Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Monday 19 October 2015

PUISI SEORANG PENDIDIK






Seorang aku
sedari kecil sudah punya impian
iya..aku ingin menjadi pendidik
jika tidak guru…pastinya pensyarah…untuk mendidik

akhirnya aku menggapai cita-citaku
ayah tau..ibu pun tau…
aku tau kau bangga denganku
terima kasih ayah…terima kasih ibu…


Menjadi pendidik bukanlah mudah
dan..bukanlah susah
pabila niat tulus dihati
pastinya akan menjadi


Aku cuba sampaikan ilmu
ilmu yang belum penuh walau bilik penuh buku
dan sudah pastinya
ilmu perlu diburu untuk hari ini, esok dan selamanya

Di pentas kelas aku beraksi
menyampai ilmu yang tidak pernah basi
kuajarkan muridku yang sentiasa menanti
menadah ilmu untuk berbakti
walaupun esok belum pasti


Kusampaikan ilmu penuh harapan
agar muridku menggapai impian
padamu terletaknya harapan
membangun negara pada masa depan



Walaupun cikgu..walaupun pensyarah
Peranannya sama mendidik bangsa
Aduhai anak bangsaku jangan cepat berserah
kelak negara akan binasa


No comments:

Post a Comment