Assalamualaikum
kepada pembaca blog saya yang saya sayangi.......
Sebagai manusia semestinya kita akan diuji oleh Allah dalam
pelbagai cara antaranya kesusahan, kekayaan, kesempitan, sakit dan lain-lain
lagi. Ini semua adalah untuk menaikkan darjat diri kita ke arah yang lebih baik
dan tinggi di syurga nanti. Bagi seseorang yang ditimpa musibah sakit, ia akan
menyedarkan kita bahawa nikmatnya sihat itu. Jika kita selalu sihat tidak
pernah sakit, maka kita tidak akan menghargai nikmat sihat, justeru itu,
seorang manusia paling tidak sekali dalam hidupnya akan diuji dengan kesakitan.
Bagi seseorang yang sentiasa diuji dengan kesakitan yang seolah tiada
penghujungnya, kita hendaklah sentiasa meminta pertolongan daripada Allah
dengan sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Tidak ada penyakit yang tidak ada
ubat di dunia ini melainkan mati. Berdasarkan ayat ini kita hendaklah percaya
bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya walaupun doktor mengatakan
penyakit itu tiada ubat setakat ini. Jadi kita orang Islam kena mengamalkan
Al-Quran setiap hari dan setiap masa. Walau bagaimanapun, niat kita harus
kerana Allah bukan kerana hendak sembuh dari penyakit semata-mata. Membaca
Al-Quran mampu mematikan segala kuman penyakit, jin dan anasir tidak baik dalam
badan. Kita juga tidak digalakkan bergantung kepada pengamal perubatan
semata-mata untuk sembuh dari penyakit. Kita mesti bergantung seratus peratus
kepada Allah dengan berdoa dan membaca Al-Quran. Marilah sama-sama kita
mengamalkan membaca Al-Quran sebagai gaya hidup. Pernah tak kita dengar orang
bercakap orang yang sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran ini walaupun dah tua
mereka tidak nyanyuk. Itu antara khasiat jika kita mengamalkan membaca
Al-Quran. Selain itu rumah kita juga terpelihara dari benda-benda yang tidak
baik. Dari segi kesihatan apatah lagi. Jadi kepada sesiapa yang sakit2 di luar
sana dan terasa putus harapan bila doktor kata penyakit awak tidak ada ubat…jangan
lekas putus asa berdoalah jangan berhenti dan bacalah Al-Quran. Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment