Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Saturday, 1 June 2013

Sepanjang Perjalanan Ini - Aku Anak Angkat (Episod 3)

Aku Dulu-dulu

Eh...Aku Anak Angkat Ke?



Aku bukan anak ayah dan ibu? Biar betul ni…getusku sendirian. Ahhh lantaklah aku meneruskan kehidupan seharianku seperti biasa, walaupun kadang kala fikiranku melayang memikirkan kedudukanku dalam keluarga ini tapi…. celik mata saja aku lihat hanya mereka. Merekalah yang menjaga makan minumku dan menghantar aku ke sekolah. Biasalah orang kampung waktu itu bila bertemu aku mereka suka membisikkan ke telingaku “eh…kau tau tak itu bukan mak ayah kau, mak ayah kau yang lain tau…..” Aku mendengar dengan tekun dan tenang…..

Suatu hari aku bertanya pada ayahku, “ayah….ayah….betul ke saya ni anak orang lain..? Berubah juga air muka ayah aku…ada kerut didahi ayahku seketika..mmmm rasa bersalah pulakku rasakan.Tapi dengan pantas ayahku berkata, tak payahla dengar apa yang orang kata, jangan percaya mereka…awak tetap anak ayah la…lega hatiku seketika….tapi persoalan itu tetap terlekat di kepalaku. Hari berganti hari….ada lagi orang kampung yang rajin berbisik ke telinga aku…eh budak….itu bukan mak ayah kau, mak ayah kau yang betul kat sebelah rumah kau….lagi aku bingung, tapi aku biarkan sahaja. Walaupun setiap persoalan aku biarkan sahaja, tetapi aku suka membuat pemerhatian. Eh..betul ke orang sebelah rumah tu ibubapa kandungku????


Jadi selama ini kawan2ku tu adik beradikku lah ya.?.. kalau betul aku ni anak orang sebelah tu, kenapa aku diperlakukan seperti aku ni bukan anak mereka.?? Aku merenung kembali tentang apa yg orang sebelah atau ibu bapa kandungku melayani diriku.

Pernah suatu ketika aku dan adik beradikku itu bermain, ayah aku pulang ke rumah membawa makanan.lalu diajaknya adik2 aku sahaja, mereka masuk ke dalam rumah lantas menutup pintu meninggalkan aku keseorangan. Begitulah setiap hari. Ibu dan bapa kandungku seakan tidak menghiraukan kehadiran diriku.

Bila tiba hari raya, seingat aku mereka tak pernah bagi aku walau sehelai baju, dan wang ringgit.10 sen pun tak pernah kot.

Pernah juga mereka bagi aku sebiji buah mempelam.amboiii apa lagi berlari anak aku balik rumah lantas menyuruh ibuku kupaskan.begitu teruja aku nak merasa buah tu.aku duduk dengan penuh  sopan untuk menikmati buah tu.tiba2 ibu pandang aku,,..,,katanya tak leh makanlah seluruh buah itu ada ulat dan lebam2.memang tak boleh makan langsung kata ibu.aku tersentak seketika, setelah itu aku terus bangun dan pergi ke tempat yang aku suka main dengan adik-adikku. Ibu dan bapa angkatku merasa amat sedih lalu ayahku mencapai basikal tuanya dan terus berlalu ke kedai berdekatan bagi mendapatkan buah tersebut. Ayah aku kata dia akan cuba juga dapatkan buah tu walaupun sebiji. Mereka begitu sedih sedih sedih kerana aku tak dapat makan buah tu.

Pernah juga aku dipukul oleh ayah, mungkin sebab kenakalanku pada waktu itu. Tapi....ibu dan bapa kandungku yang tinggal disebelah rumah takkan tak rasa apa-apa kot. Pernah juga ibu dan bapaku mengugut dan mendenda aku tidur kat luar rumah kalau aku degil. Apa lagi menangis lah aku, tolong mak...ayah...saya takut tinggal kat luar ....tolong makkk....itulah dia rintihan seorang aku seorang budak kecil yang berumur lebih kurang 4 tau 5 tahun pada ketika itu.


(bersambung)

No comments:

Post a Comment