Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Tuesday 4 June 2013

Tak Perlu Genius Untuk Berjaya, Tetapi Perlu Rajin Berusaha




Semua orang di dunia ini ingin berjaya dalam hidup mereka, terutamanya dalam mencapai cita-cita dan pelajaran. Siapa yang tidak mahu jadi pelajar cemerlang dan berjaya dan tidak ada orang di dunia ini yang tidak ingin mendapat 11A dalam SPM atau seumpamanya. Sehubungan dengan itu lahirlah persoalan, adakah pelajar yang genius sahaja yang boleh mendapat 11A atau A dalam semua mata pelajaran? Atau adakah semua pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran adalah pelajar yang genius sahaja? Untuk merungkaikan persoalan ini, jawapannya adalah tidak sama sekali. Ini kerana genius itu adalah anugerah daripada Tuhan dan tidak semua orang di dunia ini dianugerahkan kebolehan tersebut. Tetapi seseorang itu masih lagi boleh cemerlang dan berjaya jika mereka berusaha dan rajin untuk berjaya dan mencapai impian mereka. Ini tidak mustahil. Di antara langkah yang boleh diamalkan oleh pelajar-pelajar sama ada di peringkat sekolah menengah atau rendah ialah:

a) Mengadakan atau membuat nota ringkas sendiri. Melalui pengalaman saya, dengan membuat nota ringkas ia akan membuatkan seseorang itu mudah untuk memahami sesuatu bab atau perkara. Setiap subjek perlu diadakan nota ringkas. Nota ringkas ini sangat berguna terutamanya semasa hampir peperiksaan di mana pelajar cuma boleh mengulangkaji pelajaran melalui nota ringkas tersebut. Membaca buku yang tebal setebal 300 mukasurat pada saat-saat akhir peperiksaan adalah tidak munasabah dan ini akan mendatangkan stress kepada pelajar.


 
 Sumber: Google

b) Mengulangkaji pelajaran setiap masa – Dalam hal ini, seseorang pelajar itu tidak boleh mengulangkaji pada suatu masa tertentu atau pada saat akhir peperiksaan. Seseorang pelajar seharusnya menguntukkan setiap hari untuk menelaah semua mata pelajaran yang diambil, tidak perlu sampai berjam-jam untuk menelaah setiap mata pelajaran. Ini bagi memudahkan seseorang pelajar itu mengingati apa yang telah dipelajari kerana memang menjadi sifat semulajadi manusia iaitu mudah lupa. Rahsia mengapa seseorang itu perlu mengulangkaji setiap hari adalah kita tidak perlu menghafal, tetapi apabila dibaca setiap hari, seseorang mudah untuk ingat. Ini kerana tabiat menghafal adalah teknik yang tidak efektif kerana ia hanya mengajar seseorang itu mengingati tetapi bukan memahami.

c) Memahami apa yang anda belajar – salah satu teknik yang betul dalam menuntut ilmu ialah seseorang pelajar perlulah faham apa yang dia belajar dan bukannya sekadar menghafal dan menerima saja apa yang telah diberikan oleh guru. Dalam hal ini pelajar perlulah memahami sesuatu topik yang diajar dan bukan setakat menyalin nota-nota.

d) Fokus dalam kelas – seseorang pelajar itu perlu memberi perhatian yang serius semasa guru mengajar. Mereka perlu pandai untuk menghalakan pemikiran mereka ke arah apa yang diajarkan oleh guru dan pemikiran pelajar tidak boleh melayang entah ke mana. Untuk lagi memahami dan focus, pelajar hendaklah terus bertanya jika mereka tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru mereka.

e) Membuat jadual sendiri – setiap pelajar perlu ada jadual untuk mengulangkaji pelajaran. Selain daripada itu, para pelajar juga perlu selesa dengan gaya atau cara mereka mengulangkaji pelajaran. Mungkin ada sesetengah pelajar yang tidak selesa belajar dengan duduk di kerusi, tetapi dia selesa dengan cara yang santai. Jadi dalam hal ini, seseorang pelajar itu perlu mengikut keselesaan masing-masing semasa mengulangkaji pelajaran dan tidak boleh memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang dia tidak selesa.

f) Cuba membuat soalan ramalan sendiri – ini merupakan langkah yang mungkin para pelajar tidak perasan dan ia merupakan satu cara yang sangat berkesan untuk menguasai sesuatu mata pelajaran dan dapat A untuk subjek tersebut. Dalam hal ini, untuk setiap subjek, para pelajar perlu meneka atau membina soalan apakah yang bakal ditanya untuk bab itu dalam peperiksaan nanti. Langkah bijak seterusnya adalah para pelajar perlu menyediakan soalan ramalan bagi setiap bab atau tajuk yang telah dipelajari dan cuba compare kan dengan soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan sebelum ini. Tujuan mengapa seseorang pelajar itu membuat soalan ramalan sendiri adalah untuk menguji sejauhmanakah seseorang pelajar itu menguasai mata pelajaran tersebut dan bersedia dengan soalan-soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan nanti. Proses membuat soalan ramalan juga akan membolehkan seseornag itu menguasai sesuatu mata pelajaran dari segenap aspek dan sudut. 

Ini merupakan sedikit coretan berdasarkan pengalaman penulis sebagai pelajar. Diharap ia dapat membantu para pelajar di luar sana untuk berjaya dalam pelajaran.

No comments:

Post a Comment