Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Tuesday 28 October 2014

Suatu Ketika Dulu......


Suatu ketika dahulu.....
aku ke sekolah berjalan kaki
adakalanya...
ayahku menjemputku dengan basikal tuanya...
ahhh....ayah ni malu lah naik basikal buruk ayah ni...
ya...aku malu ayah aku bawak basikal buruk dan berbaju buruk


Suatu ketika dahulu....
setiap hari aku menolong ayah dan ibu
di bendang, di kebun sayur
ahhh..malulah kawan-kawan tengok aku ni anak penanam sayur
ya...aku malu bila kawan-kawan tengok aku anak penanam sayur


Suatu ketika dahulu....
Rumahku syurgaku...tapi rumah aku rumah usang
kayunya hampir reput...dijentik dgn pantas akan terkoyak
atapnya bocor, dinding berlubang dan lantai bergoyang
kawan nak datang..aku halang...
ya..aku malu rumah aku buruk layak dipanggil teratak

Suatu ketika dahulu.....
tidak ada paip air dan tidak ada tandas dalam rumah
telaga di luar rumah
ahhh...malunya nak mandi

Suatu ketika dahulu....
aku rajin ke sekolah tidak kira panas hujan 
demam, batuk selsema jika larat aku pergi
tapi aku tak cemerlang selalu dapat no tercorot 
ahhh...kena bantai lagi dengan mak dan ayahku lagi


Suatu ketika dahulu.....
 aku mengaji Alquran dan muqaddam
semuanya free...
mungkin kerana itu kerja hakiki
orang yang berilmu
ahhh..sekarang semua berbayar


Suatu ketika dahulu.....
ada jurugambar datang rumah untuk tangkap gambar
tak perlu berselfie cuma duduk tegap tanpa perasaan
gambar kaku hitam dan putih
walaupun gelap tetap akan nampak putih


Suatu ketika dahulu....
sayur 20 sen, ikan seringgit, kueh 5 sen
nasik sebungkus 30 sen
sebab tu duit belanja sekolahku hanya 20sen
ahhh...20 sen sekarang ????


Itulah secebis suatu ketika dahulu dalam hidupku....cerita-cerita yang menjadikan siapa diri aku sekarang ini...sedarlah bahawa kesempitan, kemiskinan, kekurangan adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai...



No comments:

Post a Comment