Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Sunday, 2 June 2013

Kasihilah Ibu Bapa Kita......Ayah....Ibu i love you....



Anak-anak pembaca sekalian sudah tentu mempunyai ibu bapa. Setiap dari kita mesti sayang kepada kedua ibu bapa kita. Ini kerana tanpa ibu bapa di mana kita, di mana haluan kita dan di mana kita berada sekarang.? Tidak ada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya. Betapa ibu bapa itu sangat menyayangi anaknya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kasih sayang mereka melebihi sayang mereka terhadap duit dan harta benda. Bagi mereka anaklah segala-galanya dalam hidup ini. Sebab itulah dapat dilihat ibu bapa mana-mana sekalipun sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya. Mereka rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk kebahagiaan anak-anak dan mereka akan memastikan keperluan anak-anak sentiasa terbela. Bayangkan seorang ayah yang sanggup mengayuh beca demi mencari sesuap nasi untuk keluarga, ibu dan bapa yang bekerja di bendang di bawah panas terik mentari, buruh binaan, pemungut sampah dan sebagainya. Untuk siapa mereka lakukan semua itu? Tidak syak lagi semuanya dilakukan untuk anak-anak mereka. Bayangkan pula seorang ibu. Apa yang mereka telah korbankan demi anak mereka. Bermula dari dalam rahim, seorang ibu terpaksa mengendong bayi dalam kandungan selama lebih 9 bulan ke sana ke mari. Ada yang bekerja sebagai petani, operator kilang, membasuh kain di rumah orang, menjadi nelayan (kepada yang kehilangan suami tempat bergantung), membuat kuih muih, bekerja di kedai makan dan banyak lagi pekerjaan yang sangat mencabar. Anda bayangkan saja jika anda membawa beban seberat 2 atau 3 kilo dan anda bekerja sebagai operator pengeluaran yang terpaksa berdiri berjam-jam. Cuba bayangkan. Tiada apa yang diharapkan oleh Ibu-ibu selain  berdoa agar anak yang dikandung nanti akan selamat dan sempurna apabila lahir nanti. Janganlah kita jadi sombong dan lupa diri kerana siapalah kita tanpa mereka. Hargailah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.

No comments:

Post a Comment