Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang telah lama
merdeka iaitu pada 31 Ogos 1957. Apa yang dapat dipelajari dan diambil iktibar
daripada peristiwa penjajahan suatu masa dahulu ialah mengapa begitu banyak
negara besar dan berkuasa di dunia ingin menguasai Tanah Melayu? Semua telah
sedia maklum bahawa Tanah Melayu telah didatangi oleh beberapa kuasa besar
iaitu bermula dengan Portugis, Belanda, British, Jepun dan British kembali.
Tidakkah kita terfikir mengapa mereka ingin menguasai negara ini? Sudah tentu
sebab negara kita mempunyai pelbagai sumber atau hasil ekonomi yang diperlukan
oleh kuasa-kuasa tersebut. Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah tentang
negara kita iaitu Malaysia adalah sebuah negara yang unik berbanding
negara-negara yang lain walupun Malaysia tidaklah segah dan sebesar kuasa besar
tersebut. Mengapa Malaysia unik ya? Sebagai rakyat Malaysia, adakah kita tahu
keunikan negara kita sendiri?
Antara perkara yang menjadikan Malaysia negara unik ialah
tentang kepelbagaian kaum yang ada di negara ini. Sebagaimana yang telah kita
ketahui bahawa orang Cina dan India telah mengembara datang ke Tanah Melayu
semasa penjajahan British dan bilangan mereka semakin ramai pada awal abad
ke-20. Atas tolak ansur orang Melayu akhirnya orang Cina dan India telah
diterima sebagai warganegara Tanah Melayu pada waktu itu. Peristiwa ini
akhirnya telah memberi kesan kepada negara ini apabila wujudnya masyarakat
majmuk pelbagai kaum di negara ini. Kemajmukan ini bukan sahaja dilihat dari
segi kaum dan ras, malahan ia telah mewarnai budaya, cara hidup, pemakanan,
pemakaian penduduk di negara ini sehingga ia menjadi tarikan kepada pelancong
asing ke negara ini. Di negara luar, mereka cuma ada satu jenis makanan iaitu
tiada kepelbagaian dari segi makanan kerana tidak ada banyak kaum dan bangsa di
negara mereka. Tetapi di Malaysia, hasil daripada kepelbagaian kaum,
menyebabkan terdapatnya pelbagai jenis makanan mengikut bangsa dan ini
semestinya menjadi keistimewaan kepada penduduk negara ini kerana mereka boleh
merasa semua jenis makanan.
Perkara kedua yang menjadikan negara ini unik adalah sistem
pemerintahan negara ini yang mewujudkan layanan yang sama rata kepada semua
kaum di negara ini. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya Perlembagaan
negara Malaysia yang memperuntukkan secara terang tentang dasar kerajaan negara
ini yang meraikan semua kaum yang ada di negara ini dengan wujudnya beberapa
perkara dalam Perlembagaan Malaysia seperti Perkara 152, Perkara 153, Perkara 3
dan sebagainya. Sebagai contoh, walaupun Perkara 152 memperuntukkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun bahasa-bahasa lain bebas diamalkan
dengan aman dan tenteram. Begitu juga dengan peruntukan mengenai Agama Islam
sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman
dan tenteram selagi ianya tidak menganggu dan mendatangkan sensitiviti kepada
kaum lain.
Seterusnya, negara Malaysia unik di mata dunia kerana setiap
negeri mempunyai Sultan/Raja yang menjaga pentadbiran setiap negeri. Manakala
Yang Dipertuan Agong dilantik sebagai kepala negara. Keadaan ini sangat berbeza
dengan negara lain seperti di United States mereka cuma ada seorang Presiden
yang mentadbir seluruh negara tersebut.
Malaysia sangat unik kerana adanya tinggalan penjajah dari
Eropah dan Asia Barat. Di Malaysia kita dapat melihat banyak monumen tinggalan
penjajah Portugis, Belanda, British dan juga Jepun. Dari sini jika kita minat
mengkaji bangunan, seseorang itu boleh mengetahui perbezaan seni bina orang
Melayu, Barat dan juga Asia.
Keunikan negara ini yang seterusnya adalah walaupun rakyat
negara ini terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan, mereka dapat
hidup bersatu padu dalam sebuah negara. Setakat ini belum wujud konflik atau
peperangan antara kaum disebabkan perbezaan kepercayaan dan agama. Lihatlah
sahaja apa yang berlaku di negara luar, berapa banyak yang terkorban akibat
perbalahan dari aspek agama dan kepercayaan. Kebanyakan negara yang bersengketa
tersebut adalah negara yang mempunyai satu bangsa sahaja, tetapi di Malaysia
ada banyak bangsa tetapi mereka boleh hidup dengan aman, bertolak ansur,
bekerjasama, makan bersama, bekerja bersama dan sebagainya.
Demikianlah
di antara keunikan tentang negara Malaysia yang dapat saya kupaskan di sini,
insyaAllah jika ada idea lain lagi akan saya paparkan di sini.
terbaik doh....... fantastic
ReplyDeletewow
ReplyDeletengam soi
ReplyDeleteIzinkan saya jadikan sebagai rujukan assignment. Terima kasih(●'◡'●)
ReplyDeletegreat work :)
ReplyDeleteHmm tq mujur Ade dlm ni
ReplyDelete