1. Turutan zaman pra sejarah di Tanah Melayu yang betul
adalah
A.
Paleolitik, Neolitik, Mesolitik, Gangsa
B.
Peleolitik, Mesolitik, Neolitik, Gangsa
C.
Mesolitik, Neolitik, Paleolitik, Gangsa
D.
Mesolitik, Paleolitik, Neolitik, Gangsa
Jawapan: B
2. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di
bawah
Kota
Tampan - Perak
Gua
Niah - Sarawak
Tingkayu
- Sabah
Tempat-tempat di atas ada
kaitan dengan salah satu zaman pra sejarah iaitu
A.
Paleolitik
B.
Mesolitik
C.
Neolitik
D.
Gangsa
Jawapan: A
3. Soalan 3 berdasarkan
kenyataan di bawah.
Dikenali sebagai kebudayaan Hoabinhian.
Antara aspek-aspek utama kebudayaan Hoabinhian ialah pembuatan alat tulang, tembikar
dan tradisi bercucuk tanam. Industri ini juga ditemui di beberapa tempat di
Vietnam Utara, Thailand, Semenanjung Tanah Melayu dan di timur laut Sumatera.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, ia merujuk kepada
salah satu ciri-ciri zaman _____________ di Tanah Melayu. Apakah zaman
tersebut?
A.
Paleolitik
B.
Mesolitik
C.
Neolitik
D.
Gangsa
Jawapan: B
4. Berikut merupakan
faktor-faktor kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15
i.
Rakyat yang berpecah belah
ii.
Serangan Portugis
iii.
Kelemahan Sultan Mahmud Shah
iv.
Sistem ketenteraan dan pertahanan Melaka yang lemah
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iii
C.
C.ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: D
5. Apakah yang terkandung dalam
Undang-undang Laut Melaka
i. apakah tugas-tugas anak
kapal
ii. penyewaan kapal dagang
iii. peraturan menentukan arah
pelayaran dan perdagangan,
iv. langkah-langkah keselamatan
semasa berada di atas kapal
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iii
C.
C.ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: D
6. Semasa berperang, rakyat Melaka telah menjadikan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah sebagai sumber bacaan. Apakah peranan karya ini?
A. Menghiburkan hati
B. Cara-cara Perubatan
C. Menaikkan semangat
perjuangan
D. Cara-cara berperang yang
betul
Jawapan: C
7. Masyarakat Melayu Tradisi mempunyai ciri-ciri berikut.
Ciri-ciri tersebut adalah
i.
Taat setia
ii.
Mengamalkan budaya Melayu Islam
iii.
Mengamalkan kepercayaan animisma
iv.
Mengamalkan ekonomi sara diri
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iii
C.
ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: D
8. Gendang Gangsa yang terkenal yang dijumpai pada zaman
Gangsa di adalah dikenali sebagai
A.
Gendang Gangsa
B.
Gendang Dong Son
C.
Gendang Emas
D.
Gendang Tali
Jawapan: B
9. Soalan berikut berdasarkan
kenyataan di bawah
Mempunyai alat-alat batu yang lebih elok dan halus
seperti kapak, beliung dan pisau untuk kegunaan memburu, memotong dan
bercucuk-tanam.Terdapat juga industri pembuatan perahu khususnya oleh mereka yang tinggal berhampiran sungai dan laut
Kenyataan di atas adalah
merujuk kepada salah satu zaman awal di Tanah Melayu. Kenyataan di atas adalah
merujuk kepada zaman
A.
Paleolitik
B.
Mesolitik
C.
Neolitik
D.
Gangsa
Jawapan: C
10. Manakah kenyataan berikut
adalah BENAR mengenai Hukum Kanun
Melaka
i.
Dikenali juga sebagai Undang-undang Darat Melaka
ii.
Mengandungi 44 Fasal
iii.
Hukuman setimpal dengan perbuatan yang dilakukan
iv.
Boleh menjatuhkan hukuman yang berlaku di atas kapal
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iii
C.
C.ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: B
11. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Kerajaan Melayu Melaka
i.
Dibuka oleh Parameswara antara 1400-1403
ii.
Agama Islam dijadikan agama rasmi semasa pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah
iii.
Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir
iv.
Kerajaan Melayu Melaka bermusuh dengan Siam
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iii
C.
ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: D
12. Tugas utama Syahbandar pada zaman Kerajaan Melayu
Melaka adalah
A.
Menguruskan kegiatan perdagangan di Melaka
B.
Menguruskan hal-hal kewangan
C.
Mengetuai utusan
D.
Penasihat Raja
Jawapan: A
13. Bendahara yang terkenal
pada zaman Kerajaan Melayu Melaka adalah
A.
Tun Teja
B.
Tun Perak
C.
Wak Raja
D.
Paduka Sri Maharaja
Jawapan: B
14. Pedagang-pedagang yang datang ke Melaka terdiri
daripada
i.
China
ii.
Gujerat
iii.
India
iv.
Ryukyu
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iii
C.
ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: D
15. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai hubungan Melaka
dengan kerajaan China
A. Melaka akan dapat
perlindungan
B. China mendapat keistimewaan
semasa berdagang di Melaka
C. Laksamana Cheng Ho pernah
datang ke Melaka
D. Untuk meluaskan jajahan
takluk
Jawapan: D
16. Berikut merupakan faktor mengapa agama Islam mudah
diterima oleh masyarakat tempatan semasa Kesultanan Melayu Melaka KECUALI
A.
Islam mudah difahami
B.
Masyarakat Melaka ingin menukar agama
C.
Peranan pemerintah
D.
Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan
Jawapan: B
17. Masyarakat yang ada sebelum wujudnya masyarakat Melayu tradisi dikenali
sebagai masyarakat zaman
A. Zaman Dinosaurs
B. Zaman Pra Sejarah
C. Zaman Logam
D. Zaman Ais
Jawapan: B
18. British berminat campurtangan di Tanah
Melayu adalah kerana faktor-faktor berikut, KECUALI
A. Politik
B. Ekonomi
C. Kemanusiaan
D. Perluasan Wilayah
Jawapan: C
19. Perjanjian ini telah membahagikan Alam Melayu
kepada dua bahagian iaitu Tanah Melayu di bawah naungan British dan Sumatera di
bawah naungan Belanda. Perjanjian ini merujuk kepada
A. Perjanjian Inggeris-Siam 1909
B. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
C. Perjanjian Burney 1826
D. Perjanjian Pangkor 1874
Jawapan: B
20. Nama-nama
seperti Ghee Hin dan Hai San ada kaitan dengan
A. Taukeh Cina
B. Kumpulan
Kongsi Gelap Cina
C. Nama wilayah
di China
D. Pembesar di
negeri China
Jawapan: B
21. Manakah di
antara individu di atas yang ada kaitannya dengan pembangunan Singapura
A.
Sir Andrew Clarke
B.
Stamford Raffles
C.
Frank Sweetenham
D.
Francis Light
Jawapan: B
22. Masyarakat Melayu pada peringkat awal
menentang penjajah British kerana faktor-faktor berikut KECUALI
A.
British telah campurtangan dalam hal ehwal adat dan
agama Tanah Melayu
B.
British memperkenalkan cukai-cukai seperti cukai
kepala
C.
British juga menyebarkan agama Kristian
D.
Buku-buku banyak ditulis oleh British
Jawapan: D
23. Ciri-ciri
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942-1945 adalah
i.
Pentadbiran berbentuk ketenteraan
ii.
Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan dibawah satu
pentadbiran
iii.
Mengamalkan konsep pecah dan perintah
iv.
Mewajibkan bahasa Jepun di sekolah-sekolah
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iv
C.
ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: B
24. Penjajahan Jepun
telah memperkenalkan satu slogan untuk membangkitkan semangat penduduk Tanah
Melayu iaitu
A. Asia untuk orang
Asia
B. Malaya untuk
orang Malaya
C. Kemakmuran Asia
D. Malaya untuk
orang Asia
Jawapan: A
25. Manakah di antara
berikut BUKAN merupakan faktor yang menyumbang kepada kemenangan Jepun
menjajah Tanah Melayu
A. Persediaan
peperangan oleh Jepun
B. Pertolongan dan
bantuan daripada tentera Thailand
C. British tidak
bersedia
D. Kekurangan
tentera British
Jawapan: B
26. Semasa pendudukan
Jepun di Tanah Melayu, negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis diserahkan oleh Jepun kepada kerajaan Thailand kerana
A. Thailand memberikan laluan tentera Jepun
B. Thailand merasa terhutang budi
C. Jepun ingin berbaik-baik dengan Thailand
D. Jepun ingin menguasai Thailand
Jawapan: A
27. Tanah Melayu pernah
dijajah oleh kuasa-kuasa berikut iaitu
i. Portugis
ii. Belanda
iii. British
iv. Jepun
A.
i dan ii
B.
i, ii dan iv
C.
ii, iii dan iv
D.
Semua di atas
Jawapan: D
28. Secara umumnya,
negara-negara di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat berikut KECUALI
A. Sepanyol
B. British
C. Perancis
D. Russia
Jawapan: D
29. Pertapakan pertama British di Tanah Melayu
adalah dengan berlakunya
A. Kedatangan Francis
Light ke Pulau Pinang pada 1786
B. Termeterinya
Perjanjian Burney 1826
C. Termeterinya
Perjanjian Pangkor 1874
D. Perjanjian
Persekutuan 1896
Jawapan: A
30. Jika di Tanah Melayu
dilantik seorang residen, manakala di Sabah dan Sarawak pegawai British
tersebut dikenali sebagai
A. Gabenor British
B. Pesuruhjaya Tinggi British
C. Gabenor
D. Leftenan General
Jawapan: A
31. Berikut merupakan faktor-faktor mengapa
British mudah menakluki Tanah Melayu KECUALI
A. Memisahkan penduduk mengikut pekerjaan dan tempat tinggal
B. Mengambil hati sultan dan pembesar Melayu
C. Tidak memberikan pendidikan yang tinggi kepada anak bangsa negara yang
dijajah
D. Berbaik-baik dengan orang bukan Melayu
Jawapan: D
No comments:
Post a Comment