Hasnah Hussiin, PhD
Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya
Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.
Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.
Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.
Monday, 8 November 2021
Wednesday, 13 February 2019
Rahsia Tamat Phd dalam masa 2 tahun
Assalamualaikum
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi kesihatan dan minda yang cergas untuk berkongsi ilmu dengan pembaca saya sekalian. Kali ini saya merasa terpanggil untuk berkongsi tips tamat Phd dalam masa 2 tahun. Saya bukanlah seorang yang genius dan saya akui saya juga bukan seorang yang fast learner. Tapi saya rasa kejayaan saya menamatkan pengajian Phd dalam masa yang singkat kerana faktor-faktor tertentu. Walau apa pun faktornya, kita harus akui semuanya berlaku dengan keizinan Allah, bukan kerana kita bijak, tapi kerana Allah yang memudahkan kita. Jadi di sini, antara tips yang telah saya amalkan atau apa yang telah saya lakukan sepanjang pengajian Phd saya ialah:
1. Perkara yang pertama adalah peranan penyelia (supervisor) adalah sangat penting. Oleh itu, sebelum kita memilih untuk menyambung pengajian selain dari universiti ialah pemilihan penyelia adalah sangat penting. Kita sepatutnya terlebih dahulu membuat serba sedikit kajian tentang penyelia yang ingin kita pilih. Selidik dahulu latarbelakangnya, terutamanya tentang pelajar di bawah seliaan beliau, adakah beliau menjalankan kerja-kerja penyeliaan dengan baik dan berdisiplin terhadap skop kerja beliau sebagai penyelia? Apa yang saya maksudkan adalah adakah beliau berdisiplin menyemak hasil kerja kita? Ini penting memandangkan ada sesetengah penyelia begitu liat untuk memeriksa dan menyemak tesis pelajar sehingga menyebabkan ada tesis pelajar yang terperap beberapa bulan sehingga melebihi 5 bulan. Ini yang kita tidak mahu kerana ia akan memberikan kesan yang sangat besar kepada pelajar itu sendiri. Pengalaman saya, saya telah mendapat seorang penyelia yang sangat berdedikasi, berdisiplin, fokus, pakar dalam bidangnya dan sangat bertanggungjawab di atas apa yang telah saya tulis. Saya tidak perlu menunggu lama selepas saya menghantar draf penulisan saya.
2. Perkara yang kedua adalah diri kita sendiri. Dalam hal ini, diri kita sendiri perlu mempunyai disiplin yang tinggi jika kita mahu menyambung pelajaran sehingga ke tahap ini iaitu Doktor Falsafah. Jika kita tidak berdisiplin, maka pengajian kita akan terhenti di tengah jalan dan kita juga tidak ada semangat untuk meneruskan pengajian. Selain dari itu, kita juga perlu mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran, jangan sambung belajar sebab paksaan majikan atau tengok orang sambung belajar kita pun nak sambung belajar. Berbalik kepada disiplin tadi, apa yang saya maksudkan ialah bila kita diberi cuti belajar, maka tumpuan kita adalah 100% kepada pengajian. Jadi kita mesti mengatur jadual pembelajaran kita dan berusaha mendisiplinkan diri dengan membuat jadual bila kita nak mulakan literature review, bila nak keluar buat tinjauan, bila kita nak menulis dan sebagainya. Pendek kata milestone kerja mesti ada. Kita tidak boleh go with wind macam tu saja nanti kita tak tahu arah tujuan sebab tiada panduan. Apa yang saya lakukan adalah walaupun saya cuti belajar dan saya tidak bekerja, saya tetap jadikan hari-hari biasa sebagai hari bekerja di mana hari bekerja dari Isnin sampai jumaat saya akan buat kerja-kerja penyelidikan dan penulisan saya. Weekend saya rehat bersama keluarga.
3. Tahu apa yang hendak dibuat/dikaji. Pengajian Phd yang memfokuskan kepada 100% penyelidikan sepenuh masa sesungguhnya memerlukan adanya satu panduan yang khusus kerana tanpa panduan yang khusus ramai yang kandas di tengah jalan dan ada juga yang memakan masa sehingga 5 tahun hingga 9 tahun untuk disiapkan. Sebab tu lah kita sentiasa dengar orang cakap PHD maksudnya Permanent Head Damage...menakutkan bukan? Dalam hal ini, apa yang perlu kita fikirkan dan lakukan adalah:
a. jangan buat kajian yang tidak pernah orang buat
b. jangan buat kajian seolah-olah kita nak ubah dunia
c. jangan buat kajian yang tajuknya kebaboom tetapi kita sendiri tak tahu nak membuatnya
d. jangan buat tajuk yang kebaboom/catchy gila, tapi susah untuk mendapatkan bahan dan responden
e. jangan buat kajian yang kita sendiri tidak mampu untuk membuatnya kerana batasan waktu, tenaga dan wang
Pesan saya - buatlah kajian yang biasa-biasa saja, mudah untuk kita buat kajian, bahan semua ada, mudah untuk dapatkan responden dan kita tahu proses untuk melakukannya. Kita mesti tahu setiap proses yang akan berlaku dalam kajian kita sehingga tamat kajian. Dalam hal ini, biar kajian kita tajuknya simple, tapi kita mudah menyiapkannnya dan mempunyai impak yang besar kepada masyarakat dan negara. Kadang-kadang kita tak perlu pun menyambung pengajian kita di luar negara jika tidak mampu, kerana syarat asas untuk berjaya dalam Phd adalah diri kita sendiri.
Jadi, secara umumnya, cukuplah kita tahu bagaimana cara nak jalankan kajian, di mana kajian hendak dijalankan, responden/bahan tiada masalah sudah cukup untuk kita memulakan kajian. Dan di akhir nanti, kita perlu menguasai kajian kita dari A to Z dan dalam viva voice nanti kita tidak akan ada masalah untuk menjawab soalan dari ahli panel.
4. Pastikan tahu perkara asas kajian - Apa yang saya maksudkan perkara asas dalam kajian ini ialah objektif kajian, persoalan kajian dan permasalahan kajian. Ketiga-tiga perkara ini adalah benda asas yang perlu ada dalam apa jua kajian yang dijalankan. Jika kita clear mengenai tiga perkara ini, maka ia akan memudahkan kerja-kerja kita menjalankan kajian. Kebanyakan kita biasanya tidak begitu jelas mengenai perkara tersebut menyebabkan kita nanti tidak tahu nak jalankan kajian. Boleh dikatakan ketiga-tiga perkara inilah yang menjadi panduan untuk kita memulakan kajian. Jika ketiga-tiga perkara ini tidak jelas, maka sukarlah perjalanan kita menjalankan kajian.
5. Akhir sekali adalah doa..kerana Allah yang memudahkan segala pekerjaan kita.
Sekian sahaja perbincangan tips berjaya menyiapkan Phd saya dalam masa 2 tahun. Harap tips saay ini dapat membantu saudara saudari yang berminat untuk sambung belajar sehingga ke peringkat Phd. Pesan saya jangan dengar khabar angin Phd tu permanent head damage..viva voice tu menakutkan dan sebagainya. Jangan dengar khabar dari mereka yang bermasalah dalam menyiapkan Phd, kerana nasib kita tidak sama dengan orang lain, setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza. Sekali lagi Jangan samakan diri kita dengan orang lain.
Ikhlas dari,
Dr Hasnah Hussiin
Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
hasnah@ump.edu.my
14/2/2019
Thursday, 3 August 2017
ANDA NAK NAMPAK CANTIK? NI PETUANYA...
Assalamualaikum.....
Kepada pembaca blog saya terutamanya kaum perempuan ni saya nak share petua kalau kita nak cantik. Sebenarnya kan..semua perempuan ini ada kecantikan dia yang tersendiri cuma kecantikan itu tidak terserlah disebabkan oleh kita tidak pandai untuk jaga muka kita. Ni saya nak bercakap tentang kecantikan kulit ya bukan kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman tu nanti kita cerita lain ya. Ok berbalik pada kecantikan kulit tadi. Kita orang perempuan ni sememangnya cantik saya dah cakap awal2 tadi...saya ulang kita ni cantik sebenarnyaaa...tetapi adakah kita tahu jika kita pakailah foundation sampai 2 inci, bedak 1 inci sekalipun kecantikan kita itu tidak akan terserlah. nak tau kenapa? sebabnya muka atau kulit kita tidak bersih. Macamana nak pastikan kulit kita itu bersih? Kulit kita akan nampak tidak bersih bila ada tompok2 hitam, kusam, gelap, tidak sekata serta adanya parut2 jerawat dan sebagainya. Jadi bagaimana nak jadikan kulit kita bersih? ni petuanya ya..ambil telur putih dari sebiji telur dan perah satu sudu besar lemon kacau dan sapu pada muka setiap pagi dan malam sekurang2nya 3 kali seminggu.. kena konsisten sehinggalah kulit betul2 bersih dan jika dah bersih boleh kurangkan kepada 2 kali seminggu atau sekali seminggu. Haaaaa bila kulit dah bersih kita pakai bedak ke, foundation ke...akan nampak cantikkkkk...bila dah cantik, pakai tudung apa pun lagiiiii cantikkk...betul tak? Apalagi jommm try petua ni...selamat mencuba...opsss selain dapat membersihkan kulit, petua ni juga akan menolong mengecilkan pori2 atau lobang2 yang terbuka luas kat muka tu....
Al-Quran Penyembuh dan Ubat Segala Penyakit
Assalamualaikum
kepada pembaca blog saya yang saya sayangi.......
Sebagai manusia semestinya kita akan diuji oleh Allah dalam
pelbagai cara antaranya kesusahan, kekayaan, kesempitan, sakit dan lain-lain
lagi. Ini semua adalah untuk menaikkan darjat diri kita ke arah yang lebih baik
dan tinggi di syurga nanti. Bagi seseorang yang ditimpa musibah sakit, ia akan
menyedarkan kita bahawa nikmatnya sihat itu. Jika kita selalu sihat tidak
pernah sakit, maka kita tidak akan menghargai nikmat sihat, justeru itu,
seorang manusia paling tidak sekali dalam hidupnya akan diuji dengan kesakitan.
Bagi seseorang yang sentiasa diuji dengan kesakitan yang seolah tiada
penghujungnya, kita hendaklah sentiasa meminta pertolongan daripada Allah
dengan sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Tidak ada penyakit yang tidak ada
ubat di dunia ini melainkan mati. Berdasarkan ayat ini kita hendaklah percaya
bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya walaupun doktor mengatakan
penyakit itu tiada ubat setakat ini. Jadi kita orang Islam kena mengamalkan
Al-Quran setiap hari dan setiap masa. Walau bagaimanapun, niat kita harus
kerana Allah bukan kerana hendak sembuh dari penyakit semata-mata. Membaca
Al-Quran mampu mematikan segala kuman penyakit, jin dan anasir tidak baik dalam
badan. Kita juga tidak digalakkan bergantung kepada pengamal perubatan
semata-mata untuk sembuh dari penyakit. Kita mesti bergantung seratus peratus
kepada Allah dengan berdoa dan membaca Al-Quran. Marilah sama-sama kita
mengamalkan membaca Al-Quran sebagai gaya hidup. Pernah tak kita dengar orang
bercakap orang yang sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran ini walaupun dah tua
mereka tidak nyanyuk. Itu antara khasiat jika kita mengamalkan membaca
Al-Quran. Selain itu rumah kita juga terpelihara dari benda-benda yang tidak
baik. Dari segi kesihatan apatah lagi. Jadi kepada sesiapa yang sakit2 di luar
sana dan terasa putus harapan bila doktor kata penyakit awak tidak ada ubat…jangan
lekas putus asa berdoalah jangan berhenti dan bacalah Al-Quran. Semoga
bermanfaat.
Review Skincare Paling Awesome, Best..
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya....
Di sini saya nak berkongsi antara skincare yang pernah saya cuba dari
sejak saya remaja sehingga kini saya sudah berkeluarga dan sudah berumur
40++... Antara skincare yang saya dah cuba adalah:
1. BML
2. Citra Ayu
3. Aura Maya
4. Tabita
5. Safi Rania
6. Dnars
7. Dbella
8. Sabun Alrazi
9. Nour Ain
10. Cetaphil (cleanser utk kulit berminyak)
11. Felisa
12. Reenas
13. OLynn
14. Nurraysa
15. As Beauty
16. SF Beauty
17. Secretleaf
18. Marykay
19. Skincare Sharklee (Nutriwhite)
20. SKII
21. Charms
22. Secantik Molly
23. Aqua International
24. TAII
Itulah antara jenama skincare yang pernah saya cuba
dan untuk makluman sebenarnya skincare ini bergantung kepada skin
masing-masing, tidak semestinya kalau ia bagus dekat orang lain bagus untuk skin kita. tidak
ya...kadang-kadang orang lain guna tak sesuai tetapi ia sesuai dengan kulit
kita. Jadi setelah mencuba setiap skincare di atas, kali pertama saya mendapat
pujian kulit saya cantik dan glowing adalah Aura Maya. Satu masa Aura Maya telah
diberhentikan keluarannya, jadi saya tidak lagi menggunakan Aura Maya. Kulit
saya kembali menjadi biasa2 sahaja selepas tidak lagi menggunakan Aura Maya.
Akhirnya saya cuba lagi dan semua skincare tersebut tidak memberikan impak yang
saya inginkan. Akhirnya saya temui juga skincare yang benar2 membaiki semula
kulit saya yang dah rosak akibat selalu bertukar skincare..jangan amalkan ya
bertukar2 skincare ni rosak kulit muka. Suatu masa saya semacam dah frust sebab
dah byk skincare yang dicuba tetapi satu pun tidak memberikan result yang
diinginkan akhirnya saya cuba juga maybe untuk kali terakhir lepas ni malas dah
nak layan. So saya memberanikan diri dengan mencuba TAII. Dalam masa seminggu
sahaja saya terkejut dengan perubahan yang saya alami yang mana dari kulit yang
kusam, gelap, ada tompok2 gelap, kulit tidak sekata, kembali cerah dan
berseri...kulit semakin bersih dari sehari ke sehari.. saya tunjukkan di bawah
skincare TAII...sapa nak cuba boleh la sangat highly recommended..
Subscribe to:
Posts (Atom)