Wednesday, 5 June 2013

Koleksi Soalan Sejarah Tingkatan 1 - 3



1. Turutan zaman pra sejarah di Tanah Melayu yang betul adalah

A.    Paleolitik, Neolitik, Mesolitik, Gangsa
B.     Peleolitik, Mesolitik, Neolitik, Gangsa
C.     Mesolitik, Neolitik, Paleolitik, Gangsa
D.    Mesolitik, Paleolitik, Neolitik, Gangsa
Jawapan: B

2.    Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah

Kota Tampan - Perak
Gua Niah - Sarawak
Tingkayu -  Sabah
Tempat-tempat di atas ada kaitan dengan salah satu zaman pra sejarah iaitu

A.    Paleolitik
B.     Mesolitik
C.     Neolitik
D.    Gangsa
Jawapan: A

3. Soalan 3 berdasarkan kenyataan di bawah.
Dikenali sebagai kebudayaan Hoabinhian. Antara aspek-aspek utama kebudayaan Hoabinhian ialah pembuatan alat tulang, tembikar dan tradisi bercucuk tanam. Industri ini juga ditemui di beberapa tempat di Vietnam Utara, Thailand, Semenanjung Tanah Melayu dan di timur laut Sumatera.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, ia merujuk kepada salah satu ciri-ciri zaman _____________ di Tanah Melayu. Apakah zaman tersebut?
A.    Paleolitik
B.     Mesolitik
C.     Neolitik
D.    Gangsa
Jawapan: B

4. Berikut merupakan faktor-faktor kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15
                                i.            Rakyat yang berpecah belah
                              ii.            Serangan Portugis
                            iii.            Kelemahan Sultan Mahmud Shah
                            iv.            Sistem ketenteraan dan pertahanan Melaka yang lemah

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     C.ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D

5. Apakah yang terkandung dalam Undang-undang Laut Melaka
i. apakah tugas-tugas anak kapal
ii. penyewaan kapal dagang
iii. peraturan menentukan arah pelayaran dan perdagangan,
iv. langkah-langkah keselamatan semasa berada di atas kapal

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     C.ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D


6. Semasa berperang, rakyat Melaka telah menjadikan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah sebagai sumber bacaan. Apakah peranan karya ini?

A. Menghiburkan hati
B. Cara-cara Perubatan
C. Menaikkan semangat perjuangan
D. Cara-cara berperang yang betul
Jawapan: C

7. Masyarakat Melayu Tradisi mempunyai ciri-ciri berikut. Ciri-ciri tersebut adalah
                                i.            Taat setia
                              ii.            Mengamalkan budaya Melayu Islam
                            iii.            Mengamalkan kepercayaan animisma
                            iv.            Mengamalkan ekonomi sara diri

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D


8. Gendang Gangsa yang terkenal yang dijumpai pada zaman Gangsa di adalah dikenali sebagai

A.    Gendang Gangsa
B.     Gendang Dong Son
C.     Gendang Emas
D.    Gendang Tali
Jawapan: B

9. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah

Mempunyai alat-alat batu yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau untuk kegunaan memburu, memotong dan bercucuk-tanam.Terdapat juga industri pembuatan perahu khususnya oleh mereka yang tinggal berhampiran sungai dan laut
                                   
Kenyataan di atas adalah merujuk kepada salah satu zaman awal di Tanah Melayu. Kenyataan di atas adalah merujuk kepada zaman

A.    Paleolitik
B.     Mesolitik
C.     Neolitik
D.    Gangsa
Jawapan: C

10. Manakah kenyataan berikut adalah BENAR mengenai Hukum Kanun Melaka
                                i.            Dikenali juga sebagai Undang-undang Darat Melaka
                              ii.            Mengandungi 44 Fasal
                            iii.            Hukuman setimpal dengan perbuatan yang dilakukan
                            iv.            Boleh menjatuhkan hukuman yang berlaku di atas kapal
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     C.ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: B

11. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Kerajaan Melayu Melaka
                                i.            Dibuka oleh Parameswara antara 1400-1403
                              ii.            Agama Islam dijadikan agama rasmi semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
                            iii.            Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir
                            iv.            Kerajaan Melayu Melaka bermusuh dengan Siam

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D

12. Tugas utama Syahbandar pada zaman Kerajaan Melayu Melaka adalah

A.    Menguruskan kegiatan perdagangan di Melaka
B.     Menguruskan hal-hal kewangan
C.     Mengetuai utusan
D.    Penasihat Raja
Jawapan: A

13. Bendahara yang terkenal pada zaman Kerajaan Melayu Melaka adalah
A.    Tun Teja
B.     Tun Perak
C.     Wak Raja
D.    Paduka Sri Maharaja
Jawapan: B

14. Pedagang-pedagang yang datang ke Melaka terdiri daripada
                                i.            China
                              ii.            Gujerat
                            iii.            India
                            iv.            Ryukyu

A.     i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D

15. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai hubungan Melaka dengan kerajaan China
A. Melaka akan dapat perlindungan
B. China mendapat keistimewaan semasa berdagang di Melaka
C. Laksamana Cheng Ho pernah datang ke Melaka
D. Untuk meluaskan jajahan takluk
Jawapan: D

16. Berikut merupakan faktor mengapa agama Islam mudah diterima oleh masyarakat tempatan semasa Kesultanan Melayu Melaka KECUALI

A.    Islam mudah difahami
B.     Masyarakat Melaka ingin menukar agama
C.     Peranan pemerintah
D.    Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan
Jawapan: B

17. Masyarakat yang ada sebelum wujudnya masyarakat Melayu tradisi dikenali sebagai masyarakat zaman
A. Zaman Dinosaurs
B. Zaman Pra Sejarah
C. Zaman Logam
D. Zaman Ais
Jawapan: B
18. British berminat campurtangan di Tanah Melayu adalah kerana faktor-faktor berikut, KECUALI
A.    Politik
B.     Ekonomi
C.     Kemanusiaan
D.    Perluasan Wilayah
Jawapan: C

19. Perjanjian ini telah membahagikan Alam Melayu kepada dua bahagian iaitu Tanah Melayu di bawah naungan British dan Sumatera di bawah naungan Belanda. Perjanjian ini merujuk kepada

A.    Perjanjian Inggeris-Siam 1909
B.     Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
C.     Perjanjian Burney 1826
D.    Perjanjian Pangkor 1874
Jawapan: B

20. Nama-nama seperti Ghee Hin dan Hai San ada kaitan dengan
A. Taukeh Cina
B. Kumpulan Kongsi Gelap Cina
C. Nama wilayah di China
D. Pembesar di negeri China
Jawapan: B

21. Manakah di antara individu di atas yang ada kaitannya dengan pembangunan Singapura

A.    Sir Andrew Clarke
B.     Stamford Raffles
C.     Frank Sweetenham
D.    Francis Light
Jawapan: B

22. Masyarakat Melayu pada peringkat awal menentang penjajah British kerana faktor-faktor berikut KECUALI
A.    British telah campurtangan dalam hal ehwal adat dan agama Tanah Melayu
B.     British memperkenalkan cukai-cukai seperti cukai kepala
C.     British juga menyebarkan agama Kristian
D.    Buku-buku banyak ditulis oleh British
Jawapan: D

23. Ciri-ciri Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942-1945 adalah
        i.            Pentadbiran berbentuk ketenteraan
      ii.            Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan dibawah satu pentadbiran
    iii.            Mengamalkan konsep pecah dan perintah
    iv.            Mewajibkan bahasa Jepun di sekolah-sekolah

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: B


24. Penjajahan Jepun telah memperkenalkan satu slogan untuk membangkitkan semangat penduduk Tanah Melayu iaitu
A.    Asia untuk orang Asia
B.     Malaya untuk orang Malaya
C.     Kemakmuran Asia
D.    Malaya untuk orang Asia
Jawapan: A


25. Manakah di antara berikut BUKAN merupakan faktor yang menyumbang kepada kemenangan Jepun menjajah Tanah Melayu
A.    Persediaan peperangan oleh Jepun
B.     Pertolongan dan bantuan daripada tentera Thailand
C.     British tidak bersedia
D.    Kekurangan tentera British
Jawapan: B

26. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan oleh Jepun kepada kerajaan Thailand kerana

A. Thailand memberikan laluan tentera Jepun
B. Thailand merasa terhutang budi
C. Jepun ingin berbaik-baik dengan Thailand
D. Jepun ingin menguasai Thailand
Jawapan: A


27. Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa berikut iaitu

i. Portugis
ii. Belanda
iii. British
iv. Jepun

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D



28. Secara umumnya, negara-negara di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat berikut KECUALI

A. Sepanyol
B. British
C. Perancis
D. Russia
Jawapan: D


29. Pertapakan pertama British di Tanah Melayu adalah dengan  berlakunya

A. Kedatangan Francis Light ke Pulau Pinang pada 1786
B. Termeterinya Perjanjian Burney 1826
C. Termeterinya Perjanjian Pangkor 1874
D. Perjanjian Persekutuan 1896
Jawapan: A


30. Jika di Tanah Melayu dilantik seorang residen, manakala di Sabah dan Sarawak pegawai British tersebut dikenali sebagai

A. Gabenor British
B. Pesuruhjaya Tinggi British
C. Gabenor
D. Leftenan General
Jawapan: A


31. Berikut merupakan faktor-faktor mengapa British mudah menakluki Tanah Melayu KECUALI

A. Memisahkan penduduk mengikut pekerjaan dan tempat tinggal
B. Mengambil hati sultan dan pembesar Melayu
C. Tidak memberikan pendidikan yang tinggi kepada anak bangsa negara yang dijajah
D. Berbaik-baik dengan orang bukan Melayu
Jawapan: D

No comments:

Post a Comment