Sebelum anda membaca nota di bawah cuba tanya diri anda, adakah anda seorang yang beragama? Apakah agama yang anda anuti? Cuba anda fikirkan, adakah alam yang kita duduki ini tidak ada penjaganya atau penciptanya? Adakah semua ini terjadi dengan sendiri, sedangkan kereta ada org yang membuatnya, rumah pun ada orang yang membinanya, makanan pun ada tukang masaknya. Jadi alam ini yang nampak dan yang kita tidak nampak ini siapa pemiliknya? Lihat sahaja planet kita ini bulan, bintang, bumi siapakah yang menjaganya siang dan malam. Lihat sahaja kereta kalau tak ada orang yang on kan suis pasti kereta itu tidak hidup bukan?..jadi cuba bayangkan kalau matahari dan bumi jika tidak ada kuasa yang menggerakannya..pasti kita semua akan mati bukan..jadi kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran sememangnya perlu menggunakan akal yang diberikan untuk berfikir dan bersyukur di atas kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Jom kita baca nota di bawah..
Peranan
Agama Kepada Manusia
Setiap manusia yang
dilahirkan di dunia ini adalah sama tidak kira apa pegangan agama sekalipun.
Semuanya akan menjalani kehidupan yang sama bermula dengan kelahiran, alam
kanak-kanak, dewasa, warga emas dan seterusnya menuju kepada kematian. Jika
direnungkan tentang kehidupan manusia di dunia ini ada yang umur panjang dan
ada yang umur pendek. Sebenarnya kehidupan manusia telah ditentukan oleh yang
maha kuasa iaitu Tuhan. Sememangnya manusia memerlukan satu kuasa yang luar biasa
yang akan menolong mereka semasa dalam kesusahan, kebimbangan, keresahan,
ketakutan, kesesatan, memohon perlindungan, keselamatan dan sebagainya. Dalam hal ini, agama
memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa agama, manusia tidak akan ada arah
hidup dan tiada tempat untuk mengadu. Manusia tidak boleh meminta kepada sesama
manusia kerana manusia tidak mempunyai kuasa luar biasa untuk melindungi
manusia lain. Tidak kira apa pun tamadun manusia di dunia ini, agama berperanan
sebagai berikut:
a)
Asas pembentukan Moral
b)
Pembentukan dan pembangunan tamadun manusia
c)
Mencerminkan budaya dan warisan sesuatu bangsa
d)
lambang perpaduan
e)
Menaikkan semangat kebangsaan
Asas
pembentukan Nilai-nilai Murni
Agama sebenarnya
berperanan dalam pembentukan nilai-nilai murni seseorang individu. Tanpa
nilai-nilai murni, seseorang individu itu gagal menjadi insan yang mulia dan
terpuji di dunia ini. Agama akan memandu seseorang itu agar berkelakuan baik,
menghormati orang dan agama lain, tidak melakukan sesuatu di luar dari norma
kehidupan, taatkan ibu bapa, taat perintah agama, saling tolong menolong,
bekerjasama, berkakhlak mulia dan lain-lain nilai yang positif.
Pembentukan
dan pembangunan tamadun manusia
Manusia yang bertamadun
adalah sekumpulan manusia yang telah maju dari pelbagai aspek kehidupan dengan
lain perkataan sudah mengamalkan sistem kehidupan yang teratur, ada
undang-undang yang sistematik, tempat tinggal, aktiviti ekonomi serta agama.
Dalam hal ini agama adalah elemen yang paling penting dalam pembentukan
sesebuah tamadun. Secara amnya, jika kita meneliti kehidupan manusia zaman
dahulu dengan merujuk kepada tamadun Mesir, tamadun China, Tamadun India dan
tidak ketinggalan Tamadun Melayu menunjukkan agama adalah asas kepada
pembangunan sesuatu tamadun. Dalam Tamadun Melayu sendiri, agama Islam
berperanan penting dalam membentuk sistem pentadbiran, ekonomi dan juga sosial
masyarakat Melayu pada masa tersebut.
Mencerminkan
budaya dan warisan sesuatu bangsa
Agama sememangnya
berperanan memberikan identiti kepada individu atau sesuatu kumpulan manusia.
Dalam hal ini agama memberikan ciri-ciri identiti seseorang seperti dari aspek
pakaian, pemakanan, pemikiran, perbuatan, tradisi, adat resam dan sebagainya.
Di Malaysia misalnya, masyarakat luar boleh mengenal sama ada seseorang itu
beragama Islam, Buddha atau sebaliknya.
Lambang
perpaduan
Tidak dinafikan lagi
khususnya dalam konteks negara Malaysia, agama telah memainkan peranannya
sebagai alat menyatupadukan kaum di negara ini. Ini dapat dilihat semasa sambutan
perayaan sama ada perayaan orang Islam, Deepavali, Tahun Baru Cina dan
sebagainya yang memperlihatkan berlakunya sikap kunjung mengunjungi di antara
satu sama lain semasa rumah terbuka. Namun, situasi rumah terbuka tidak berlaku
di negara-negara lain. Jadi peranan agama sebagai alat perpaduan kaum hanya
relevan dalam kalangan masyarakat Malaysia sahaja.
Menaikkan
Semangat Kebangsaan
Bagi
orang Islam misalnya, agama telah lama memainkan peranan dalam membangkitkan
semangat kebangsaan khususnya orang Melayu. Ini dapat dilihat semasa zaman
awal-awal tahun 1920-an di mana agama Islam telah berjaya menyuntik golongan
Kaum Muda untuk bangun menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan
tanahair, bangsa dan agama. Begitu juga dalam konteks masyarakat Arab di Timur
Tengah, mereka juga sanggup mati syahid mempertahankan agama dan negara mereka
daripada golongan Zionis.
Perbezaan
Agama
Antara beberapa agama
besar di dunia ini, terdapat perbezaan yang amat ketara dari segi ketuhanan dan
kepercayaan. Di sini dibincangkan secara ringkas beberapa agama utama di
Malaysia.
Ringkasan
Ajaran Beberapa Agama
Agama
|
Ketuhanan
|
Ajaran
|
Perayaan Utama
|
Islam
|
Percaya
kepada tuhan yang satu yang Esa iaitu Allah. Nabi Muhammad s.a.w sebagai
penyampai wahyu daripada Allah.
|
Ajaran
Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis Nabi.
|
Hari
Raya Aidil Fitri, Aidil Adha, Maulidur Rasul, Nuzul Al-Quran.
|
Hindu
|
Agama
ini dibawa oleh beberapa kumpulan manusia lebih 4,000 tahun dahulu.
|
Antara
ajarannya ialah tentang 4 konsep kehidupan iaitu Kama, Artha, Dharma dan
Mokhsa. Selain itu ada juga penerangan tentang 4 peringkat kehidupan iaitu
Bramacharya, Grihasthya, Vanaprastha dan Sanyasa.
|
Deepavali,
Thaipusam
|
Buddha
|
Ajaran
ini dibawa oleh Siddartha Gautama seorang putera raja Hindu yang berkasta
tinggi.
|
Menuntut
agar pengikut-pengikutnya mengamalkan ajaran yang diajarkan oleh beliau dan
bukan menyembahnya. Antara ajaran Buddha adalah Empat Kebajikan Kebenaran
atau The Four Noble Truth iaitu Dukkha, Samudaya, Nirodha dan Marga.
|
Hari
Wesak
|
Guru
Nanak
|
Dibawa
oleh individu yang bernama Guru Nanak dari sebuah tempat yang dikenali
sebagai Pakistan Barat.
|
Menekankan
tentang kewujudan Tuhan yang berkuasa dan ada Tuhan pemusnah. Selain
keTuhanan ajaran Guru Nanak juga menekankan tentang kemanusiaan
|
Vaisakhi
|
Confucious
|
Diasaskan
oleh Kung Fu Tze tokoh peradaban Cina
|
Mengajarkan
tentang moral dan etika. Lima akhlak yang ditekankan adalah Ren, Li, Yi, Zhi
dan Xin.
|
|
Taoisma
|
Diperkenalkan
Lao Tze dan Chuang Tzu.
|
Mengajarkan
tentang keharmonian alam semesta. Manusia perlu bebas dari peraturan dunia
jika ingin mencapai keharmonian yang tinggi.
|
|
Contoh
Konflik Agama Seluruh Dunia
Lazimnya, kepelbagaian
agama dalam sesebuah negara menyebabkan banyak berlakunya konflik antara agama.
Manakala negara yang mempunyai satu agama besar sahaja kurang berhadapan dengan
konflik agama. Ini berdasarkan kepada
konflik-konflik agama yang berlaku di seluruh dunia menunjukkan kebarangkalian
berlakunya konflik agama adalah tinggi di negara-negara yang mempunyai beberapa
agama besar seperti di bawah:
Bosnia
Israel
-Palestin
Filipina
Indonesia
Thailand
Myanmar
North
Ireland
Punca
Berlakunya Konflik Antara Agama
a.
Tidak memahami ajaran agama lain
b.
Sukar bertolak ansur
c.
Etnosentrik
d.
Memperlekehkan agama lain
e.
Ekstrimisma
f.
Ingin menjatuhkan agama lain
Rujukan
Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
“Asas-asas Ajaran Buddha Sebagai Perbandingan Agama”, Seminar Krisis Murtad,
anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia
Cawangan Selangor (PUMCS), Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, 30 Mei 2009.
No comments:
Post a Comment