Aku Dulu-dulu
Aku…termenung sendirian…memikirkan tentang diri sendiri. Begitulah aku setiap hari jika ada masa terluang, aku sentiasa melayan perasaan hati ku. Seperti biasa setelah semua kerja rumah dan kerja sekolah siap, aku akan termenung dan berfikir. Iya seorang aku… terasa macam sebatang kara, tetapi aku ada ibu bapa. Ibu dan bapa inilah yang menjaga aku dan memberi aku makan dan minum setiap hari. Kadang-kadang aku terfikir, mengapa aku rasa jauh, jauh dari sesiapa jua walaupun ibu bapaku. Kadang-kadang aku jeles melihat orang lain yang sebaya dengan umurku..mereka dipeluk, dicium dengan penuh mesra. Tapi aku? Ahhhh…tak kisahlah….yang penting aku bahagia di sini. Tapi jauh di sudut hati kecilku terdetik juga persoalan mengapa ibu dan ayah tidak pernah mencium pipiku dan memelukku….sayang ke mereka kepada ku…tiba-tiba air mata jernih mengalir di pipi mulusku. Iya aku tahu aku seorang anak yang masih dibangku sekolah rendah. Tapi mengapa pemikiranku sudah sampai ke tahap ini??? sudah pandai memikirkan hal kehidupan dan kasih sayang insan. Oh aku bukan seorang sentimental, cuma aku suka melihat orang lain dan cuba membandingkan dengan diri kecil ini. Oh ya, aku seorang kanak-kanak perempuan, yang ceria, sukakan kedamaian, suka bermain, menulis, melukis tidak kira tempat dan masa. Di mana-mana ada ruang yang boleh ku menulis dan melukis aku akan tulis dan lukis. Haaaa…jangan terkejut seluruh papan rumah aku, bilik aku dan ruang-ruang kosong rumah usang itu penuh dengan kerja tangan aku. Dalam banyak-banyak contengan dan coretan, ada dua patah perkataan yang kutulis dengan huruf besar iaitu UNIVERSITI MALAYA. Aku tidak rancang untuk menulis perkataan itu, kerana seingat aku, aku menjumpai sehelai kertas dan aku menulis perkataan itu didinding bilikku. (bersambung.....)
saya baca cerita dr. sungguh menyentuh sekali. mungkin keran olahan dan tatabahasa dr . Rupanya tak semua insan bertuah kan dr. sesungguhnya setiap kejadian ada hikmah nya.
ReplyDeleteThanks...begitulah kehidupan kita di dunia ini tidak sama. Apa-apa pun syukurilah apa yang Allah tentukan untuk kita kerana bukan nikmat dunia pilihan utama tetapi redha Allah dan syurga akhirat yang perlu dicari.
ReplyDelete