Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Wednesday 3 December 2014

Perkongsian untuk para pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Berjumpa lagi dengan para pelajar dan pembaca blog yang saya sayangi. Di sini saya ingin sampaikan beberapa tips jika kita ingin berjaya dalam pelajaran. 

Para pelajar perlu fikirkan bahawa sebagai manusia kita wajib menuntut ilmu walaupun ibu bapa kita kaya raya atau jutawan. Ini kerana kita memerlukan ilmu untuk mengemudi kehidupan ini. Jika kita telah berjaya masuk belajar di universiti, ia juga bukanlah tiket untuk kita terus berjaya dan cemerlang. Harus diketahui bahawa tidak semua orang berjaya walaupun dia masuk universiti. Semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Kalau kita tidak berusaha kita tidak akan berjaya. Sememangnya ibu bapa kita telah berkorban wang ringgit bagi memastikan anaknya berjaya dalam pelajaran. Justeru itu, janganlah kita menghampakan harapan dan cita-cita orang tua kita. Belajarlah rajin2 dan bersungguh supaya kita tidak hanya lulus sahaja dalam peperiksaan. Kita mesti kejar untuk dapat cemerlang.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips yang mana ia banyak membantu saya semasa saya belajar dahulu dan ianya didapati telah berjaya mengubah gred saya yang sebelum itu cukup2 makan sahaja. Di antara perkara yang saya lakukan adalah saya mengulangkaji setiap subjek setiap hari. Maknanya di sini ialah saya akan peruntukkan beberapa minit untuk membaca setiap subjek dalam masa satu hari dan saya tidak menghafal cuma memahami sahaja. Jadi apabila kita membaca setiap hari maka sudah tentu kita akan terbiasa dan ingat, bukan?

Perkara kedua yang saya buat ialah setiap subjek untuk setiap chapter saya akan belajar membuat soalan untuk dijawab oleh saya sendiri. Dalam hal ini, saya akan mencipta soalan dari pelbagai aspek dan sudut chapter berkenaan. Proses ini boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan. Cubalah tips ini dan anda akan lihat kesannya.

Seterusnya, apa yang telah kita belajar kita perlu merenungi dan berfikir mengenai apa yang kita telah dan sedang belajar. Elakkan dari menghafal...

Buatlah satu nota kecil untuk memudahkan kita membuat ulangkaji....jangan gunakan buku yang tebal untuk mengulangkaji kerana dari segi psikologi dia akan membuatkan kita malas untuk study dan sangat tidak sihat kerana apabila buku tebal2 bertimbun depan mata, ia akan menyebabkan seseorang pelajar itu stress, betul tak?

Dan yang terakhir berbuat baiklah kepada ibu bapa dan orang sekeliling kita serta jangan lupa perkara yang paling penting sekali iaitu Allah...jangan lupa lakukan suruhan Allah dan berdoa. Sebab yang bagi kita dapat A atau tidak adalah Allah...

Sekian untuk perkongsian...

Tuesday 28 October 2014

Suatu Ketika Dulu......


Suatu ketika dahulu.....
aku ke sekolah berjalan kaki
adakalanya...
ayahku menjemputku dengan basikal tuanya...
ahhh....ayah ni malu lah naik basikal buruk ayah ni...
ya...aku malu ayah aku bawak basikal buruk dan berbaju buruk


Suatu ketika dahulu....
setiap hari aku menolong ayah dan ibu
di bendang, di kebun sayur
ahhh..malulah kawan-kawan tengok aku ni anak penanam sayur
ya...aku malu bila kawan-kawan tengok aku anak penanam sayur


Suatu ketika dahulu....
Rumahku syurgaku...tapi rumah aku rumah usang
kayunya hampir reput...dijentik dgn pantas akan terkoyak
atapnya bocor, dinding berlubang dan lantai bergoyang
kawan nak datang..aku halang...
ya..aku malu rumah aku buruk layak dipanggil teratak

Suatu ketika dahulu.....
tidak ada paip air dan tidak ada tandas dalam rumah
telaga di luar rumah
ahhh...malunya nak mandi

Suatu ketika dahulu....
aku rajin ke sekolah tidak kira panas hujan 
demam, batuk selsema jika larat aku pergi
tapi aku tak cemerlang selalu dapat no tercorot 
ahhh...kena bantai lagi dengan mak dan ayahku lagi


Suatu ketika dahulu.....
 aku mengaji Alquran dan muqaddam
semuanya free...
mungkin kerana itu kerja hakiki
orang yang berilmu
ahhh..sekarang semua berbayar


Suatu ketika dahulu.....
ada jurugambar datang rumah untuk tangkap gambar
tak perlu berselfie cuma duduk tegap tanpa perasaan
gambar kaku hitam dan putih
walaupun gelap tetap akan nampak putih


Suatu ketika dahulu....
sayur 20 sen, ikan seringgit, kueh 5 sen
nasik sebungkus 30 sen
sebab tu duit belanja sekolahku hanya 20sen
ahhh...20 sen sekarang ????


Itulah secebis suatu ketika dahulu dalam hidupku....cerita-cerita yang menjadikan siapa diri aku sekarang ini...sedarlah bahawa kesempitan, kemiskinan, kekurangan adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai...



Bicara Insan: Bicara Tentang Manusia

Oh my God, aku tak glamer rupanya......


Salam sayang kepada pembaca blog saya semua, maaf sebab lama tak update blog ni disebabkan banyak komitmen kerjaya dan keluarga. Sejak akhir-akhir ni rasa happy sangat sebab kawan2 lama masa sekolah rendah dapat bertemu dan berhubung semula dengan adanya facebook, wassup, twitter dan sebagainya. Siap buat group wassup member2 sekolah rendah lagi....apa lagi masing-masing pakat tayanglah keluarga masing-masing, ada yang anak 3, 4, 5, 6, 7, 8....tapi yang sedihnya ada antara sahabat-sahabatku yang sudah meninggal dunia di usia yang muda...Alfatihah untuk yang dah pergi...

Berbalik kepada group wassup sekolah tadi, masing-masing menguploadkan gambar selfie yang terkini...waduuh memang ramai yang sudah berubah. Kalau di masa bangku sekolah kawanku kurus keding, sekarang sudah jadi bulat semangkuk, botak pun ada, apatah lagi buncit...haaaaa korang dah berubah lah...aku..?

Kisah seterusnya masing-masing membongkarkan kerjaya masing-masing...wahhhh korang bukan calang-calang orang sekarang ya...kalau masa sekolah dulu koranglah yang suka kacau orang, buat bising, curi pemadam, bergurau sampai patah kerusi, ponteng sekolah sekali sekala, tak siap kerja sekolah dan macam-macam hallah...tapi sekarang member-member aku jadi orang besar, kenamaan, vip pun ado, engineer, businesman, businesswoman, manager Petronas, manager sana sini huiyoooo...aku bawah sket dari diaorang semua...pensyarah....

Setelah lama berkenal-kenalan semula, maka ada lah kawan tu simpan banyak2 gambar masa sekolah..hahaha gambar zaman ni memang tak bley belah semua kaku depan kamera dengan wajah yang kudus suci muci.....nak tergelak aku tengok.. muka aku la...macam nak telan kamera....lalu setiap orang pun menyebut haa tu Ella kan, itu awiey kan, yang duduk tu zarihan kan, yang dok line tengah tu fauziah kan...haaa yang kecik2 tu tengku kan...yang putih tu mat kan...yang rambut belah tengah tu rozi kan...tu yang depan sekali kurus-kurus tu nazli kan...begitulah mereka setiap orang dengan nama kawan-kawan.....huhuuu aku? aku? hahaaa tak de orang tag apa-apa nama pun...hari berlalu dan berlalu boleh dikataka berminggu-minggu mereka dok mengomen gambar sekolah tu...asyik tanya si nazli tu kat mana sekarang, so roziana pulak kat mana ya..bla bla bla bla....selepas itu aku melihat saja bait-bait wassup group sekolah aku bertanya khabar antara satu sama lain....jauh di sudut hati aku agak terasa betapa kawan-kawan dah lupa kan aku ke, sebab tak de sorang pun yang tanya aku yang mana atau eh...sapa yang berdiri dok tengah ni????/ tak ada langsung....sedih sangat...aku tau aku bukanlah budak yang comel, budak biasa2 pun tidak...aku adalah insan kerdil yang orang terlepas pandang sahaja....dipendekkan cerita..yaa aku tak glamer...tak apa aku tak kisah pun...sebab hidup ini bukan untuk cari glamer tapi hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain....




Monday 7 July 2014

Kenangan Bulan Ramadhan


Setiap orang pasti mempunyai kenangan yang tersendiri mengenai bulan Ramadhan...setiap kali menjelangnya Ramadhan, aku pasti akan teringat zaman aku kecil-kecil dulu iaitu semasa di bangku sekolah. Ramadhan bagi aku dan keluarga tidaklah mewah, kerana makanan kami sama saja dengan hari-hari biasa. Cuma pada bulan puasa ada beberapa kuih yang sangat aku suka iaitu nekbat dan akok. Itulah kuih Kelantan kegemaranku dan selain itu buah kurma. Juadah berbuka kami sangat simple kerana kami  orang susah, tetapi kami sekeluarga tetap happy. Cuma dalam sesetengah hal ibu dan ayahku tidak memberi kerjasama yang baik iaitu aku suka pergi solat Terawih, tetapi disebabkan jarak masjid dengan rumahku agak jauh, aku mengayuh basikal ke masjid ada kalanya aku jalan kaki saja. Pernah aku mintak ayah tolong hantarkan, tapi ayah buat tak tau saja. Aku sangat bersemangat untuk bersolat Terawih dengan kawan-kawan, kadang-kadang tu bukan nak solat sangat tapi nak main yang lebih. Biasalah budak-budak kan tetapi itulah aku...kenangan yang tak dapat aku lupa adalah dekat madrasah/surau aku solat terawih tu dalam kawasan kubur. Jadi, pada suatu malam tu, jemaah sangat ramai, cuma ada satu tempat je yang masih kosong iaitu tepi dinding yang sudah pecah dan sudah berlubang. Lubang tu agak besar kerana boleh nampak dengan jelas kubur-kubur kat luar. So, aku pun terpaksa duduk di situ sambil solat ekor mata aku tak putus menjeling ke arah kubur-kubur kat sebelah....seram yang amat....rasanya solat terawih aku malam tu aku tak khusyuk langsung ya lah ...dah kubur kat sebelah mana tahan takutttttt......

Lagi satu cerita masa balik solat terawih. Aku jalan kaki saja malam tu bersama kawan-kawan dan pada malam itu hujan turun agak sederhana tapi sudah cukup untuk membasahi bumi. Bila hujan aku dan kawan aku mulalah berfikir mesti ada hantu kalau hujan gini hantu hujan la tu...jadi apa lagi aku dan kawan aku pecut lariiiiiiiiiiiiiiiiii.....tiba-tiba aku rasa kaki aku terpijak sesuatu yang sangat lembik dan aku dapat rasakan pergelangan kaki aku tenggelam di dalam benda lembik tu...arghhhhhh kaki aku tersemban dalam tahi lembu yang ukur lilitnya sebesar lempeng yang selalu mak aku buat....dengan selipar2 aku sekali terbenam dalam tahi lembu tu...geli tak payah cakap la sebab aku ni jenis penggeli orangnya apatah lagi itu kan tahi...ohhh tidakk....

Satu cerita lagi...pada suatu malam aku membonceng basikal dengan abang aku...aku kat belakang macam kita tengok cerita P Ramlee tu ....abang aku pun penakut macam aku jugak...tengah dok grek grek grek kayuh basikal, tiba-tiba aku dan abang aku rasa ada macam orang baling pasir ke atas kami...sekali ok lagi bila masuk kali kedua abang aku pun pecut lah sekuat-kuat tenaga dia...tiba-tiba kain batik yang aku pakai termasuk dalam lidi basikal apalagi abis la kain batik aku terburai...nasib baik tak ada orang lalu kat jalan tu..kalau tidak memang memalukan...

Lagi satu kali ni aku yang naik basikal seorang diri....macam biasa bila seorang diri lagi takut la...aku kayuh laju-laju cepatlaaaa sampai rumah...tak tahan dah takut ni apatah lagi bila orang kampung bercerita kat bawah pokok besar tu ada penunggu hantu pontianak.....aku kayuh dan kayuh dan lagi dan lagi....tiba2 aku terlanggar bonggol lalu aku dan basikal aku melayang macam spiderman dan wajah aku terus terlungkup ke dalam lumpur sawah padi. Aku tak dapat nak bangun sebab baju tshirt aku tersangkut kat pelana basikal....adoiiii cabaran betul nak buat kebaikan kan....

Nampaknya itu sahaja lah cebisan cerita tentang kenangan Ramadhan aku masa aku masih kanak-kanak. Sekarang aku sudah dewasa, tapi kenangan tu masih segar dalam ingatan terasa macam baru semalam aku menjadi budak-budak...

Sunday 15 June 2014


MEMAHAMI HATI SEORANG IBU


Seorang ibu.....
Apabila lahirnya anaknya ke dunia ini
Dia tidak dapat tidur lena, dia bimbang, dia takut, dia risau
Separuh malam dia berjaga
ibu takut nyamuk menggigit anaknya
ibu takut anaknya termuntah
ibu takut anaknya tersedak susu
ibu takut ada binatang kecil mendekati anaknya
ibu takut anaknya tidak dapat tidur lena



Seorang ibu......
Apabila anaknya sudah boleh merangkak dan berjalan
Dia bimbang, dia risau dan dia takut
jika anaknya keluar dari rumah tanpa disedari
anaknya masuk dalam bilik air tanpa disedari
ibu takut bahaya-bahaya di dapur
pisau dan kuali panas menanti

Seorang ibu....
Apabila anaknya sudah dibangku sekolah
Dia bimbang dan dia risau
dengan siapakah anaknya berkawan
dia dibuli kawankah?
ibu risau bila anak pulang lewat
ibu risau bila anak keluar ke rumah kawan
ibu risau bila anak ke kedai
ibu risau bila anak ke sekolah
ibu risau anak ke tusyen
ibu risau bila anak naik bas sekolah


Seorang ibu....
Apabila anaknya sudah dewasa
Ibu risau dan ibu takut
bagaimanakah kawan-kawannya
apa yang mereka buat
mereka bebas ke
kawan anaknya baik atau sebaliknya


Seorang Ibu....
Apabila anaknya ingin berkahwin dan kahwin
Ibu risau dan ibu bimbang
siapakah pilihan hatinya
dapatkah orang itu menjaga anaknya dengan baik
adakah anak dia bahagia nanti
mampukah pasangannya membimbing dan membawa anaknya ke syurga?


Wahai ibu....
Kau sentiasa dalam kebimbangan
walaupun anak adalah anugerah 
yang kau nantikan kelahirannya
kau bahagia dengan mereka
tapi....setiap masa kau takut dan kau bimbang
itulah hati seorang ibu
yang sayangkan anaknya
wahai anak....
adakah sekelumit bimbang dalam hatimu terhadap ibumu?


 
 



Wednesday 11 June 2014

My God is Allah

My God is Allah



My God is Allah (Maha Pemurah)
Allah tidak akan mengubah nasib hambanya selagi kita tidak mengubah nasib sendiri . Siapa sahaja yang berusaha pasti berjaya. Allah sangat pemurah, tidak sahaja kepada orang Islam, orang bukan Islam yang tidak beriman kepada Allah pun Allah tolong jadi berjaya dan kaya raya....itulah Allah Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua makhluk ciptaannya.

My God is Allah (Maha Mengasihani)

Allah adalah Tuhan sekalian alam. Allah untuk semua manusia di muka bumi ini sama ada mereka percaya atau tidak, beriman atau tidak. Terlalu banyak manusia di muka bumi ini yang tidak beriman kepada Allah, yang tidak percaya kepada kewujudan Allah, mereka sakit telinga mendengar nama Allah..Tetapi Allah tetap sayang mereka, Allah tetap bagi mereka rezeki, kesihatan yang baik dan kekayaan di dunia....itulah Allah..

My God is Allah ( Maha Pengampun)

Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan di dunia ini.? Semua manusia membuat kesilapan. Manusia mana yang tidak berdosa sedar atau tidak, dosa kecil atau dosa besar...Tapi Allah Maha Pengampun, barangsiapa yang membuat dosa sebesar langit, seluas lautan, setinggi gunung-ganang, dan selepas itu ia bertaubat dan memohon keampunan, pasti Allah ampunkan segala dosa-dosanya sama ada dosa besar atau dosa kecil. Wahai manusia, bertaubatlah kamu sebelum nyawamu sampai di kerongkong kerana pada masa itu pintu keampunan sudah tertutup buatmu. Bertaubatlah...Iya manusia hanya perlu bertaubat dan meminta ampun, dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan dan dosa tersebut. HANYA BERDOA....manusia tidak perlu menyakiti tubuh badan mereka untuk menghapuskan dosa, kerana Allah hanya menyuruh hambanya bertaubat dan Allah akan ampunkan dosa-dosanya.

My God is Allah (Maha Mengetahui)

Manusia merupakan makhluk hebat ciptaan Allah. Kini manusia mampu mencipta teknologi tercanggih yang telah berjaya mempercepatkan pergerakan manusia, memudahkan pekerjaan manusia, dan sebagainya. Walaupun manusia telah maju, tetapi manusia belum mampu mengetahui ilmu alam yang luas ini, dan manusia tidak mampu untuk mengetahui isi hati seseorang manusia yang lain. Tetapi Allah tau segala-galanya. Allah tau apa yang ada dalam hati kita, Allah tau apa yang kita fikirkan...Kita ambil satu contoh perkara yang pernah berlaku dalam diri kita. Pada suatu masa kita teringin nak makan durian, tetapi kita tak berupaya nak keluar mencari durian, kita terduduk sahaja di rumah. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah kita dan menghulurkan beberapa biji durian untuk kita...MasyaAllah....Allah mendengar apa yang kita mahu...lalu Allah kirimkan apa yang kita mahu melalui orang itu...itu hanya sebahagian dari apa yang kita pernah lalui dalam hidup kita...


My God is Allah (Maha Berkuasa)

Pada masa kini dapat kita lihat macam2 bencana alam berlaku seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, banjir, gunung berapi meletus, kemarau, ancaman penyakit dan sebagainya. Kalau betul manusia telah maju dan mampu mencipta teknologi canggih, mengapa mereka tidak mampu menghalang gempa bumi, tsunami, puting beliung ancaman penyakit dan seumpamanya. Ini menunjukkan betapa hebatnya manusia, mereka tidak mampu menentang kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Melihat sahaja kepada tsunami, kita dapat saksikan bahawa siapalah manusia ni hanya insan yang kerdil dan tidak mampu mengawal tsunami. Jadi, sebagai manusia janganlah kita merasa kita sudah hebat, kerana ada lagi kuasa yang maha hebat iaitu Allah...tetapi masih ada manusia yang tidak percaya akan adanya kuasa yang sangat berkuasa iaitu Allah...


akan bersambung.....