Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Tuesday 2 July 2013

Pengajaran di sebalik peristiwa bersejarah negara

Assalamualaikum.....

Ramai di antara kita yang pernah belajar mengenai sejarah negara iaitu Sejarah Malaysia. Ada dalam kalangan kita cuma mempelajari sejarah sahaja dan tidak menggali apakah pengajaran dan nilai-nilai murni disebalik setiap peristiwa tersebut kepada pembentukan negara bangsa kita. Mari kita renung semula peristiwa-peristiwa tersebut dan kesannya kepada negara bangsa Malaysia.





Peristiwa Penentangan Terhadap British – Jika tiada penentangan terhadap residen British oleh pembesar-pembesar Melayu, dunia luar akan menyangka rakyat Tanah Melayu merestui perbuatan mereka.



Perkembangan ekonomi getah dan bijih timah di Tanah Melayu. Perkembangan dua jenis ekonomi ini telah membawa masuk buruh-buruh asing ke Tanah Melayu khusunya orang Cina dan India. Kedatangan bangsa asing seperti orang Cina dan India ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah membentuk masyarakat Malaysia pada hari ini iaitu wujudnya kepelbagaian kaum, agama dan budaya.

Kedatangan bangsa asing seperti orang Cina telah mengubah lanskap Tanah Melayu yang mana Tanah Melayu menjadi pusat perlombongan bijih timah dan penanaman getah dan tinggalannya dapat dilihat sehingga pada hari ini.

Kedatangan orang Cina dan India juga telah mewujudkan penempatan bandar dan kebanyakan bandar-bandar di Malaysia sehingga pada hari ini dihuni oleh orang Cina.

Kebanyakan bangsa Cina dan India bertumpu atau lebih ramai di negeri-negeri Pantai Barat seperti Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Seremban. Manakala di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terenganu kebanyakannya dihuni oleh orang Melayu.

Kewujudan masyarakat pelbagai kaum telah memberi kesan kepada pertumbuhan parti politik mengikut kaum.

Penubuhan MPSI – penting kerana disinilah tempat lahirnya golongan nasionalis Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaakub dan Harun Aminurrashid.
Penjajahan British – mewujudkan kawasan bandar dan luar bandar, pengenalan kaum mengikut pekerjaan dan tempat tinggal serta pengasingan sistem pendidikan, pengenalan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang penting dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu.

Peristiwa Penentangan Terhadap Malayan Union – Jika tiada penentangan daripada orang Melayu, Tanah Melayu akan menjadi hak semua bangsa, penentangan Malayan Union juga telah membawa kepada tertubuhnya parti UMNO.

Peristiwa Pendudukan Jepun – merosakkan harta benda dan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, ramai orang Melayu di bawa ke Burma dan Thailand untuk menjadi buruh landasan keretapi, melakukan penyiksaan ke atas penduduk Tanah Melayu yang ingkar perintah, memperkenalkan beberapa jenis budaya Jepun kepada penduduk Tanah Melayu, berlaku permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina yang terpengaruh dengan anasir atau Parti Komunis Malaya (PKM).

Peristiwa Darurat – Ekonomi Tanah Melayu lumpuh, Darurat dan Komunis telah mewujudkan satu penempatan yang kekal sehingga kini iaitu Kampung Baru, kerajaan Tanah Melayu terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengekang aktiviti pengganas Komunis.

Peristiwa Rundingan Baling dan Rombongan Kemerdekaan ke London – jika tiada peristiwa ini, kemerdekaan Tanah Melayu mungkin dilewatkan dan tarikh 31 Ogos mungkin bukan tarikh keramat bagi Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan 1957 – Selagi tidak diwujudkan Perlembagaan, perbalahan dan konflik antara orang Melayu dan bukan Melayu akan terus berleluasa.

Peristiwa Pilihanraya – Pilihanraya 1952 dan 1955 telah mewujudkan pakatan politik antara orang Melayu, Cina dan India melalui Parti Perikatan dan kini dikenali sebagai Parti Barisan Nasional.

Kemerdekaan 1957 – selagi kemerdekaan tidak dicapai, masyarakat Melayu akan terus tertindas dan tertinggal.

Peristiwa Penubuhan Malaysia 1963 dan Pengeluaran Singapura pada tahun 1965 – Apa yang dapat disaksikan ialah Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia dan dapat bersama-sama menikmati kemakmuran negara.

1 comment:

  1. bagaimana pula dengan pengajaran yang ada dslsm peritiwa perluasan kuasa british di pulau pinang ,ia terdapat dalam tajuk t3 kssm bab 2 iaitu perluasan kuasa british di pulau pinang,singapura dan melaka

    ReplyDelete