Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Thursday 11 July 2013

Kisah Si Budak Kecik di Bangku Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......


Berikut merupakan cebisan kisah seorang aku di zaman kecilnya. Sepertimana kanak-kanak lain yang sebaya aku, aku juga merupakan seorang kanak-kanak kecil yang periang, suka bermain, berangan tinggi dan happy all the time. Memang zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling manis dan indah. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka dan tidak ada masalah melingkari hidup kita. Aku seorang kanak-kanak yang rajin ke sekolah. Aku ke sekolah biasanya berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Jika ayah berkelapangan ayah akan hantar aku menggunakan basikal tua ayah. Kadang-kadang aku tidak suka kalau ayah menghantar dan menjemputku dari sekolah. Ayah selalu berpakaian buruk, kotor dan bercompang-camping. Aku malu pada rakan-rakannku. Ayah tak macam ayah orang lain pakai baju kemas. Aku masih tidak mengerti pada waktu itu bahawa ayah adalah seorang petani yang terpaksa membanting tulang di bendang. Kalau tidak ke bendang, ayah akan ke laut. Itulah tugas ayah, membanting tulang mencari rezeki. Sudah tentu pakaian ayah selalu comot dan kotor. Tetapi kebanyakan masa ke sekolah, aku berjalan kaki sahaja. Sebab itulah kasut aku berlubang ditumit, menunjukkan begitu jauh aku berjalan setiap hari. Walau pun aku terpaksa berjalan, aku tidak pernah mengeluh. Aku happy sahaja. Padahal pakaian sekolahku pun bukan baru, 4 tahun sekali baru bertukar, tapi ibu cakap selagi boleh pakai, pakai sahaja tak perlu beli yang baru.

Kadangkala aku minta ibu sediakan bekal untukku bawa ke sekolah. Bukan apa aku ingin kumpul duit belanja yang ibu bagi. Aku ada sesuatu yang aku nak beli. Ibu bekalkan aku dengan nasi dan ikan goreng. Selalunya ikan yang ibu bekalkan adalah ikan yang sudah tidak elok berbau dan gatal bila di makan. Itulah bekal yang aku bawa setiap hari ke sekolah. Aku juga tidak pernah merungut dengan bekal sekolah yang langsung tidak lazat. Tapi bagiku itu sudah memadai untuk mengalas perutku. Aku happy sahaja.

Suatu hari hujan turun dengan lebatnya, dituruti dengan petir, guruh berdentam dentum. Pokok-pokok hampir jatuh ke tanah, begitu kuat ribut yang melanda. Di tengah-tengah hujan lebat itu, aku berjalan pulang ke sekolah seorang diri, sambil menangis.....ayah....ibu...saya takutttttt....suasana semakin gelap. Ayah tidak pula menjemput aku pulang hari ini. Aku terus berjalan meredah hujan, petir dan kilat...kasutku penuh air, aku berjalan semakin laju dan laju....hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku sangat takut ketika itu...iyalah seorang anak kecil darjah 3, berjalan seorang diri...Sampai di rumah aku kesejukan yang teramat dan baju sekolahku boleh diperah....aku toleh kiri dan kanan, tiada siapa di rumah......setelah menukar pakaian, aku terlena dan tertidur.....


Pada suatu hari ibu dan ayah ke bendang....tinggallah aku dan adik aku yang berumur 3 tahun....Aku sebagai kakak leka mengemas rumah dan membuat apa yang patut bila ibu tiada. Aku terpaksa memenuhkan air di dapur. Maka aku pun bekerjalah memunggah air dengan baldi dengan mengangkut air itu di perigi yang terletak 500 meter dari rumah aku. Itu adalah rutin biasa yang perlu aku lakukan. Aku terleka sehinggalah ayah dan ibu balik rumah. Ayah lantas menanyakan kepadaku, adik mana?. ... aku terkebil seketika dan aku cuba meninjau mencari adikku, tapi adikku tiada di sekitar rumah. Ayahku sudah mula naik marah. Iyalah adik aku itulah anak pertama dia setelah 10 tahun berkahwin tidak mendapat anak. Ayah sudah mula menyeringai nak marah aku. Aku tunduk dan aku rasa sangat takut. Ini kerana ayah memang seorang yang sangat garang, dan kalau dia marah, janganlah pandang muka dia....aku terus tunduk....Ayah meluru ke luar rumah mencari adik tapi tidak berjumpa. Ayah naik lagi ke atas rumah dan terus menerkam aku dan .............ayah telah memukul aku sekuat hati dan tenaga yang ayah ada dan....ayah baling aku ke dinding rumah. Aku meraung kesakitan dan ketakutan yang amat sangat......sedar tak sedar aku tengok ada air di sekeliling aku dan gigi aku berdarah. .....tidak lama kemudian orang kampung menemui adikku dalam sawah padi berdekatan rumahku......Hari itu ayah dan ibu tidak hiraukan aku, agaknya mereka sangat marah pada aku, kerana kelalaianku sendiri.....pada malam itu juga, aku dipaksa tidur di luar rumah, aku menangis menangis dan menangis, ayah ...ibu... saya takuttt....tapi akhirnya aku terpaksa tidur di luar juga kerana ibu telah mengunci pintu rumah....aku akhirnya tertidur jua......



No comments:

Post a Comment