Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Wednesday, 9 October 2013

Bestnyer Jadi Lecturer

Assalamualaikum.....








Tidak ku sangka langsung dan tidak pernah terfikir suatu hari aku berada di sini iaitu di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Yang paling tidak kusangka adalah aku telah menjadi pensyarah. Ini kerana cita-citaku pada asalnya adalah untuk menjadi guru. Mungkin Allah nak upkan sikit kedudukanku dalam masyarakat dan mungkin juga aku tak sesuai jadi guru dan aku paling sesuai jadi pensyarah. Sebab itulah Allah telah memberikan aku pekerjaan ini. Aku suka dengan pekerjaan ini memandangkan memang minat aku nak ajar orang. Justeru itu, aku sentiasa bersemangat dan ikhlas untuk mendidik anak bangsaku. Aku merasa puas dapat mengajar anak anak didikku untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Aku merasa sangat happy apabila mereka khusyuk mendengar apa yang aku ajar mereka. Mereka juga dapat membuat segala tugasan dengan baik sepertimana yang aku mahukan. Daripada air muka student-studentku aku dapat merasakan kepuasan mereka menerima ilmu yang aku berikan. Sebagai seorang pendidik, aku bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu kepada mereka, bahkan aku sentiasa menyelitkan unsur humor dalam pengajaran. Aku faham pelajar-pelajar tidak boleh disogokkan dengan akademik semata-mata, mereka juga mahukan hiburan. Di samping itu juga, aku selalu selitkan pengajaran, pengalaman, tazkirah sebagai makanan rohani untuk mereka. Aku bangga menjadi pendidik yang mendidik anak-anak bangsaku. Mereka bagiku adalah seorang individu atau hamba Allah yang dahagakan ilmu, nasihat dan tunjuk ajar. Justeru itu, bagi aku jika orang yang hendak mendidik mereka itu merupakan orang yang  tidak ikhlas untuk mendidik dan menjadi guru atau menjadi pendidik kerana terpaksa, akan malaplah dunia pendidikan kita. Keikhlasan adalah sifat yang paling penting dan perlu ada untuk menjadi pendidik. Bagiku ilmu tidak akan sampai jika tidak ada keikhlasan. Aku akan tetap berjuang mendidik anak bangsaku dan kini aku bangga kerana ada antara bekas pelajarku yang telah berjaya menjawat jawatan besar dan penting dalam organisasi. Mereka semua telah menjadi insan yang berjaya dan cemerlang. Aku sentiasa berdoa agar aku diberikan peluang yang berterusan untuk mendidik anak bangsa.




No comments:

Post a Comment