Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Wednesday, 9 October 2013

Puisi "Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang"


"Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang"




Itu adalah tajuk lagu popular masa kini
yang menceritakan satu cerita
nasib manusia tiada siapa yang tahu
dulunya susah sekarang sudah senang
itulah hakikat sebuah kehidupan

begitulah aku
juga ada cerita
tentang kehidupan
walaupun tidak sama tetapi ada persamaan
kerna…
aku juga begitu

kesusahan, kemiskinan, kekurangan adalah makanan aku
namun aku tegar
aku terima hakikat
aku bukanlah orang yang senang

Ya Allah…
aku terima seadanya
jika itu menjadikan aku lebih baik
aku tegar
walaupun aku tidak tahu masa depanku
masih miskin, masih susah
aku tempuh jua
kerna….
ini adalah kehidupan

Cita-citaku
suatu hari nanti
aku keluar dari kemiskinan, kesusahan
semuanya berkemungkinan

akhirnya aku berjaya
membina kehidupan
yang lebih baik
dan kini aku berjaya….
kesusahan, kemiskinan akan sentiasa
menjadi teman karib
supaya aku….
tidak lupa di mana langit dipijak
 

  Semoga adik ini berjaya dalam hidupnya...jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk berusaha keras menjalani kehidupan ini. Sumber: google.com.my

1 comment:

  1. Aku sedar aku telah berubah walaupun dari awal lagi aku sedar aku perlu berubah dan aku telah berusaha untuk berubah tetapi tanpa sedar aku berjaya berubah, sudah berubah dan tanpa sangka rupa-rupanya aku mampu untuk berubah dan hanya tersedar yang aku telah mula berubah bila suatu masa dulu aku anggap hati ku tidak mungkin goyah dan berubah tetapi ternyata bila sesekali air bah, rupa-rupanya pantai juga turut boleh berubah...lilacismycolour.blogspot.com

    ReplyDelete