Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Thursday, 3 August 2017

Petua Berkesan Hilangkan minyak di muka

Assalamualaikum.....

Di sini saya ingin berkongsi petua yang dikatakan sangat berkesan bagi merawat kulit berminyak. Amalkan dengan melumurkan oat yang dicampurkan dengan putih telur. Caranya ialah ambil segenggam oat dan dibancuh dengan sebiji putih telur. Setelah itu lumur pada muka dan gosok di muka untuk beberapa ketika dan setelah oat jatuh dari kulit ulangi semula dengan melumur oat tersebut dan tak perlu gosok biarkan kering. Setelah kering basuh dengan air biasa atau air suam. Lakukan 3 x seminggu secara berkala insyaAllah masalah kulit berminyak akan dapat diatasi. Selain dari dapat mengurangkan kulit berminyak cara ini juga akan menjadikan kulit anda lembut, halus dan cerah. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment