Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Sunday 15 June 2014


MEMAHAMI HATI SEORANG IBU


Seorang ibu.....
Apabila lahirnya anaknya ke dunia ini
Dia tidak dapat tidur lena, dia bimbang, dia takut, dia risau
Separuh malam dia berjaga
ibu takut nyamuk menggigit anaknya
ibu takut anaknya termuntah
ibu takut anaknya tersedak susu
ibu takut ada binatang kecil mendekati anaknya
ibu takut anaknya tidak dapat tidur lena



Seorang ibu......
Apabila anaknya sudah boleh merangkak dan berjalan
Dia bimbang, dia risau dan dia takut
jika anaknya keluar dari rumah tanpa disedari
anaknya masuk dalam bilik air tanpa disedari
ibu takut bahaya-bahaya di dapur
pisau dan kuali panas menanti

Seorang ibu....
Apabila anaknya sudah dibangku sekolah
Dia bimbang dan dia risau
dengan siapakah anaknya berkawan
dia dibuli kawankah?
ibu risau bila anak pulang lewat
ibu risau bila anak keluar ke rumah kawan
ibu risau bila anak ke kedai
ibu risau bila anak ke sekolah
ibu risau anak ke tusyen
ibu risau bila anak naik bas sekolah


Seorang ibu....
Apabila anaknya sudah dewasa
Ibu risau dan ibu takut
bagaimanakah kawan-kawannya
apa yang mereka buat
mereka bebas ke
kawan anaknya baik atau sebaliknya


Seorang Ibu....
Apabila anaknya ingin berkahwin dan kahwin
Ibu risau dan ibu bimbang
siapakah pilihan hatinya
dapatkah orang itu menjaga anaknya dengan baik
adakah anak dia bahagia nanti
mampukah pasangannya membimbing dan membawa anaknya ke syurga?


Wahai ibu....
Kau sentiasa dalam kebimbangan
walaupun anak adalah anugerah 
yang kau nantikan kelahirannya
kau bahagia dengan mereka
tapi....setiap masa kau takut dan kau bimbang
itulah hati seorang ibu
yang sayangkan anaknya
wahai anak....
adakah sekelumit bimbang dalam hatimu terhadap ibumu?


 
 



No comments:

Post a Comment