Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Saturday 1 June 2013

Subjek Hubungan Etnik di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Salam sejahtera.....

Sebagaimana yang telah diketahui umum, subjek Hubungan Etnik telah menjadi subjek wajib universiti.Semua pelajar IPTA wajib mengambil subjek tersebut sebagai subjek teras universiti. Di UMP, pembelajaran subjek ini telah dilaksanakan melalui kaedah berikut:

1.Kuliah/tutorial

2. Tugasan kumpulan (pelajar diberikan tajuk yang berkaitan dan setiap kumpulan mesti menyediakan satu video berkaitan realiti hubungan etnik di Malaysia). Video yang berdurasi selama 5-3 minit ini akan ditayangkan di dalam kelas mengikut giliran.

3. Tayangan video - para pelajar akan dipertontonkan dengan video yang membawa isu etnik dan setiap pelajar dikehendaki membuat tafsiran mereka sendiri terhadap isu-isu etnik yang diketengahkan dalam video tersebut.

4. Test/ujian

5. Peperiksaan Akhir

Pelaksanaan pembelajaran seperti di atas adalah tertakluk kepada jumlah/kapasiti pelajar.

No comments:

Post a Comment