Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Saturday 1 June 2013

Sepanjang Perjalanan Ini - Maafkan Saya Ayah...(Episod 4)


Malam oh Malam


Aku suka malam….malam yang menyimpan seribu rahsia yang manusia tidak tahu. Aku suka malam sebab malam ada bulan, bintang berkelipan nun jauh di sana, dan paling ku gemar malam ada ketenangan….di saat semua orang diulit dan dibuai mimpi, aku seronok bersama malam….walaupun waktu itu aku hanya seorang kanak-kanak kecil. Pernah sekali aku ambil baldi lalu mengisi air di dalamnya, dan apa aku nampak….bulan dalam air yang jernih seakan menyala…..kadang kala aku jalan dan jalan lagi…aku nampak bulan ikut aku…wow bestnyer….dan bintang pula bertaburan dan berkelip bercahaya….masyaAllah cantiknya..


Apabila usiaku menjangkau belasan tahun, merenung dan melayan keindahan malam sudah menjadi rutinku. Selesai melayan keindahan malam…seperti biasa dan pada setiap malam aku akan menelaah pelajaran sendirian di dalam bilikku bertemankan pelita sehinggalah jam 3 pagi kadang-kadang aku lupa terus tertidur…tanpa memadamkan pelita…pernah juga aku dimarahi ayah kerana alpa…apa lagi menangislah kerja aku….


Memandangkan aku ini rajin study dan bimbangkan keselamatan sebab aku selalu tertido dan lupa untuk padamkan pelita, suatu hari ayah belikan aku lampu study. Ahhh seronoknya…lepas ni tak de dah hidungku hitam akibat jelaga pelita. Rasa malu gak pergi sekolah bila aku korek hidungku ada warna hitam. Paling best cerahnya duniaku bila dapat study di bawah lampu neon....

Hari berganti hari...hari ini telah membuatkan aku begitu sedih dengan sikap dan kata-kata ayahku...kisah bermula macam ni. Aku lupa lagi untuk offkan lampu study setelah habis menelaah. Apa lagi habis separuh meja studyku terbakar sebab haba panas lampu yang melampau. Nasib baik tak terbakar rumah usang tu. Ayah aku apa lagi pada waktu itu naik angin tak ingat dunia lalu dia menghamburkan kata-kata yang mungkin dia sendiri tak sedar agaknya. Antara kata-kata ayah yang membuat aku sedih ialah ...kau ni tak abis-abis merosakkan dan menghabiskan harta benda aku.....air jernih terus mengalir dipipiku. Aku rasa sedih sangat bila ayah kata begitu....dengan nada sedih aku bagitau ayah minta maaf ayah..nanti bila saya kerja saya akan ganti balik segala barang ayah. (sebelum ni radio ayah rosak disebabkan aku juga, aku rasa aku tak buat apa2 cuma mungkin dah tiba masanya radio itu rosak). Tapi aku tak boleh lupa pandangan dan air muka ayah pada waktu itu betapa dia marah sangat kat aku ni. Mulai saat itu aku tak berani lagi untuk bertentang mata dengan ayah. Ayah juga tak tegur aku berhari-hari. Besar agaknya benda tu bagi dia, iyalah ayah kan tak berduit, jadi mungkin dia guna duit yang disimpan bertahun-tahun untuk belikan aku lampu study tu, akhirnya ini balasan aku pada dia. Ayah memang patut kau memarahiku ayah...



(Bersambung…….)

No comments:

Post a Comment