Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Tuesday, 2 July 2013

Demi Masa Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian

Assalamualaikum......

Ada banyak perkara yang melalaikan kita semua pada hari ini daripada mengingati Allah dan kehidupan kita selepas ini. MasyaAllah jom kita muhasabah diri.....


Sedar atau tidak kehidupan kita ini adalah untuk menuju akhirat, kita meniti hari demi hari.....jadi, janganlah kita membiarkan masa kita berlalu begitu sahaja dengan aktiviti-aktiviti yang tidak memberi sumbangan kepada kehidupan akhirat kita. Selalulah pastikan setiap hari mesti ada benda yang kita buat sebagai bekalan untuk di sana nanti. Antara perkara yang sering kita lupa, buat tak tahu dan tidak ambil peduli ialah membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran paling malas pun sehelai sehari, tapi kalau boleh janganlah sehelai sehari amalkanlah baca Al-Quran setiap kali lepas solat. Al-Quran sebenarnya akan menjadi penolong kita di akhirat nanti, menjadi teman semasa di alam kubur dan di dunia dia akan menyembuhkan penyakit kita, dan akan menjadi pelindung dan perisai diri dari bisikan syaitan dan anasir-anasir dunia yang tidak baik. Janganlah disia-siakan masa kita seharian dengan banyak menonton TV, FACEBOOK, berwindow shopping, bersosial dan sebagainya. Alangkah ruginya kita.

Begitu juga kita sepatutnya sentiasa menderma walaupun sedikit. Jangan kita ingat malu nak menderma sikit2. Ikutlah kemampuan dan keikhlasan kita, walaupun derma itu hanya sekadar 50 sen atau RM1.00 sahaja, kerana nilainya sangat tinggi di sisi Allah.

Kita juga selalu mensia-siakan masa kita dengan melayang fikiran ntah kemana-mana. Alangkah baiknya jika kita mengisinya dengan mengamalkan zikir sambil berjalan, sambil memandu, sambil memasak dan sebagainya daripada kita membiarkan pemikiran kita memikirkan macam2 hal yang tidak memberi makanan kepada otak kita. Basahkanlah lidah kita dengan zikir2 seperti Alhamdulillah, Astagfirullah, Allah hu Akhbar, Laila haillallah. Besar pahala orang yang sentiasa berzikir.

Jika kita ini tidak menurut aurat, cepat2lah menutup aurat sekarang kerana mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja, tak payahlah kita berkata belum dapat hidayah atau belum sampai seru atau hati saya belum terbuka untuk bertudung dan sebagainya. Ingatlah mati itu tidak menunggu kita bertudung dan menutup aurat dahulu. Janganlah kita mengatakan panasnya menutup aurat nanti berpeluh2, tak apa kerana setiap peluh yang keluar disebabkan kita menutup aurat akan mendapat ganjaran daripada Allah.

Semoga kita menjadi orang yang disayangi oleh Allah. Nanti bersambung lagi ya.....

No comments:

Post a Comment