Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Wednesday, 11 June 2014

My God is Allah

My God is Allah



My God is Allah (Maha Pemurah)
Allah tidak akan mengubah nasib hambanya selagi kita tidak mengubah nasib sendiri . Siapa sahaja yang berusaha pasti berjaya. Allah sangat pemurah, tidak sahaja kepada orang Islam, orang bukan Islam yang tidak beriman kepada Allah pun Allah tolong jadi berjaya dan kaya raya....itulah Allah Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua makhluk ciptaannya.

My God is Allah (Maha Mengasihani)

Allah adalah Tuhan sekalian alam. Allah untuk semua manusia di muka bumi ini sama ada mereka percaya atau tidak, beriman atau tidak. Terlalu banyak manusia di muka bumi ini yang tidak beriman kepada Allah, yang tidak percaya kepada kewujudan Allah, mereka sakit telinga mendengar nama Allah..Tetapi Allah tetap sayang mereka, Allah tetap bagi mereka rezeki, kesihatan yang baik dan kekayaan di dunia....itulah Allah..

My God is Allah ( Maha Pengampun)

Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan di dunia ini.? Semua manusia membuat kesilapan. Manusia mana yang tidak berdosa sedar atau tidak, dosa kecil atau dosa besar...Tapi Allah Maha Pengampun, barangsiapa yang membuat dosa sebesar langit, seluas lautan, setinggi gunung-ganang, dan selepas itu ia bertaubat dan memohon keampunan, pasti Allah ampunkan segala dosa-dosanya sama ada dosa besar atau dosa kecil. Wahai manusia, bertaubatlah kamu sebelum nyawamu sampai di kerongkong kerana pada masa itu pintu keampunan sudah tertutup buatmu. Bertaubatlah...Iya manusia hanya perlu bertaubat dan meminta ampun, dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan dan dosa tersebut. HANYA BERDOA....manusia tidak perlu menyakiti tubuh badan mereka untuk menghapuskan dosa, kerana Allah hanya menyuruh hambanya bertaubat dan Allah akan ampunkan dosa-dosanya.

My God is Allah (Maha Mengetahui)

Manusia merupakan makhluk hebat ciptaan Allah. Kini manusia mampu mencipta teknologi tercanggih yang telah berjaya mempercepatkan pergerakan manusia, memudahkan pekerjaan manusia, dan sebagainya. Walaupun manusia telah maju, tetapi manusia belum mampu mengetahui ilmu alam yang luas ini, dan manusia tidak mampu untuk mengetahui isi hati seseorang manusia yang lain. Tetapi Allah tau segala-galanya. Allah tau apa yang ada dalam hati kita, Allah tau apa yang kita fikirkan...Kita ambil satu contoh perkara yang pernah berlaku dalam diri kita. Pada suatu masa kita teringin nak makan durian, tetapi kita tak berupaya nak keluar mencari durian, kita terduduk sahaja di rumah. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah kita dan menghulurkan beberapa biji durian untuk kita...MasyaAllah....Allah mendengar apa yang kita mahu...lalu Allah kirimkan apa yang kita mahu melalui orang itu...itu hanya sebahagian dari apa yang kita pernah lalui dalam hidup kita...


My God is Allah (Maha Berkuasa)

Pada masa kini dapat kita lihat macam2 bencana alam berlaku seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, banjir, gunung berapi meletus, kemarau, ancaman penyakit dan sebagainya. Kalau betul manusia telah maju dan mampu mencipta teknologi canggih, mengapa mereka tidak mampu menghalang gempa bumi, tsunami, puting beliung ancaman penyakit dan seumpamanya. Ini menunjukkan betapa hebatnya manusia, mereka tidak mampu menentang kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Melihat sahaja kepada tsunami, kita dapat saksikan bahawa siapalah manusia ni hanya insan yang kerdil dan tidak mampu mengawal tsunami. Jadi, sebagai manusia janganlah kita merasa kita sudah hebat, kerana ada lagi kuasa yang maha hebat iaitu Allah...tetapi masih ada manusia yang tidak percaya akan adanya kuasa yang sangat berkuasa iaitu Allah...


akan bersambung.....




3 comments:

  1. salam, mana saya boleh dapatkan buku koleksi contoh soalan hubungan etnik puan??

    ReplyDelete
  2. Alaikusalam Soleha...apa khabar? Maaf lambat reply. Mengenai buku ni kalau berminat boleh hubungi saya di hasnah@ump.edu.my.

    ReplyDelete
  3. Salam...saya tertarik dengan coretan puisi...sesungguhnya itulah realiti kehidupan sebenar...

    ReplyDelete