Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Friday 31 May 2013

Jom Jadi Mahasiswa Cemerlang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.....Kepada semua mahasiswa yang saya sayangi berikut ini antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Antaranya ialah:


a. Terima kekuatan dan kelemahan diri seadanya

Dewasa ini kita sering melihat golongan remaja yang suka menggayakan pelbagai fesyen, budaya, nyanyian, perlakuan, tarian dan sebagainya yang sangat bertentangan dengan adat-adat ketimuran kita. Mengapakah perkara ini berlaku. Ada juga yang mengatakan ini disebabkan oleh itu dan ini, dan tidak kurang juga yang menyalahkan ibu bapa. Apa sudah jadi pada remaja zaman kemerdekaan ini dan di manakah letaknya nilai-nilai kemerdekaan jika pemikiran dan perlakuan kita masih berpaksikan kepada nilai-nilai penjajah. Justeru itu kepada para remaja semua yang kebanyakannya masih di bangku sekolah dan universiti sedarilah siapa diri kita dan di mana bumi kita berpijak.
Bercakap mengenai pentingnya kita menjadi diri kita ini, kita juga perlulah terima kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita. Ini kerana itulah diri kita. Kita juga tidak boleh menyamakan kekuatan dan kelemahan kita dengan kelemahan dan kekuatan orang lain kerana antara kita adalah berbeza. Kesediaan dan kebolehan kita menerima seadanya kelemahan dan kekuatan yang diberikan akan menjadikan kita seorang manusia sejati. Sebagai seorang pelajar jika kita lemah dalam melakukan sesuatu kerja anggaplah ia sebagai asas untuk kita lebih berusaha dan jika kita mempunyai kekuatan tertentu gunakanlah ia sebaik mungkin untuk kebaikan diri, agama dan masyarakat.

b . Ketahui peranan masing-masing
Kita harus sedar bahawa kelahiran kita di dunia ini ada peranan yang perlu kita mainkan. Kita tidak dijadikan Allah untuk sia-sia. Setiap manusia ada peranan yang perlu yang dia jalankan bagi memakmurkan lagi bumi ini. Jadi dalam hal ini tidak usahlah kita hendak mengikut perbuatan dan hal ehwal orang lain. Ini kerana pada suatu masa nanti kita akan ditanya tentang apakah yang telah kita lakukan di dunia ini. Sebagai seorang pelajar kita patut tahu apakah peranan kita setelah ibu bapa berkorban wang ringgit untuk menyekolahkan kita. Jadi apabila bersekolah kita mempunyai kewajipan iaitu harus memainkan peranan kita untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin bagi membalas segala jasa ibu dan bapa kita. Jika dilantik sebagai ketua darjah, ketua pasukan, ketua kokurikulum dan sebagainya kita perlu menghayati apakah peranan kita dalam pasukan tersebut kerana orang telah memberikan kita kredit dengan melantik kita.


c. Bertanggungjawab
Sebagai seorang pelajar kita sememangnya mempunyai tanggungjawab yang berat untuk diri sendiri, ibu bapa, pihak sekolah dan pihak universiti. Tanggungjawab kita dengan tanggungjawab orang lain juga berbeza-beza. Jadi tak payahlah kita cuba hendak meniru dan mengambil tanggungjawab orang lain. Tanggungjawab kita untuk diri sendiri adalah kita perlu belajar rajin-rajin, sentiasa berusaha untuk lulus dan mendapat markah yang tinggi dalam pelajaran. Jika kita sebagai ketua pasukan kita juga ada tanggungjawab untuk memastikan pasukan kita menang dan terbilang dan sebagainya. Manakala tanggungjawab kita kepada ibu bapa adalah di samping kita belajar bersungguh-sungguh kita juga perlu sentiasa “keep in touch” dengan mereka. Itulah tanggungjawab paling besar yang kita sebagai anak-anak perlu lakukan walau di mana kita berada. Selain daripada itu kita memerlukan mereka untuk mendapat restu di atas apa yang kita lakukan.

d. Jangan sesekali meniru orang lain
Perkara paling penting dalam bab kita adalah kita dan bukan orang lain ini adalah jangan sesekali kita meniru orang lain. Dewasa ini begitu ramai para remaja kita yang suka meniru budaya dan gaya hidup orang lain yang langsung tidak selari dengan budaya dan gaya hidup kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam. Ada di kalangan remaja pada hari ini merasa bangga apabila menggayakan cara hidup masyarakat lain terutamanya masyarakat orang Barat yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Ini dapat dilihat pada budaya skin head, rap, punk, black metal, minum minuman keras, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, hubungan sesama jenis dan sebagainya. Mengapakah ini berlaku dalam masyarakat kita yang penuh dengan adab sopan dan kuat pegangan agama. Dalam hal ini jika kita menjadi pengikut budaya dan cara hidup barat kita sebenarnya rugi kerana kita tidak akan mendapat apa-apa keuntungan tetapi akan berlaku kerosakan diri dan masyarakat . Oleh itu amalkanlah budaya dan cara hidup masyarakat kita yang jauh lebih murni dan kita perlu berbangga dengan budaya kita kerana tanpa budaya kita siapalah kita.

e. jangan ubah kejadian Tuhan
Selain daripada di atas, sebagai seorang remaja dan pelajar, juga sebagai seorang yang beragama Islam, kita dilarang keras daripada melakukan sesuatu yang tidak baik ke atas diri kita. Salah satu perkara yang tidak boleh kita lakukan pada diri kita adalah mengubah kejadian Tuhan dan ini sangatlah dilaknat oleh Allah. Sesungguhnya kejadian Allah terhadap hamba-hambaNya adalah yang paling sempurna dan kita tidak boleh mengubahnya sesuka hati mengikut kehendak kita. Sebagai contohnya ada golongan pelajar atau remaja lelaki yang ingin mengubah dirinya menjadi perempuan dan sebaliknya. Ada juga yang memberanikan diri melakukan pembedahan plastik terhadapa bahagian pada badan mereka untuk tampak lebih menarik dan cantik. Sedarlah wahai pelajar dan remaja semua itu semua tidak kekal lama dan ia juga akan memberikan kita pelbagai kesan sampingan dalam jangka masa pendek atau panjang. Sebenarnya jika kita amati segala perbuatan manusia yang cuba mengubah sesuatu pada dirinya akan memperlihatkan suatu keganjilan dan sangat pelik kerana apa yang Allah sudah beri kepada kita adalah sudah sesuai dengan kita dan kita tidak boleh mengubah kerana kita tidak ada kuasa untuk mengubah melainkan Allah.

f. Kita dan orang lain tidak sama
Sebagaimana yang dikatakan tadi setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Justeru itu antara kita dan orang lain adalah tidak sama dan kita tidak boleh nak membandingkan dengan kejadian orang lain. Sehubungan dengan ini juga kita tidak boleh mengubah diri kita untuk menjadi orang lain. Dewasa kini kita dapat lihat ramai di kalangan remaja dan pelajar yang sangat meminati seseorang seperti artis dan menjadikan artis tersebut sebagai idola mereka. Bukan setakat menjadikan seseorang artis itu idola malahan mereka sanggup mengubah diri mereka agar menjadi seperti artis yang mereka minati. Keadaan ini perlulah dijauhi dan jangan sekali-kali diamalkan oleh para remaja khususnya para pelajar kerana mereka perlu mencari seseorang yang berkaitan dengan mereka untuk dijadikan idola kerana kerjaya artis sangat tidak berkaitan dengan dunia mereka sebagai pelajar. Kita patut bangga menjadi diri kita kerana Allah menjadikan kita hanya satu sahaja di dunia ini jadi ini merupakan satu kelebihan yang perlu kita hargai. Jadi mengapa perlu kita menukar diri kita menjadi seperti orang lain. Haruslah disedari bahawa kita tidak akan mampu untuk menjadi orang lain kerana apa yang Allah berikan kepada kita adalah hak kita dan kita sebenarnya tidak akan berjaya untuk menjadi orang lain jika berlaku pun hanya sedikit sahaja.Jadi dalam hal ini terimalah diri kita seadanya dan jagalah diri dan hiasilah diri kita dengan kebaikan dalam hidup ini.


Sentiasa Menambah Ilmu di Dada

Tidak dinafikan bahawa ilmu itu sangat penting bagi manusia. Tanpa ilmu seseorang manusia itu tidak akan menjadi manusia. Ilmu itu sangat luas di mana Allah telah mengatakan bahawa ilmu itu sangat luas dan tidak terhitung banyaknya dan jika diambil semua air sungai dan laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat pun tidak mampu untuk menulis semua ilmu Allah. Ini menunjukkan bahawa ilmu itu sangat banyak yang perlu digali dan dicari oleh manusia.


Sekian pesanan dari saya untuk mahasiswa semua, semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah.

Jom Buat Duit Dengan Menulis

Salam....

Mungkin ramai di antara kita yang ingin menulis tapi tak tau bagaimana nak mula, di mana harus bermula dan nak menulis pasal apa, kan? Sebenarnya semua orang pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan dan dikongsi bersama orang lain.Ada juga yang tidak perasan bahawa dia ada cerita sepanjang hidupnya. Ayuhlah berkongsi dengan orang di luar sana. Menulis ni sebenarnya boleh buat duit di samping dijadikan hobi.Tengok sahaja novel harry potter yang telah membuatkan penulisnya jadi jutawan.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang ingin belajar menulis.Ada banyak peluang untuk kita menulis sama ada di suratkhabar,mahalah, novel, buku dan sebagainya.Di sini saya berikan sedikit tips untuk memulakan penulisan kita antaranya ialah


1. Idea akan datang bila2 masa dan di mana jua.Oleh itu kita mesti menyimpan idea itu dan tidak perlu menyimpan idea itu mengikut susunan.Yang penting simpan sahaja.


2. Tidak perlu nak mula menulis dengan mengadakan intro, andainya idea itu untuk bab akhir tulis sahaja.Ini kerana suatu masa kita akan susun semula.


3.Tulislah apa sahaja yang anda semua suka sama ada pendapat, buku rujukan andainya kita ni guru atau pensyarah dan jika anda tidak bekerjaya tulis sahaja novel berdasarkan pengalaman hidup anda atau pengalaman orang lain atau pengalaman hidup seharian atau mungkin juga berdasarkan keadaan dan isu masyarakat sekeliling.


4.Tulislah atau catatlah di mana sahaja anda selesa sama ada komputer atau dalam buku dan sentiasa membaww nota untuk mencatat kerana once you all dah minat nak menulis,ALlah akan melemparkan idea kepada anda di mana sahaja dan bila2 masa sahaja seperti semasa memandu, dalam bus, semasa melepak, masa tengah berholiday, tengah bershopping, tengah bersembang ngan kawan2 dan sebagainya.Yang tak syoknya masa tengah mandi pun boleh datang idea.


Sekian dulu nanti saya bagi lagi tips cukup dulu buat kali ni.Ingat jangan bazirkan masa dengan membiarkan masa kita berlalu begitu sahaja.Best tau menulis.Cubalah.

Jom Selongkar Gaya Hidup Orang Dulu-dulu.......

Apa yang boleh kita kategorikan zaman yang kita hadapi sekarang? Sudah pastinya zaman globalisasi, zaman sains dan teknologi, zaman manusia menuju kemajuan dan kemodenan serta lahirnya generasi Y. Walau apapun, negara tidak boleh lari daripada tsunami sains dan teknologi yang melanda seluruh dunia pada hari ini. Pernahkan generasi kini terfikir bagaimanakah agaknya kehidupan manusia sebelum ini tanpa teknologi canggih, Facebook, Twitter, laptop dan bermacam-macam peralatan moden kini. Di sini penulis ingin merungkaikan semula beberapa nilai dan corak kehidupan masyarakat dahulu yang mana ia seakan hilang dan sudah tidak dapat dilihat lagi oleh generasi muda masa kini.

Semangat Kejiranan yang kuat

Masyarakat zaman dahulu dilihat mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Apa tidaknya mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain walaupun mereka mendiami sebuah kampung yang besar dan rumah mereka terletak beberapa kilometer di antara sebuah rumah dengan rumah yang lain. Tetapi ini tidak berlaku dalam masyarakat hari ini yang tinggal di kawasan kejiranan. Bukan sesuatu yang pelik apabila kita tidak kenal jiran sebelah rumah kita. Itu fenomena biasa di zaman ini. Orang zaman dahulu sebut saja nama apa dan tinggal di kampung mana akan ada orang yang kenal si polan si polan. Jadi tidak hairanlah alamat surat menyurat mereka hanya meletakkan nama dan alamat kampung sahaja sudah memadai dan mereka tidak perlu meletakkan no rumah dan lorong apa. Sebut saja nama dan kampung anda, satu kampung tahu. Biasanya pada zaman dahulu, posmen akan meletakkan semua surat di rumah penghulu dan akan ada individu tertentu yang pergi menghantar surat tersebut atau individu itu sendiri yang datang ke rumah penghulu untuk mengambil surat. Keadaan ini tidak berlaku pada zaman ini. Ini kerana pada zaman sekarang, kebanyakan orang lebih suka tidak mengambil tahu pasal orang lain. Jadi, tidak hairanlah jiran sebelah pun mereka tidak kenal walaupun telah tinggal di situ bertahun-tahun. Apatah lagi dengan wujudnya email, facebook, twitter, telefon canggih telah memudahkan lagi perhubungan sesama manusia. Begitu juga kemajuan sains dan teknologi telah mempercepatkan lagi pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat. Kalau pada zaman dulu-dulu, jika orang Kuantan hendak ke Selangor, mereka perlu berjalan berhari-hari untuk sampai ke sana. Mereka juga perlu membawa bekal makanan yang cukup sepanjang perjalanan. Tetapi tengoklah pada hari ini perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja.


Gotong-royong

Masyarakat zaman dahulu juga sangat terkenal dengan sikap suka melakukan kerja secara gotong royong. Malahan gotong royong telah menjadi trade mark orang Melayu pada waktu itu. Ini memandangkan apa-apa sahaja pekerjaan yang membabitkan perkahwinan, kenduri-kendara, sambutan keagamaan, membuat rumah dan sebagainya dilakukan secara bekerjasama. Bagi mereka berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa. Begitu kuat amalan kerjasama masyarakat zaman dahulu. Tetapi amalan gotong royong ini semakin terhakis dan kurang diamalkan oleh masyarakat zaman kini. Apa yang dapat dilihat ialah kebanyakan majlis perkahwinan dan kenduri-kendara pada masa kini dilakukan oleh pihak catering. Kuat berpegang kepada adat dan adab Masyarakat zaman dahulu sangat terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun. Bahkan masyarakat zaman dahulu sanggup bermati-matian mempertahankan budaya mereka. Tetapi tidak pada masa kini. Generasi masa kini pula yang meniru budaya orang lain. Kuatnya pegangan terhadap budaya adab sopan ini menyebabkan lahirnya perumpamaan “biar mati anak jangan mati adat”. Biar betul orang zaman dahulu sanggup anak mati demi mempertahankan budaya. Tanggapan sebegini tidak betul. Apa yang ingin dimaksudkan melalui perumpamaan ini ialah orang Melayu dulu akan memukul anak mereka jika anak-anak tidak mengikuti adab yang betul atau tidak mempunyai adab. Mengapa orang Melayu dulu sangat mempertahankan adat dan adab ini ialah kerana ia melambangkan identiti masyarakat itu sendiri. Antara adat yang ditekankan pada zaman dahulu ialah menghormati orang yang lebih tua dan juga wanita, adab makan, adab semasa mengandung, adab bertandang ke rumah orang, adab dalam keluarga dan lain-lain lagi.


Hormat Guru

Pada zaman dahulu tidak ramai masyarakat Melayu yang berpendidikan tinggi. Antara golongan yang berpendidikan tinggi pada masa itu ialah guru-guru sama ada yang berpendidikan Inggeris, Melayu dan Agama. Kedudukan guru dalam masyarakat zaman dahulu amat tinggi memandangkan fungsinya untuk mendidik anak bangsa dan tempat untuk orang kampung meminta apa-apa nasihat daripada mereka. Mereka akan memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru-guru untuk mendidik anak mereka. Mereka tidak kisah jika guru memukul anak mereka dengan tujuan untuk mendidik anak-anak mereka. Dalam hal ini, murid-murid juga sangat menghormati guru-guru. Tetapi ini tidak berlaku pada zaman kini di mana jika guru memukul murid sekolah mereka mungkin akan berdepan dengan pelbagai kemungkinan seperti saman, atau ugutan daripada murid mereka sendiri.


Amalkan gaya hidup sihat

Masyarakat zaman dahulu sangat kuat mengamalkan petua tradisi dan mengamalkan cara atau gaya hidup sihat terutamanya dari segi pemakanan. Jadi tidak hairanlah orang zaman dahulu mempunyai jangka hayat yang panjang dan jarang mengidap penyakit kronik. Ini memandangkan pemakanan orang dahulu sangat simple seperti memakan ulam-ulaman, memasak menggunakan teknik kukus/rebus, tiada penambah perisa dan pewarna dan bebas daripada makanan yang terawet. Semuanya segar dari ladang. Apa tidaknya kebanyakan masyarakat zaman dahulu menanam sayur-sayuran sendiri, tanam padi di tanah sendiri dan tidak lupa juga menjadi nelayan. Oleh itu, ada antara mereka boleh menyara hidup walau pun mereka tidak mempunyai wang yang banyak. Fenomena ini tidak dapat dilihat lagi pada masa kini kerana taraf hidup yang amat tinggi dan manusia memerlukan wang ringgit setiap hari untuk menyara kehidupan.


Daripada perbincangan ini satu perkara yang penulis ingin sampaikan ialah mengenai perubahan yang sangat besar dalam sistem pendidikan. Orang zaman dahulu juga sangat pentingkan pendidikan. Tetapi mereka susah untuk mendapatkan pendidikan. Sekolah orang Melayu zaman dahulu hanyalah berlantaikan tanah, beratapkan rumbia dan berbukukan papan batu. Untuk ke sekolah mereka terpaksa mengharungi sungai dan denai. Mereka juga tidak berkasut seperti pelajar zaman sekarang. Tetapi semangat untuk belajar sangat tinggi dalam jiwa mereka. Generasi masa kini sangat beruntung kerana peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan sangat luas dan mempunyai pelbagai kemudahan. Jadi janganlah kita mempersiakan peluang yang ada, marilah kita menggunakan peluang pendidikan yang ada untuk kita menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

Tips Sebelum Menghadapi Exam

Sebagai seorang pelajar sudah tentulah kita ingin cemerlang dalam peperiksaan. Semua orang nak cemerlang dan dapat gred A. Perkara yang paling penting sudah tentulah kena berusaha bersungguh-sungguh dahulu dan setelah itu:

a) sentiasa berdoa kepada Allah, mengabdikan diri kepada Allah dan lakukan segala suruhan Allah

b) Mohon restu daripada ibu bapa (mereka terlalu banyak berkorban untuk kita)

c) Mohon restu daripada guru/pensyarah anda (jasa mereka terlalu banyak untuk kita)

d) Berbuat baik sesama kawan/rakan


Harus diketahui bahawa cemerlangnya kita adalah banyak bergantung kepada hubungan kita dengan Pencipta, ibu bapa, guru-guru dan orang-orang disekeliling kita. Walau pun ini nampak remeh, namun siapalah kita tanpa mereka semua. Sekian wassalam.

Thursday 30 May 2013

Nak Sambung Phd? (some tips)

Beberapa tips sebelum buat Phd

a) Pastikan tajuk kajian simple (jangan nak buat sesuatu untuk mengubah dunia)

b) Pastikan objektif , proses serta methodology jelas dan  senang untuk dicapai

c) Pastikan minat kita ke arah mana (jangan buat sesuatu yang kita tidak minat atau tidak suka buat)

d) Pastikan kita tahu apa yang kita buat, kenapa kita nak buat, bagaimana hendak membuatnya dan apakah hasil di akhir nanti

e)Pastikan supervisor itu seorang yang helpful, dedikasi dan bertanggungjawab (pastikan anda kenal siapa dia dan bagaimana cara dia bekerja)

Sekian. Jika ada bantuan nasihat, do contact me.

"Semua ilmu adalah milik Allah, bukan milik hakiki individu. Jadi kongsi2 lah dan sebar2 kanlah apa yang kita telah belajar dan lalui."

Jika kita......

Seandainya kita pernah makan nasi tanpa lauk, jika kita pernah pakai baju yang bertampal, jika kita pernah hidup susah, janganlah kita sesalkan. Ini kerana tidak semua orang berpeluang untuk mendapat pengalaman tersebut. Mungkin kalau tidak disebabkan kesusahan tersebut kita tidak akan berjaya seperti hari ini.