Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Wednesday, 4 June 2014

Ramai yang buat ni tapi tak perasan kan.....


Kehidupan kita di dunia ini bukan sahaja sementara, bahkan apa yang kita adapun hanya pinjaman semata-mata. Oleh itu, kita kena sedar anytime Allah akan ambil dari kita sama ada harta, kedudukan, umur, anak, ilmu dan sebagainya. Justeru itu, janganlah kita merasa megah dengan harta kekayaan yang kita miliki kerana ia bukan hak kita Allah yang punya....segenap inci badan kita pun bukan hak kita, rambut kita, mata kita, kaki kita, tangan kita...janganlah kita megah mengatakan diriku adalah milikku....jangan ya....sebabnya kalau kita rasa diri kita ini milik kita, cuba buat satu perkara ini boleh ke kita tahan rambut kita daripada beruban?, boleh kah kita tahan diri kita daripada demam? boleh ke kita tahan diri kita daripada jangan tidur? Tak boleh kan? Sudah jelas bahawa diri kita bukan milik kita kerana ada kuasa yang luar biasa yang control diri kita iaitu Allah.....Jadi cuba fikir-fikirkan apa yang saya cuba nak sampaikan di sini....


Sebagai manusia kita selalu banyak alasan dan kadang-kadang kita terlupa melakukan sesuatu untuk kita bawa ke alam sana. Cuba kita perhatikan perbuatan kita sehari-hari....

Kita sibuk bekerja sampai kita tak berkesempatan untuk solat Dhuha yang boleh dilakukan selama 5 minit sahaja tetapi kita ada masa untuk berborak dengan kawan-kawan semasa keluar breakfast, kita juga tidak sempat untuk baca Al-Quran walaupun satu mukasurat, tetapi kita ada masa untuk jenguk FB tengok status kawan-kawan, paling parah kita boleh mengadap fb dan wassup sehingga berjam-jam lamanya. Kita juga tidak mampu untuk memberi sedekah walaupun RM5.00 tetapi kita ada duit untuk top up kredit telefon...kita tak ada masa nak telefon ibu bapa kita walaupun 5 minit, tapi kita boleh telefon kawan. Kita juga lupa nak zikir sambil bawa kereta, kerana kita lebih enjoy dengar lagu pop. Sedangkan zikir itulah yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak. Lagu pop tidak memberikan pertolongan apa-apa kepada kita melainkan lalai. Tahukah kita zikir atau mendengar Al-Quran boleh mematikan virus dan kuman-kuman penyakit di dalam badan dan mendengar lagu-lagu pop  melalaikan boleh mengaktifkan kuman-kuman penyakit di dalam badan? Nauzubillah....

Ada juga antara kita yang sanggup menutup jalan di depan rumahnya dek kerana orang ramai menggunakan jalan depan rumahnya. Tahukah kita , berapa banyak pahala kita dapat kalau orang lalu menggunkan jalan depan rumah kita. Sedih melihat apabila ada antara kita yang terlalu berkira begini. Kalau tidak kita dapat pahala free2 saja..

Ada peniaga makanan yang sanggup menyimpan hasil jualan hari ini yang tidak habis dan menjualnya semula pada hari esok dengan kualiti yang sudah kurang baik. Alangkah baiknya, jika makanan yang tidak habis itu diberikan percuma kepada pelanggan terakhir atau memberikannya kepada jiran tetangga yang miskin. Tapi ramai yang tidak buat begitu...

Kita selalu cakap boringnya hari ni tak tau nak buat apa...nak pergi jalan-jalan kat mana ya....alahai banyaknya masa kita kan sampai tak tau nak buat apa dan ada masa untuk melepak untuk hilangkan boring.... tahukah kita betapa banyak orang dalam kubur yang meminta agar Allah hantar semula mereka ke bumi semata-mata untuk beriman kepada Allah....sedangkan kita masa yang ada kita persia-siakan...cuba kita renung kembali sudah cukupkah amalan kita di muka bumi ini? Kalau begitu alangkah baiknya jika kita ada masa terluang kita cover balik amalan2 yang kita tak perasan kita tak buat masa2 kita sekolah atau remaja dahulu. Solat kita mungkin ada masanya dulu kita tinggalkan dan kita juga mungkin pernah berbuat sesuatu yang tidak baik. Jadi apa kata daripada membuang masa melepak di kompleks membeli belah kita qadak solat  sebanyak mungkin, kita mengaji Al-Quran sebanyak mungkin...kita kumpul pahala, kita tampal mana-mana amalan yang tidak sempurna dahulu dengan amalan2 mengaji Al-Quran dan zikir di waktu lapang...Allahhuakhbar.....peringatan untuk saya juga ya...

Kita selalu melihat kadang kala ada poko kayu, dahan kayu atau sesuatu objek yang menghalang jalan, tapi kita tengok saja. Kenapa kita tak tolong alihkan objek2 tersebut supaya tidak memudaratkan orang yang lalu lalang di jalan itu...besarnya pahala orang yang memudahkan pekerjaan orang lain kerana jika kita berbuat demikian, Allah akan permudahkan pula urusan kita...tapi ramai yang sekadar pandang saja dan berat hati untuk berbuat demikian.....

Ok setakat ini saja ya nanti saya sambung lagi tentang kehidupan kita sehari-hari...

No comments:

Post a Comment