Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Tuesday 10 June 2014


PUISI KALAU AKU KAYA

Kalau aku kaya aku nak buat ni....


Bina masjid
Bagi bantuan sebanyak mungkin kepada rumah anak yatim
Aku beli rumah untuk kedua-dua ibubapaku (ori dan tak ori)
aku bagi sedekah pada orang2 kampung yang miskin
aku bagi bantuan kepada pelajar-pelajar yang miskin
aku wakaf tanah untuk buat pusat tahfiz


itulah angan-angan jika aku jadi kaya
tapi segalanya di tangan Allah
Allah yang Maha pemberi rezeki
Aku tidak ada apa-apa
Aku cuma ada cita-cita
Aku cuma ada niat di hati

Tapi....
Aku rasa aku dah kaya
Kerana....
aku ada anak-anak yang comel
aku ada suami yang mengasihiku
aku ada ibu bapa yang sayang padaku
aku ada rumah untuk aku berteduh walaupun bukan banglo bernilai jutaan
aku ada kereta yang membawa aku ke sana dan kesini walaupun hanya kereta tempatan
aku ada kawan yang membuatku tertawa
aku ada jiran yang baik hati
aku juga boleh beli apa yang aku nak....
aku pun ada buku aku sendiri


Tapi....
Aku nak Allah tambahkan lagi kekayaanku
agar aku dapat penuhi cita-cita dan niatku
seperti di atas....
kerana bukan harta benda yang dicari
tetapi redha Allah untuk bekalan di akhirat nanti..






 



No comments:

Post a Comment