel ini disediakan oleh:
Dr
Hasnah Hussiin
Pensyarah
Kanan
Pusat
Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan
Universiti
Malaysia Pahang
email: hasnah@ump.edu.my
Thank you for this lovely answer!
ReplyDeleteThank you so very much for this blog.
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you for your answer!����������������������������������������
ReplyDeleteThank you so much π€π€π€
ReplyDeleteTerima kasih.. sangat2 membantu saya menyiapkan kajian kes sejarahππ i like it❤️π₯
ReplyDeleteTeruskn usaha ✨
terima kasih! dapat juga saya siapkan kajian kes sejarah saya haha
ReplyDeleteTerima kasih kongsi ilmu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih:)
ReplyDeleteTerima kasih ^_^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagus
ReplyDelete