Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog Saya

Blog ini diadakan khas untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan kepakaran untuk pembaca semua. Diharap blog ini bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mendapat info yang berkaitan.

Ingin berkongsi info? bole emailkan ke hasnah@ump.edu.my. Saya merasa bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain. Saya cuma berharap mereka yang membacanya turut sama mendoakan agar saya sentiasa sihat dan tidak berhenti meneruskan usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.




Thursday 6 June 2013

Koleksi Soalan Hubungan Etnik (Untuk IPTA & IPTS)



1. Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia menurut J.S. Furnivall adalah
                                i.            Terdapat pelbagai bangsa, ras dan etnik
                              ii.            Mereka hidup bersama tetapi tidak bercampur atau tidak bersatu
                            iii.            Terpisah disebabkan unit politik yang berbeza
                            iv.            Setiap bangsa mempunyai agama, bahasa, kebudayaan yang tersendiri
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan:B

2. Apakah faktor yang telah menyebabkan wujudnya masyarakat pelbagai bangsa di negara ini?

A.    Imperialisma
B.     Kolonialisma
C.     Kapitalisma
D.    Federalisma
Jawapan: B

3. Manakah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut dengan perpaduan dan hubungan etnik
                                                        i.            Agama Islam agama rasmi negara
                                                      ii.            Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
                                                    iii.            Hak istimewa orang Melayu
                                                    iv.            Politik
A.  i dan ii
B.  i, ii dan iii
C.  ii, iii dan iv
D.  Semua di atas
Jawapan:B

4. Agama Islam agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, agama-agama lain juga diberi kebebasan untuk diamalkan dengan aman dan tenteram. Kenyataan ini merujuk kepada ________ Perlembagaan Persekutuan.
A.    Perkara 3 (1)
B.     Perkara 152
C.     Perkara 153
D.    Perkara 160
Jawapan: A

5. Dari segi budaya, masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka telah mengalami proses _________ dengan masyarakat tempatan.
A.    Asimilasi
B.     Amalgamasi
C.     Naturalisasi
D.    Integrasi
Jawapan: A

6. Menurut ajaran Islam, tujuan utama manusia diciptakan berbangsa-bangsa adalah
A.    Untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain
B.     Mencari apakah kelemahan bangsa lain
C.     Membentuk ukuwah
D.    Berbaik-baik di antara satu sama lain
Jawapan: A

7. Kesan kedatangan bangsa asing ke negara ini adalah seperti berikut KECUALI
A.    Sekolah pelbagai aliran
B.     Bahasa yang berlainan
C.     Pertumbuhan pekan-pekan kecil
D.    Kegiatan ekonomi yang berlainan
Jawapan: C

8. Kadazan, Dusun,Bajau.
Ketiga-tiga sukudi atas adalah suku kaum yang terdapat di
A.    Sabah
B.     Sarawak
C.     Orang asli
D.    Wilayah Persekutuan
Jawapan: A

9. Berikut merupakan faktor mengapakah buruh-buruh daripada China dan India berminat untuk datang bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu KECUALI
A.    Ketidakstabilan politik di negara asal
B.     Pertambahan penduduk dan kekurangan makanan
C.     Galakkan daripada Sultan
D.    Kekurangan pekerjaan di negara asal
Jawapan: C

10. Orang Cina yang bekerja di ladang gambir di Tanah Melayu di bawa masuk melalui sistem

A.    Sistem Ahli
B.     Sistem Kangcu
C.     Sistem Kangani
D.    Sistem Kad
Jawapan: B

11. Pilih kenyataan yang SALAH

A.    Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu telah berlaku sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka.
B.     Sebelum penjajahan British, kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu adalah bermotifkan perdagangan sahaja.
C.     Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu semasa penjajahan British telah memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi Tanah Melayu.
D.     Bangsa asing datang untuk menyebarkan agama dan budaya mereka.
Jawapan: D


12. Pendidikan awal secara tidak formal bagi masyarakat Melayu yang terkenal sebelum kemerdekaan adalah

A.    Sekolah Rakyat
B.     Sekolah Agama Rakyat
C.     Sekolah Agama
D.    Sekolah Pondok
Jawapan: D
13. Ciri-ciri pendidikan Melayu di zaman penjajahan British adalah seperti berikut KECUALI

A.    Struktur bangunan yang tidak sempurna hanya beratapkan rumbia dan lantai tanah
B.     Tidak ada pendidikan Inggeris di sekolah Melayu
C.     Sekolah Melayu setakat sekolah rendah sahaja
D.    Sekolah Melayu dibiayai oleh guru-guru agama
Jawapan: D
14.     Hanya wujud satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Walau bagaimanapun, ia ditentang oleh orang Cina dan Melayu yang merasakan ia boleh membunuh bahasa ibunda masing-masing.”

Kenyataan di atas berkaitan dengan salah satu laporan pendidikan sebelum merdeka. Laporan tersebut adalah

A.    Laporan Barnes
B.     Laporan Rahman Talib
C.     Laporan Razak
D.    Laporan Kabinet
Jawapan: A

15. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu yang didirikan oleh pihak British dan ia terbuka kepada semua kaum di Tanah Melayu adalah

A.    Free School
B.     Penang Free School
C.     King Edward School
D.    Raffles College
Jawapan: B


16. Masyarakat Melayu terkebelakang dalam bidang pendidikan yang disediakan oleh penjajah British  pada peringkat awal kerana

i. Takut anak-anak mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian
ii. Minda masyarakat Melayu yang masih belum terbuka
iii. Masyarakat Melayu masih tidak tahu kepentingan pendidikan
iv. Sekolah jauh dari tempat tinggal

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

17. Antara isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai perkara-perkara berikut iaitu:

i. Berilmu
ii. Berakhlak Mulia
iii. Bertanggungjawab
iv. Berketrampilan

A.     i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas
Jawapan: D
18. Di bawah sistem pendidikan kebangsaan, sekolah-sekolah seperti sekolah berasrama, sekolah khas, dan sekolah sukan adalah terletak di bawah kategori

A. Sekolah Khas
B. Sekolah Menengah
C. Sekolah Lepasan Menengah
D. Sekolah Jenis Kebangsaan
Jawapan: C

19. Objektif pelaksanaan J-Qaf di sekolah rendah adalah untuk

A. Membolehkan pelajar menguasai bahasa Arab
B. Membolehkan pelajar menguasai Al-Quran, bahasa Arab, Jawi dan Fardu Ain
C. Untuk kanak-kanak Islam mempelajari Islam
D. Untuk mempelajari asas-asas bahasa Arab
Jawapan: B

20. Antara cirri-ciri Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan perlu bertunjangkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini membawa maksud berikut KECUALI

A. Untuk membentuk manusia yang seimbang rohani dan jasmani
B. Untuk melahirkan manusia yang berakhlak mulia
C. Semua tindakan berlandaskan ajaran agama
D. Memupuk rasa bangga pada diri sendiri
Jawapan: D

21. Berikut merupakan ciri-ciri sekolah pondok sebelum penjajahan British KECUALI
A. Terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak
B. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
C. Menyediakan pendidikan sains dan matematik
D. Dijalankan di madrasah-madrasah dan bangunan yang dibina sendiri
Jawapan: C


(bersambung lagi....)

24 comments:

  1. salam puan

    syabas di atas usaha yang cemerlang!

    mohon izin untuk pautan di blog saya untuk kegunaan pelajar.

    ReplyDelete
  2. salam puan, ni soalan untuk tajuk ape?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Rosfazila kerana sudi mengunjungi blog saya. Sekadar berkongsi ilmu yang Allah pinjamkan...Saya izinkan kerana ilmu perlu dikongsi...soalan ini adalah di bawah tajuk Pendidikan dan hubungan etnik mengikut modul Hubungan Etnik edisi kedua, UKM.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...prof, saya ade cari koleksi soalan2 lepas di ptsl,ukm tapi dukacita la prof ... Saya nkrujuk n buat latihan sebelum final exam bln jun ni...jika tak keberatan boleh Prof email pada saya dapat satu contoh paper Pon xpe... Ini email saya dasuki_gha@yahoo.com terima kasih prof

    ReplyDelete
  5. hi, salam sejahtera....saya nak tanya tentang jawapan soalan 1,3 dan 4.....jawapan soalan 1 bukan A ke? kerana masyarakat majmuk tetap hidup dalam satu politik yang sama, tidak terpisah.....jawapan soalan 3 bukan B ke? politik tidak termasuk jika lihat dalam buku....jawapan soalan 4 sepatutunya A ....perkara 150(6a) adalah tentang kedudukan agama Islam....hope can clarify these few things....thank you. ^ ^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Lim...actually ada berlaku kesilapan teknikal terutamanya pada soalan no 3 dan 4. Penjelasan bagi soalan 1 adalah ia mengguna pakai takrifan yang diberikan oleh J.S Furnivall terhadap masyarakat majmuk pada waktu itu dan bukannya merujuk kepada zaman sekarang.

      Delete
  6. salam Dr. bagaimana kalau saya nak dapatkan buku ini? adakah kedai-kedai buku yang menjual buku ini khususnya di sabah.

    ReplyDelete
  7. Alaikusalam terima kasih Lydia..buku ni terbitan universiti, so tidak ada dijual di sabah ia hanya ada di Universiti Malaysia Pahang. Kalau berminat nak beli boleh hubungi saya di hasnah@ump.edu.my

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sambungan apa tu saudara? no phone office ke?

      Delete
    2. Maksudnya sambungan dari soalan ini puan :)

      Delete
  9. hi,
    nak tanya tentang soalan no.5,
    jawapan bukan B ke?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..soalan no 16 tak ade jawapan ke? :)

    ReplyDelete
  11. Salam,nk kepastian ada yang Salah ke puan?

    ReplyDelete
  12. assalamualikum puan, boleh tak puan email pada saya past year paper hubungan etnik. Ini email saya najwa_leo94@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. assalmualaikum puan, boleh saya minta soalan past year hubungan etnik beserta jawapan , terima kasih . email eymaaa307@gmail.com

    ReplyDelete
  14. asalammualaikum...saya nak soalan etnik boleh tk puan...beserta jawapan...gmail sy- mazmiislam@gmail.com

    ReplyDelete
  15. asalammualaikum...saya nak soalan etnik boleh tk puan...beserta jawapan...gmail sy- mazmiislam@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..saya nak soalan hub etnik beserta jawapan boleh tak puan. email saya norfadhilah732@gmail.com

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum saya pun nak soalan beserta jawapan , ini email saya
    nurulnafisah786@gmail.com
    tq in advance

    ReplyDelete
  18. assalammualaikum
    saya berminat untuk membeli buku ini: Koleksi contoh soalan hubungan etnik
    di manakah saya boleh membelinya?

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum saya pun nak soalan beserta jawapan , ini email saya wanah.limi@gmail.com..terima kasih puann.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum saya pun nak soalan beserta jawapan , ini email saya ba19110273@yahoo.com terima kasih puann.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum..
    saya pun BERMINAT nak soalan beserta jawapan,
    ini email saya
    azrhsish27@gmail.com
    terima kaseh, puan
    tq in advance

    ReplyDelete