Thursday, 3 August 2017

ANDA NAK NAMPAK CANTIK? NI PETUANYA...

Assalamualaikum.....

Kepada pembaca blog saya terutamanya kaum perempuan ni saya nak share petua kalau kita nak cantik. Sebenarnya kan..semua perempuan ini ada kecantikan dia yang tersendiri cuma kecantikan itu tidak terserlah disebabkan oleh kita tidak pandai untuk jaga muka kita. Ni saya nak bercakap tentang kecantikan kulit ya bukan kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman tu nanti kita cerita lain ya. Ok berbalik pada kecantikan kulit tadi. Kita orang perempuan ni sememangnya cantik saya dah cakap awal2 tadi...saya ulang kita ni cantik sebenarnyaaa...tetapi adakah kita tahu jika kita pakailah foundation sampai 2 inci, bedak 1 inci sekalipun kecantikan kita itu tidak akan terserlah. nak tau kenapa? sebabnya muka atau kulit kita tidak bersih. Macamana nak pastikan kulit kita itu bersih? Kulit kita akan nampak tidak bersih bila ada tompok2 hitam, kusam, gelap, tidak sekata serta adanya parut2 jerawat dan sebagainya. Jadi bagaimana nak jadikan kulit kita bersih? ni petuanya ya..ambil telur putih dari sebiji telur dan perah satu sudu besar lemon kacau dan sapu pada muka setiap pagi dan malam sekurang2nya 3 kali seminggu.. kena konsisten sehinggalah kulit betul2 bersih dan jika dah bersih boleh kurangkan kepada 2 kali seminggu atau sekali seminggu. Haaaaa bila kulit dah bersih kita pakai bedak ke, foundation ke...akan nampak cantikkkkk...bila dah cantik, pakai tudung apa pun lagiiiii cantikkk...betul tak? Apalagi jommm try petua ni...selamat mencuba...opsss selain dapat membersihkan kulit, petua ni juga akan menolong mengecilkan pori2 atau lobang2 yang terbuka luas kat muka tu....

Al-Quran Penyembuh dan Ubat Segala Penyakit





Assalamualaikum kepada pembaca blog saya yang saya sayangi.......

Sebagai manusia semestinya kita akan diuji oleh Allah dalam pelbagai cara antaranya kesusahan, kekayaan, kesempitan, sakit dan lain-lain lagi. Ini semua adalah untuk menaikkan darjat diri kita ke arah yang lebih baik dan tinggi di syurga nanti. Bagi seseorang yang ditimpa musibah sakit, ia akan menyedarkan kita bahawa nikmatnya sihat itu. Jika kita selalu sihat tidak pernah sakit, maka kita tidak akan menghargai nikmat sihat, justeru itu, seorang manusia paling tidak sekali dalam hidupnya akan diuji dengan kesakitan. Bagi seseorang yang sentiasa diuji dengan kesakitan yang seolah tiada penghujungnya, kita hendaklah sentiasa meminta pertolongan daripada Allah dengan sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Tidak ada penyakit yang tidak ada ubat di dunia ini melainkan mati. Berdasarkan ayat ini kita hendaklah percaya bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya walaupun doktor mengatakan penyakit itu tiada ubat setakat ini. Jadi kita orang Islam kena mengamalkan Al-Quran setiap hari dan setiap masa. Walau bagaimanapun, niat kita harus kerana Allah bukan kerana hendak sembuh dari penyakit semata-mata. Membaca Al-Quran mampu mematikan segala kuman penyakit, jin dan anasir tidak baik dalam badan. Kita juga tidak digalakkan bergantung kepada pengamal perubatan semata-mata untuk sembuh dari penyakit. Kita mesti bergantung seratus peratus kepada Allah dengan berdoa dan membaca Al-Quran. Marilah sama-sama kita mengamalkan membaca Al-Quran sebagai gaya hidup. Pernah tak kita dengar orang bercakap orang yang sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran ini walaupun dah tua mereka tidak nyanyuk. Itu antara khasiat jika kita mengamalkan membaca Al-Quran. Selain itu rumah kita juga terpelihara dari benda-benda yang tidak baik. Dari segi kesihatan apatah lagi. Jadi kepada sesiapa yang sakit2 di luar sana dan terasa putus harapan bila doktor kata penyakit awak tidak ada ubat…jangan lekas putus asa berdoalah jangan berhenti dan bacalah Al-Quran. Semoga bermanfaat. 

 



Review Skincare Paling Awesome, Best..



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya....


Di sini saya nak berkongsi antara skincare yang pernah saya cuba dari sejak saya remaja sehingga kini saya sudah berkeluarga dan sudah berumur 40++... Antara skincare yang saya dah cuba adalah:


1. BML
2. Citra Ayu
3. Aura Maya
4. Tabita
5. Safi Rania
6. Dnars
7. Dbella
8. Sabun Alrazi
9. Nour Ain
10. Cetaphil (cleanser utk kulit berminyak)
11. Felisa
12. Reenas
13. OLynn
14. Nurraysa
15. As Beauty
16. SF Beauty
17. Secretleaf
18. Marykay
19. Skincare Sharklee (Nutriwhite)
20. SKII
21. Charms
22. Secantik Molly
23. Aqua International
24. TAII


Itulah antara jenama skincare yang pernah saya cuba dan untuk makluman sebenarnya skincare ini bergantung kepada skin masing-masing, tidak semestinya kalau ia bagus dekat orang lain  bagus untuk skin kita. tidak ya...kadang-kadang orang lain guna tak sesuai tetapi ia sesuai dengan kulit kita. Jadi setelah mencuba setiap skincare di atas, kali pertama saya mendapat pujian kulit saya cantik dan glowing adalah Aura Maya. Satu masa Aura Maya telah diberhentikan keluarannya, jadi saya tidak lagi menggunakan Aura Maya. Kulit saya kembali menjadi biasa2 sahaja selepas tidak lagi menggunakan Aura Maya. Akhirnya saya cuba lagi dan semua skincare tersebut tidak memberikan impak yang saya inginkan. Akhirnya saya temui juga skincare yang benar2 membaiki semula kulit saya yang dah rosak akibat selalu bertukar skincare..jangan amalkan ya bertukar2 skincare ni rosak kulit muka. Suatu masa saya semacam dah frust sebab dah byk skincare yang dicuba tetapi satu pun tidak memberikan result yang diinginkan akhirnya saya cuba juga maybe untuk kali terakhir lepas ni malas dah nak layan. So saya memberanikan diri dengan mencuba TAII. Dalam masa seminggu sahaja saya terkejut dengan perubahan yang saya alami yang mana dari kulit yang kusam, gelap, ada tompok2 gelap, kulit tidak sekata, kembali cerah dan berseri...kulit semakin bersih dari sehari ke sehari.. saya tunjukkan di bawah skincare TAII...sapa nak cuba boleh la sangat highly recommended..