Salam sayang untuk semua pengunjung blog saya......
Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat menimba ilmu dan menjadi pelajar sama ada pelajar sekolah atau penuntut IPTA/IPTS. Kita harus bersyukur kerana kalau kita lihat di negara lain yang kurang bernasib baik, mereka dilanda pelbagai musibah seoerti bencana alam, kemiskinan, pergolakan politik, pergaduhan etnik dan paling menyedihkan adalah peperangan.Disebabkan itu, mereka tidak berpeluang untuk menimba ilmu macam kita di Malaysia. Jadi, dengan peluang yang terbuka luas ini marilah kita berusaha mencari ilmu setinggi mana yang kita mampu. Kita patut sedar ibu bapa kita telah banyak berkorban untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.
Kita perlu berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran.Para pelajar tidak boleh mengharapkan ilmu datang bergolek di depan mata. Kita tidak boleh merasa cukup dengan apa yang guru dan pensyarah bagi.Kita kena usaha sendiri untuk memantapkan lagi ilmu yang kita ada.
Kita juga tidak digalakkan mengikut kawan dalam semua hal.Ini kerana setiap orang ada minat dan kebolehan tersendiri. Jadi kita kena jadi diri kita sendiri jika ingin berjaya.
Kita sering tertanya tanya mengapa orang lain boleh cemerlang sampai mendapat first class dalam pengajian.Sesungguhnya semua orang mampu jika dia sendiri berusaha bersungguh sungguh. Dalam menuntut ilmu tidak ada keajaiban semua datang daripada usaha kita sendiri.
Cuba buat nota sendiri yang menarik dan mudah untuk diri kita fahami sesuatu subjek. Kejayaan kita mendecorate nota untuk rujukan sendiri akan memberikan semangat untuk kita mengulangkaji pelajaran. Ingat ya kita perlu membuat ulangkaji setiap hari dan bukannya bila tiba peperiksaan.
Akhir sekali, selalulah meminta pertolongan dengan Allah.

Gambar saya masa sekolah
No comments:
Post a Comment