Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Thursday 3 August 2017

Al-Quran Penyembuh dan Ubat Segala Penyakit





Assalamualaikum kepada pembaca blog saya yang saya sayangi.......

Sebagai manusia semestinya kita akan diuji oleh Allah dalam pelbagai cara antaranya kesusahan, kekayaan, kesempitan, sakit dan lain-lain lagi. Ini semua adalah untuk menaikkan darjat diri kita ke arah yang lebih baik dan tinggi di syurga nanti. Bagi seseorang yang ditimpa musibah sakit, ia akan menyedarkan kita bahawa nikmatnya sihat itu. Jika kita selalu sihat tidak pernah sakit, maka kita tidak akan menghargai nikmat sihat, justeru itu, seorang manusia paling tidak sekali dalam hidupnya akan diuji dengan kesakitan. Bagi seseorang yang sentiasa diuji dengan kesakitan yang seolah tiada penghujungnya, kita hendaklah sentiasa meminta pertolongan daripada Allah dengan sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Tidak ada penyakit yang tidak ada ubat di dunia ini melainkan mati. Berdasarkan ayat ini kita hendaklah percaya bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya walaupun doktor mengatakan penyakit itu tiada ubat setakat ini. Jadi kita orang Islam kena mengamalkan Al-Quran setiap hari dan setiap masa. Walau bagaimanapun, niat kita harus kerana Allah bukan kerana hendak sembuh dari penyakit semata-mata. Membaca Al-Quran mampu mematikan segala kuman penyakit, jin dan anasir tidak baik dalam badan. Kita juga tidak digalakkan bergantung kepada pengamal perubatan semata-mata untuk sembuh dari penyakit. Kita mesti bergantung seratus peratus kepada Allah dengan berdoa dan membaca Al-Quran. Marilah sama-sama kita mengamalkan membaca Al-Quran sebagai gaya hidup. Pernah tak kita dengar orang bercakap orang yang sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran ini walaupun dah tua mereka tidak nyanyuk. Itu antara khasiat jika kita mengamalkan membaca Al-Quran. Selain itu rumah kita juga terpelihara dari benda-benda yang tidak baik. Dari segi kesihatan apatah lagi. Jadi kepada sesiapa yang sakit2 di luar sana dan terasa putus harapan bila doktor kata penyakit awak tidak ada ubat…jangan lekas putus asa berdoalah jangan berhenti dan bacalah Al-Quran. Semoga bermanfaat. 

 



No comments:

Post a Comment