Salam Semua
Berjumpa lagi kita hari ini. Alhamdulillah.....
Ni nak cerita skit pasal saya ni sejak kecil-kecil dulu lagi suka sangat nak jadi cikgu atau guru. Nak tahu apa yang saya buat waktu itu???? Of course la semua cikgu-cikgu saya adalah idola saya. Jadi bila balik rumah, saya akan meniru gaya cikgu-cikgu saya. Opsss agak2nya mak ayah saya perasan tak? ntahlah..... Ada lagi di mana saya akan mengutip cebisan-cebisan kapur dalam kelas. Untuk makluman generasi masa kini ya, zaman dulu kat sekolah cikgu guna kapur untuk menulis kat papan hijau atau papan hitam. Jadi waktu itu kapur-kapur tu berwarna warni cantik sangat. Jadi bila dah tinggal sisa-sisa di mana kapur tu dah jadi ciput cikgu tak guna, so kerja aku lah yang mengutip kapur tu dan bawa balik ke rumah. Apa yang aku buat dengan kapur tu? Nak tahu habissss dinding rumah aku kena conteng kat aku. Itu dinding dalam rumah tak kira lagi dinding luar rumah aku, dan dinding rumah padi mak aku. Adoiiii.
Tidak cukup setakat itu, aku selalu berlagak jadi cikgu. Tiap2 hari aku dan kawan-kawan kampungku akan main pondok2 dan kita main kita pergi sekolah. So aku lah yang jadi cikgu, kawan-kawan aku tu semua murid2. Paling best aku tanda kertas, aku ada pen merah yang aku tak tau mana aku dapat. Berlagak ler aku tanda kerja sekolah mereka ada yang aku pangkah dan ada yang aku tanda betul. Bestttttt sangat.
Disebabkan itulah aku belajar bersungguh-sungguh sehingga aku bercita-cita nak masuk maktab perguruan iaitu UPSI sekarang ni. Tapi aku tak dapat, aku dapat masuk universiti iaitu Universiti Malaya. Perancangan Allah lebih baik untuk aku, kerana aku akhirnya jadi pensyarah. Kategori cikgu jugaklah tu. Thank You Allah.....
Student aku yang awesome

Guruku yang sangat ku sanjung sampai bila-bila
Student aku yang awesome
No comments:
Post a Comment