Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Monday, 19 October 2015

CERITA TENTANG CINTA....

CINTA ITU BUTA... ATAU KITA YANG GILA?


Hahahaa entry kali ni sudah tersasar dari dunia ilmiah. Ya saya tak nak pembaca blog saya fikir yang berat-berat aje..jom kita layan apa itu cinta yang pernah hadir dalam hidup kita..coretan ini adalah berdasarkkan pengalaman penulis sahaja tiada kaitan dengan orang lain tetapi mungkin kita pernah melalui liku-liku yang sama semasa kita dilamun cinta dulu kan...apa pun jom kita layan...


Inilah antara kejadian-kejadian aneh yang berlaku apabila seseorang itu dilamun cinta

1. Kita akan nampak semua yang ada kat dunia ini indah tak kira lah pokok ke, bunga ke, rumah ke, kucing ke, monyet ke semuanya indah-indah belaka.

2. Apabila kita sukakan seseorang, kita tidak nampak lagi keburukan dia, perangai dia, masalah dia..bagi kita itu bukan penghalang untuk kita menyukai si dia.

3. Bila kita dah jatuh cinta pada seseorang, apa sahaja berkaitan dengan dia menjadi indah dan cantik-cantik. Walaupun kita lalu depan umah dia, tempayan depan umah dia pun kita nampak lawa.

4. Apabila dilamun cinta, seluruh hidup kita akan bertumpu kepada dia.Kita akan jadi happy semacam je.apa yang kita buat pun semua menjadi belaka.

5. Apabila kita mendengar lagu tak kira lah lagu melayu ke, hindustan ke, jepun ke fikiran kita mesti melayang teringkatkan si dia. kita kuat berkhayal masa tu.

6. Semasa dilamun cinta, fikiran kita tak berpijak di bumi sangat sebab kita asyik teringat pada dia..dia..dia..

7. Kita akan buat banyak penyelidikan tentang dia..dia suka apa ya..dia suka warna apa ya..dia suka makan apa ya..semuanya tentang dia..

8. Walaupun si dia itu cinta kita yang pertama, tak pernah jumpa orang lain sebelum ni, kita tetap akan kata dia yang terbaik untuk kita. Secara logik macamana kita bole kata dia yang terbaik sedangkan kita tak boleh compare dia dengan sesiapa.

9. Wajahmu di mana-mana...bangun tido teringatkan si dia, tengah study teringatkan dia..tengah makan ingat dia.

10. Masa ni tak boleh ada sesiapa yang halang, even ibu bapa sendiri pun tak boleh halang. Jadi si dia itu lagi penting lagi ibu bapa..sikap ini perlu dijauhi kerana ibu bapa dah lama bersama kita, sedangkan kekasih adalah orang yang baru dalam hidup kita. Jangan percaya kekasih lebih dari ibu bapa kita.


11. dan lain-lain lagi...sekian jangan marahhhh....

No comments:

Post a Comment